Salam sayang semua..,
Gua rasa majoriti yang baca entri ini mempunyai pengalaman menjawap Exam atau dalam bahasa melayunya ialah peperiksaan yer dak.? tak kira la jawap exam untuk apa pun yang pasti untuk pelajaran..
Erm.., gua selaku salah seorang pengawas peperiksaan bila musim Final Exam ini macam-macam ragam dah yang gua jumpa..terutama sekali di tempat gua bekerja ini iaitu di UPM..ada student UPM tak dekat sini ?? ('',)
Antara ragam yang pernah gua jumpa ialah :
Meniru
- Meniru adalah antara salah satu perkara wajib yang akan dilakukan oleh seorang pelajar.., mana-mana insan yang bergelar pelajar MAJORITI pasti pernah meniru yer dak..??
Bawa Toyol
Toyol yang dimaksudkan bukan la binatang hijau yang curi duit tu..tetapi nota ...arghhh!! takkan korang tak paham maksud toyol kan..? kalau tak paham memang tak student la..hehe
- Pesen yang gua pernah jumpa bawa toyol ialah simpan nota dalam henfon..., ada tu siap amik gambar dari nota simpan dalam henfon.., haaa ini memang cara bijak untuk meniru..gua pun pernah buat..hahaha
- Kebiasaannya perempuan kalau bawa toyol mesti takleh blah.., nak tiru tapi takda skill.., ada gua pernah jumpa sorang awek ni bawa toyol besar gedabak simpan bawah bontot..,bila dia nak tengok jawapan keluarkan toyol dia tu dari bawah bontot dia..derm..!! gua secara halus pergi dekat dia cakap
Pakai Seksi
Ha...ni satu benda yang gua tak paham dekat UPM ni.., cara pemakaian student di UPM ni agak tak ketat sangat..gua tak pasti la kalau dekat Universiti lain macam mana..,
Selalu sangat gua jumpa student pakai seksi ni..grrrrr, bukan la mengeluh sebab tak suka tengok seksi tu...suka gila kot kalau jaga exam 2 jam dapat tengok awek seksi..hahahahah takda la..gua tak suka pun la tengok seksi2 ni *ayat cover line ('',)
Kekadang gua rasa dorang tak rasa dorang tu seksi..., tapi kalau dah masuk final exam dengan pakai seluar jeans dan tshirt berlengan pendek yang ketat tak ke seksi..? bila tunduk untuk menulis terjojol spender dari belakang baju tu..haa dapat bayangkan tak..? kalau lelaki ok lagi la nampak boxer ini perempuan...adoi..!! gua yang ternampak ni nak tegur pun serba salah takkan nak cakap " adik nampak spender la" mau kene lempang yer dak..? tapi yang berpakain macam ni biasanya amoi dan minah dari arap..perempuan melayu comel kelihatan dengan baju kurungnya..hehe
Perempuan ni tak tau la nak cakap..., jaga la pakain tu sikit dik oi..kalau berbaju kurung pun ada yang ketat2..gua ingat dia salah beli saiz la..ke memang trend sekarang pakai baju kurung ketat2 ek..???
Tidur
Ni antara benda pelik yang gua jumpa..., tah macam mana dalam Final Exam kau boleh bantai tidur..dah macam Mr.Bean pun ada aku tengok.., ni kerja budak lelaki..hehe
Tak mandi pagi
Pergh ..ini satu benda yang gua takleh terima..,ni mesti gara-gara bangun lambat untuk jawap exam seawal 8pagi yer dak..??
Kalau iyer pun mandi kerbau la kan.., serius memang bau busuk gila kalau tak mandi pagi ni wei.., ada sapa2 pernah buat kerja gila ni tak..??? kalau perempuan la yang tak mandi pagi siapa jadi pakwe dia tu minta la clash cepat2..hahaha
Adik2 nak pergi exam sila la mandi pagi ok.., kalau tak boleh mengganggu ketenteraman kawan sebelah..,
*macam-macam ragam lagi..gua tak ingat dah apa..hee
Kawan-kawan yang ada facebook tolong aku dapatkan like gambar babygirl gua
di SINI <--- pliz....('',)
