Friday, November 30, 2012

Mudahnya Wanita Ke Syurga

Seorang wanita boleh memasuki PINTU SYURGA melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 SYARAT sahaja :

1. Sembahyang 5 waktu 
2. Puasa di bulan Ramadhan 
3. Taat suaminya dan 
4. Menjaga kehormatannya 



Seorang lelaki perlu pergi BERJIHAD FISABILILLAH tetapi wanita jika TAAT akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut MENERIMA PAHALA sama seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah TANPA PERLU mengangkat senjata..

MasyaAllah,
SAYANGNYA Allah pada wanita..❤


Sekian Peace(~_^)v


p/s : sok nak ke kedah

Thursday, November 29, 2012

Kemain lagi kau eksited..!!

Sapa tengok bola Malaysia vs Laos semalam..??? Siapa tengok paham dan tau la perasaan dia camner..hehe

Ha gitu la gaya guwa bila eksited tengok bola..hehe.., kandid by bini gua YANA

Tahniah Malaysia menang 4-1




Sekian...Peace (~_^)v


p/s : macho kan..hee


Wednesday, November 28, 2012

Beli Sambil Menderma Untuk GAZA



Gua tolong sebarkan niat murni seorang rakan blogger bernama SOLIHIN SUBIR

Tujuan utama T-Shirt Gaza ini dijual, langsung tiada niat untuk mengeksploitasi kesusahan rakyat Palestin bagi menjana keuntungan demi kepentingan sendiri. Tetapi sebagai inisiatif untuk mengumpul dana kerana 100% hasil keuntungan akan disa

TEMPAH SEKARANG di http://gaza.mylubok.com/ sebelum 30 November 2012!

Harganya secara peribadi gua rasa sangat berpatutan yer dak..?


Sekian..Peace (~_^)v


p/s: Tiga jenis T-Shirt yang terpapar pada gambar hanyalah sebahagian. Lihat lebih lagi pilihan di website yang tertera


Wednesday, November 21, 2012

Haiiiiiyakkk...!!! amik kau..!!



Salam..

Saja update nak upload gambar je..hee





Baru lepas sedekah silat pengandin pada kenduri kawin kazen baru-baru ni di seremban..


Sekian..Peace (~_^)v

p/s : hensem gak gua tengok gambar gua..hahahaha

Wednesday, November 14, 2012

Review Filem SEPAH THE MOVIE


SEPAH THE MOVIE


Hari isnin hari itu gua sempat join Pra Tonton Filem Sepah The Movie di e Curve..., nak bagitau ni Pra Tonton ni bukan bermaksud tengok movie ni separuh jer tau.., tapi full movie.. ramai gak rupanya ingatkan Pra Tonton ni ala-ala tengok trailer jer..tak tak ..bukan bukan..pra tonton  ni maksudnya sebelum filem ini keluar wayang syarikat perfileman ni panggil orang-orang hensem untuk tengok filem ni dulu..ha gitu..('',)

Sebelum ini judul filem yang keluar dari nama kumpulan hanya SENARIO..,pasti ramai yang kenal yer dak..?? kali  ini SEPAH yang namanya cukup gah juga bakal keluar FILEM terbaru..

Filem Sepah The Movie ini adalah arahan daripada MP Roslin Md Sharif..lagi hebatnya ini merupakan filem pertama arahan berliau...good luck bro..('',)


***************

Review Filem SEPAH THE MOVIE

- Filem ini agak ringan dan sesuai untuk tontonan semua.., filem ini idea asalnya dari ahli kumpulah sepah sendiri iaitu si JEP

- Secara peribadi sepanjang gua tengok Sepah The Movie ni banyak gak gua gelak la.., lagi-lagi dengan dialog si JEP..memang jahanam bahasa dia buat..hahahah

- Hebatnya filem ni pastinya dengan adanya 3 orang ahli kumpulah SEPAH..., selain itu lakonan Jihan Miskin memang menjadi sebab gua benci gila tengok dia dalam filem Sepah The Movie ni..hehe.. si Anzalna ni gua memang suka lakonan dia sejak gua tengok drama apa tah tajuk dia.. gua iklas suka dia ni bukan sebab dia cun..hehe

- Apa yang uniknya filem ini ialah ada unsur Lawak, Sedih, dan juga Aksi...tapi bila bab sedih tu gua masih nak gelak gak sebab si JEP ni memang muka lawak...

- Tahniah gua nak ucapkan dekat pengarah kerana berjaya membuat filem ini..tapi sayangnya kerana filem SEPAH THE MOVIE ni lambat keluar di pawagam..kalau keluar masa SEPAH tengah hot dulu mesti meletup.., tapi nak buat macam mana sebab benda-benda yang tak dapat di elakkan jadi keluar la SEPAH THE MOVIE pada 29 November 2012


Filem ini akan buat korang tertanya

- Ayu Sofea(Anzalna) akan pilih siapa untuk menjadi pasangan hidup ?? adakah Jep.., Mamat.., Shuib ataupun Based(jihan miskin)

Nak tahu jawapan dia tengok la di Pawagam pada  :

29 November 2012

Anzalna 

RATING LAWAK

4.5/5



Sekian...Peace (~_^)v


****************

p/s : comel gak wei si Anzalna ni..kalah neelofa..hahahaha


tag: Sepah The Movie, Pengarah Sepah The Movie, Pelakon Sepah The Movie, poster sepah the movie, anzalna

Friday, November 9, 2012

Instagram..fuiyo..fuiyo








Salam..,

Sejak zaman orang berak tak cibuk ni banyak laman sosial wujud yer dak..??

So dah banyak laman sosial manusia sekarang secara tak langsung jadi sosial la..hehe.., tapi ada positifnya..mana yang negetif jangan la ikut ok..ikut gak bangang la namanya..hee

Dulu gua ada Facebook...pastu Twitter..sekarang sejak ada henpon baru ni gua dah ada Instagram..canggihkan kan kan...hahahahaha *ok tak lawak

Twitter pun gua tak abis belajar cara guna ni kan Instagram..hehe, rajin follow la gua dekat instagram.., untung2 dapat tengok gambar bogel....hahahahaha


Sekian...Peace (~_^)v


Twitter dan Instagram

Ujang9897

Thursday, November 8, 2012

Kau Jiwa Ragaku

Papa dan Zafirah

Bila aku kata "aku tak suka konfrontasi"
percayalah ~ ~
aku sedang menyelamatkan engkau dari aku.

Kebinatangan dalam diri ini akan keluar,
bila berada di saat genting.

Percayalah ~ ~
di konfrontasi
aku lebih bisa jadi jengking

*fynn jamal


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : zzzzzzzzzzzzzzzz

Wednesday, November 7, 2012

Happy Bezday 7 Eleven...auw auw






Salam..,

Serius lama gila gua tak update blog gara-gara kesibukan masa dan kemalasan melanda., entri di London pun gua tak buat-buat lagi ni..tapi si Yana dah penuh cerita pasal London..grrr

Ni gua nak update pun kejap je sebab hari ini bezday gua..hahaha, gua rasa tarikh lahir paling cantik dan paling senang orang nak ingat di dunia ialah 7 Eleven..gua rasa la senang..kalau tak setuju lantak korang la..hihi

So hari ini 7 Eleven bezday gua..korang kalau pergi 7 Eleven ingat la gua ok...nak minum slupee pun pergi la hari ni..gua belanja..minum la banyak-banyak macam gambar gua dekat atas tu...


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : entri pemalas namanya ni..('',)