Hari isnin hari itu gua pergi menyaksikan Pra Tonton KL Gangster dan dengan itu gua akan Review Filem KL Gangster. Gua memang menantikan Filem KL Gangster ni keluar sebab tengok Trailer KL Gangster pun dah gempak sekali dapat Pas free lagi la beruntung...,('',)
Terima kasih kepada Cik Helena kerana tiket itu dan kepada mejah sebab ajak gua...
Filem ini mengisahkan Malek (aaron aziz) yang merupakan bekas banduan yang telah insaf, dan dia diburu oleh Pengkianat dan Gangster yang kejam bernama Shark (shamsul yusof).
Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim) iaitu Taiko besar KL yang paling Samseng si KL.
Jai(Adi Putra) merupakan seorang yang hati kering dah sanggup lakukan apa sahaja demi wang ringgit
Filem KL Gangster ini mengigatkan gua pada Filem Kongsi Gelap "Young and Dangerous" ('',), Jadi kepada peminat Filem aksi dan ganas, ini la dia KL Gangster kerana takda satu pun Cintan Cintun dalam cerita KL Gangster
Kekuatan KL Gangster bagi gua pada barisan pelakonnya kerana semua watak samseng yang dilakokan memang menjadi ditambah dengan dialog-dialog yang digunakan memang sesuai dengan istilah Gangster antara dialog yang gua suka ialah :
"Lu kasi gua mati dulu baru gua diam.."
Apa yang best lagi KL Gangster ini ialah aksi pergaduhan dan pertempuran antara geng samseng dihebatkan lagi dengan sound effects deboom..!!! Gaya dan aksi gaduh ala-ala tomoy...('',)
Filem ini bakal ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.
Terima Kasih sekali lagi kepada Cik helena dengan pas yang diberi..harap dapat lagi..hee









