Jumaat minggu lepas Yana bagitau akak LM nak ajak jumpa sambil makan malam di putrajaya...
" Sayang akak LM ajak jumpa hari ini tau.." yana mengingatkan gua sambil menyusukan babygirl yang sedang kelaparan.
" Owh..malam ini ek.., pukul berapa kita nak gerak" tanya gua untuk setkan masa bersiap
" Dia kata lepas magrib " jawap yana ringkas
Jam menunjukkan pukul 6.30pm., gua dengan segera terus naik tingkat atas rumah untuk bersolat dan mandi untuk bersiap pergi ke Putrajaya. Memang sikap gua dari kecil tidak suka orang menunggu. Yana dibawah masih menyusukan babygirl.
Selepas selesai solat, gua bersiap untuk ke toilet dengan mengenakan tuala hadiah perkahwinan dan terus gua melangkah masuk kaki kiri ke dalam toilet yang baru dicuci minggu lepas.., masuk sahaja dalam toilet gua...........*jadah apa gua nak cerita situasi dalam toilet ni..grrrr
Argh...!! gua malas la taip panjang2...gua ringkaskan dan korang tengok jer la gambar ok..hee
Sampai sahaja di Taman Warisan gua tengok ramai gak rupanya yang datang.., ingatkan akak LM sorang...hee
Gua ajak Ben Ashaari dan Zamir
Lokasi : TAMAN WARISAN PUTRAJAYA

p/s : babygirl dan makin panjang.., hari itu ukur 3 jengkal sekarang dah 3 jengkal lebih...hahahaha



