Monday, October 8, 2018

Transformasi PLUS Di R&R Kerjasama Dengan 10 Francais Popular Ini

--Letakan kode script unit adsense hasil parse disini--
PLUS MALAYSIA

Baru-baru ini, aku bersama rakan blogger lain turut serta Majlis Tandatangan Perjanjian antara PLUS Malaysia Berhad dengan 10 Jenama Francais bertempat di PERSADA PLUS Petaling Jaya.


blogger plus malaysia

Aku rasa korang semua mesti salah seorang pengguna PLUS yer dak..? tipu la kalau korang tak pernah lalu highway PLUS kecuali korang yang dari sabah sarawak hehe.

Tak lama lagi PLUS atau nama panjangnya Lebuhraya Utara Selatan akan lebih meriah dan selesa. Aku secara peribadi pun tertarik dengan perancangan baru PLUS untuk R&R mereka. 

Aku yakin korang pun setuju kalau aku cakap sekarang ini di R&R PLUS tandas dan surau mereka sangat selesa kan..? kalau setuju korang baca sambil angguk ok.

Kali ini aku nak kongsi dengan korang perancangan terbaru PLUS untuk R&R mereka.., tandas dan selesa, Surau pun dan selesa.., kini PLUS nak tranform kan pula menu makanan yang ada di R&R.

****************************************

perjanjian plus bersama francais

PLUS Malaysia Berhad  mengambil inisiatif menawarkan pelbagai variasi dan pilihan di kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang lebuhraya kendaliannya.

Zaman milenium ini, PLUS ambil cakna dengan selera pelanggannya. Dengan itu PLUS memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman sebagai salah satu langkah untuk merevolusikan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya kendaliannya dalam memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan.


PLUS mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa. Berdasarkan kepada beberapa kajian pasaran dan kajian pelanggan, mereka telah mengenal pasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan pengguna di lebuh raya. Justeru, strategi PLUS pada ketika ini adalah memberi fokus terhadap jenama-jenama yang mempunyai jumlah pengikut yang besar.


 Jenama tersebut adalah :

- Starbucks
-Krispy Kreme
-Harold's Bread
-Mohd Chan
 -Famous Amos
-A&W
-Dunkin Donuts
-MyNews
-Kenny Rogers
-Nasi Kandar Line Clear

Bermula tahun ini, PLUS akan berkolaborasi dengan lebih banyak jenama lain untuk beroperasi di R&R mereka


Kami rakan blogger tak lepas peluang mencuba beberapa menu dari Kedai Francais yang ada masa majlis perjanjiaan



****************************************


Selain itu PLUS juga akan melakukan penambahbaikan dan menaiktaraf beberapa kawasan R&R terpilih. 

Projek pembaikan yang pertama telah dilaksanakan di R&R Rawang (Arah Utara) di mana kawasan rehat dalaman diubahsuai  berkonsepkan minimalis. Dan banyak lagi revolusi dan transformasi akan berlaku di R&R nanti. Program seumpama ini akan turut dijalankan di R&R Machap (Arah Selatan), Gelang Patah (Arah Selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh. Projek menaiktaraf R&R pula akan melibatkan pembinaan infrastruktur dengan konsep, rekaan dan tema yang baharu dan ia akan dilaksanakan di R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) pada tahun 2019

Apa yang pasti ini semua untuk keselesaan pengguna lebuhraya PLUS.  Tahniah PLUS


EmoticonEmoticon