Wednesday, August 3, 2011

Filem 8 Jam

Filem terbaru lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin bertajuk 8 JAM yang diarahkan oleh Ahmad Idham, bakal di tayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Julai 2012




Merngisahkan kehidupan anak yatim piatu yang meneruskan kehidupannya di ibu kota. Kisah bagaimana seorang hero lakonan Shaheizy Sam menghadapi hidupnya 8 JAM lagi sebelum di gantung...!!! Pelbagai aksi lasak dan mendebarkan bakal anda saksikan dalam filem yang turut menggabungkan pelakon dari THAILAND


Filem ini mendapat khidmat stunt director dari Thailand yang terlibat sama dalam projek lakonan Tony Jaa seperti Ong Bak dan Tom Yum Goong


Gua  rasa Kutipan Filem 8 Jam ni nanti pasti akan memberi saingan kepada Filem KL GANGSTER, apa pun kita tunggu Filem 8 Jam ini keluar...hehe




Gambar Dalam Trailer Filem 8 JAM







SINOPIS FILEM 8 JAM


ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.

Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan — rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.

Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.

Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.

Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang.

Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.


Trailer 8 JAM





Jom Like FAN PAGE di FACEBOOK


tags : 8 jam, filem 8 jam, filem terbaru shaheizy sam 8 jam, gambar filem 8 jam, pic filem 8 jam, kutipan filem 8 jam, tarikh tayangan filem 8 jam, pelakon filem 8 jam, sinopsis filem 8 jam, pengarah filem 8 jam

22 Orang Memberi Komen & Pendapat

lepas ni buat pasal BINI-BINIKU GENGSTER lak!

sam n 'yana' gak...wakakaka! :)

wah mcm menarik je nanti nak tgok hehe

pulamak...
xsesabo plak aku nk tengok..

filem aksi..fuyoo..cam best je...kompem tgk nnt

tak sabar nak tengok nie...

Mai la lawat blog saya:
http://depalma-sp.blogspot.com/

8 JAM lagi sebelum di gantung? wow! harap isi ceritanya byk.. nak coba tgk

Jem lah macam ni bro..kena tengok filem ni sampai 8 jam...lama tu...huhuhuhu... beku duduk dalam aircond lama-lama..dahlah sejuk dalam panggung wayang tu..hehehehe

tengok trailer dia macam menarik je

trailer selalu nampk menarik...tp filem2 AI selalu mengecewakan daku..hmmm...harap2 yg ni best la...

wahhhh ujang mesti dpaat lagik tiket pra tonton nie

giler lah letak watermark tu... ;D

zaman sekarang musin cerita aksi dan gadoh2..=)

ujang, kamu sure dapat lagi tiket free nih...huhuhu kak zu jelessssss

sejak bila pandai guna watermark? =P

Betui la, gambar Ujang dh ada watermark...ntah sapa la yang ajar tu. Jgn marah...watermark Yana lg cantik

x beshhh lh cter ni...
mcm ombak rindu je..
kwakwakwa

x beshh lh cter nie...
mcm ombak rindu, bkan ong bak tony ja...kwakwakwa


EmoticonEmoticon