Thursday, September 6, 2018

Rumah McDonald Kedua Di HUSM (Kubang Kerian)



Salam,

Aku yakin korang semua sangat kenal dengan Mcdonald yer dak.? Tapi yang korang tahu hanya kewujudan Restauran Mcdonald sahaja untuk melantak ayam goreng, burger atau feberet aku kentang goreng dia hehe..owh lupa aiskrem Mcdonald pun feberet aku. Jadi takperlu aku hurai panjang tentang Restauran Mcdonald.


Kali ini aku nak share dengan korang tentang Rumah McDonald yang dibina oleh Persatuan Kebajikan Ka­nak-Kanak Ronald McDo­nald (RMHC) Malaysia me­rupakan badan kebajikan yang ditubuhkan hampir tiga dekad lalu pada 15 Februari 1990 untuk membantu kanak-kanak dalam bidang kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

Secara peribadi aku baru tahu kewujudan Rumah Mcdonald yang pertama terletak di HUKM (cheras) dan lagi pelik dah beroperasi hampir 20 tahun. Sejak beroperasi sudah lebih 600 keluarga menginap di Rumah McDonald . Bayaran yang dikenakan hanya RM5 sehari .. yeee! jangan terkejut hanya RM5 sahaja..!!!

Rumah ini dilengkapi 19 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik komputer dan bilik permainan yang dibina bagi me­ringankan beban keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan tempat penginapan sepanjang tempoh anak-anak mereka menjalani rawatan

*********************************

Hasil berkat kerjasama pelbagai pihak dan yang paling penting komitmen dari RMHC sendiri, Alhamdulillah Rumah Mcdonald yang kedua bakal dibuka atau beroperasi pada awal tahun 2019 Insyallah. Kali ini dibina di Hospital  USM, Kubang Kerian, Kelantan. 


Baru-baru ini aku berpeluang memenuhi jemputan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) untuk satu sesi berkenaan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di HUSM, Kelantan. Kalau korang nak tahu, Rumah McDonald ni dibina bertujuan untuk beri kemudahan tempat tinggal sementara untuk keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital contohnya macam penyakit kanser, leukimia, saraf dan lain-lain lagi. 

Bayangkan anak kita sakit, mestilah nak berada dekat sahaja dengan anak, sampai ada yang mungkin sanggup tidur di surau hospital, dalam kereta, atau sewa hotel sebab risau. Bila ada Rumah Ronald McDonald dalam kawasan hospital, bukan ke senang nak tengok anak, tak perlu stress fikir duit sewa hotel dan dapat tidur kat tempat selesa. Rumah McDonald kedua yang akan dibina ni sepenuhnya hasil sumbangan syarikat-syarikat korporat dan orang ramai.


Gambar atas ini adalah antara keluarga yang merasai kemudahan dirumah Mcdonald di HUKM. Adik hensem lelaki dengan emak dia dari Lukut dahulunya susah ulang alik dari lukut ke HUKM  tapi dengan adanya rumah Mcdonald mereka boleh urus masa dengan mudah. Akak yang berbaju merah itu pula dia menggunakan kemudahan rumah Mcdonald untuk anak dia (berbaju hitam) dan cucu dia (sicomel yang buat (thumps up)*dengan izin  . Kita dengar sendiri pengalaman mereka memang sangat berpuas hati dengan usaha murni RMHC  menyediakan rumah mcdonald.

Diulangi sekali lagi bayaran hanya RM5 sahaja., dan tiada limit untuk satu keluarga untuk tinggal berapa lama. Yang pasti setiap kemudahan yang disediakan ini ada syarat-syarat untuk menjaga kemudahan ini boleh berterusan diguna sama untuk semua keluarga yang memerlukan.

*******************************************

Antara usaha terbaru RMHC untuk mengutip dana bagi membina Rumah Mcdonald kedua ialah mengadakan Kejohanan Golf Amal.

Majlis Kejohanan Golf Amal Ronald McDonald House Charity (RMHC)


Aku dengan rakan blogger antara yang join tengok Program Kejohanan Golf Amal Ronald McDonald House Charity (RMHC) yang diadakan Tropikana Golf Resort. Aku rasa kagum dengan kehebatan nilai  kutipan amal ini , pada hari itu sahaja lebih RM440,000 berjaya dikutip untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM.


Korang perasan tak di kaunter Mcdonald ada tabung merah macam dekat gambar bawah ni.??

tabung RMHC

Kalau korang nak tahu, hasil kutipan dari tabung ini juga merupakan salah satu dana untuk membina dan menyelenggara rumah Mcdonald. So lepas ni kalau korang pergi Mcdonald boleh la bagi sumbangan yer dak..? letak seposen pun besar manafaatnya. 

Dan untuk pengetahuan korang juga.., hasil kutipan dari tabung merah ini sahaja dari seluruh cawangan Mcdonald di Malaysia dalam setahun hampir RM1juta.! 

Rumah Ronald McDonald yang baharu ini turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang, bukan sahaja di Hospital USM malah di lain-lain hospital berdekatan juga.

Korang tengok video pengenalan Rumah Mcdonald Di Hospital USM ini



Akhir kata aku mengharapkan sumbangan iklas kita untuk pembinaan rumah mcd dapat manafaat untuk keluarga yang anaknya sakit di Hospital. Mana tahu akan datang keluarga kita sendiri yang dapat menggunakan kemudahan di Rumah Mcdonald yer dak..

Semoga rumah mcdonald di HUSM yang bakal dibuka awal tahun depan berjalan dengan lancar dan selain itu semoga akan ada rumah mcdonald yang ke 3 dan seterusnya


************************************

Maklumat lanjut mengenai derma :- https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/

Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.


1 Orang Memberi Komen & Pendapat

Bagusnya usaha diorg,terutama tuk mak ayahrumah jauh2 di hulu kg


EmoticonEmoticon