Thursday, August 9, 2018

BANGI WONDERLAND BAGI TIKET MURAH SEMPENA MERDEKA

--Letakan kode script unit adsense hasil parse disini--

Salam 1 Malaysia... EH..!

Siapa sini belum pernah pergi Bangi Wonderland..? kalau belum pergi ini masa terbaik untuk korang pergi sebab Bangi Wonderland buat promosi. kalau siapa yang tak tahu bangi wonderland dekat mana memang pelik sebab dah terang-terang namanya Bangi hehe.


Secara peribadi aku pernah pergi Bangi Wonderland pada tahun 2016 , kurang lebih sudah 2 tahun lepas.


Dan secara jujurnya aku tak puas masuk bangi wonderland 2 tahun lepas sebab aku banyak habiskan masa main di kawasan kanak-kanan sahaja. Yang puas adalah anak-anak hehe.

Jadi sempena Bangi Wonderland buat promosi tiket murah ni, aku bercadang nak datang sekali lagi dan mencuba waterpark yang aku terlepas 2 tahun dahulu.

Sempena dengan bulan kemerdekaan ini Bangi Wonderland ada perkenalkan harga istimewa dimana buat pemegang Mykad yang datang secara berkumpulan seramai 5 orang, layak membeli tiket dengan harga RM180 sahaja untuk hari biasa, hari minggu dan cuti sekolah  manakala harga sebanyak RM200 dikenakan pada tarikh 22hb & 31hb Ogos 2018 (cuti umum)

Selain itu kalau korang nak pergi berdua sempena Gempak Merdeka ini Bangi Wonderland berikan harga pakej untuk 2 orang RM80 sahaja untuk hari biasa, hari minggu dan cuti sekolah  manakala harga sebanyak RM90 dikenakan pada tarikh 22hb & 31hb Ogos 2018 (cuti umum)

So secara totalnya korang dapat jimat banyak kerana harga asal tiket masuk ke Bangi Wonderland adalah RM58 seorang.



*****************************

Sebelum aku terlupa.., nak bagitahu Bangi Wonderland juga ada buat satu kontes. Kontes dimana aku ataupun korang sendiri berpeluang untuk memiliki pas masuk ke Bangi Wonderland secara percuma serta berpeluang untuk lepak santai dan makan-makan bersama artis pilihan. Kontes tersebut yang dinamakan, Gempak Merdeka.




Untuk menyertai contest ini mudah saja, apa yang perlu korang buat adalah dengan mengikut 3 langkah berikut:


1. Share atau repost video di bawah ini dengan caption “Saya nak bersantai Gempak Merdeka bersama (Nama Artis – rujuk senarai dibawah) di Bangi Wonderland!”
2. Tag Facebook Bangi Wonderland Themepark & Resort atau Instagram @officialbangiwonderland disertakan dengan hastag #GempakMerdeka2018
3. Kemudian, hantarkan maklumat-maklumat peribadi berikut kepada Facebook Bangi Wonderland Themepark & Resort atau Instagram @officialbangiwonderland sebagai bukti penyertaan:
Screenshot post yang korang dah share/repost
Nama penuh
Nombor IC
Nama FB atau IG
Nombor telefon

Senang jer wei..kempen ini adalah eksklusif dan terhad kepada 5 orang pemenang sahaja bagi setiap artis yang dipilih. Jadi, inilah peluang untuk korang pilih artis mana yang korang suka, ataupun boleh juga pilih artis berdasarkan tarikh yang korang rasakan sesuai:

18 Ogos (Sabtu): Ella & Aishah
19 Ogos (Ahad): Achey Bocey & Tomok
25 Ogos (Sabtu): Nabila Razali & Sufian Suhaimi
26 Ogos (Ahad): Black Hanifah & Hazama

Sambiltu aku saja nak share dengan korang dekat situ ATM TAKDE! so make sure prepare duit sesiap! bukan boleh keluar masuk pun....

Surau ada disediakan....bersebelahan dengan bilik persalinan....so tak perlu risau nak lepak lama² sampai tempat ni tutup...kau mandi, solat, makan semua kat situ je sesiap...balik rumah tidur je...bahahaha~

Jom pi Bangi Wonderland!

Bangi Wonderland Themepark & Resort 
No 2 Persiaran Bangi Avenue Bangi Avenue 
43000 Kajang Selangor 


Untuk maklumat lanjut mengenai kontes ini korang boleh layari laman web rasmi Bangi Wonderland di www.bangiwonderland.com.my, ataupun layari juga laman sosial mereka di Facebook.com/bangiwonderlandwaterpark dan Instagram.com/officialbangiwonderland.

4 comments

wahh dekat ja padahal dengansaya tapi tak pernah pegi lagi.hehe

fehhh, best2...layan bangi wonderland ni

Best tu.. nanti nak try join la

Dah la murah,ada artis lak,syok arrr


EmoticonEmoticon