Tuesday, January 29, 2013

Hati dan perasaan seseorang itu MAHAL..!



Bila hati tenang, kita mesti gembira. Tapi kalau kita gembira, hati tak semestinya tenang. Carilah ketenangan hati, sebab ianya 'mahal'. 

 Ingatlah Allah, hatimu akan sentiasa dalam ketenangan

kopipes...fuiyooo..!!!


Sekian...Peace (~_^)v



Thursday, January 17, 2013

Kenduri Kahwin Hebah bukan Heboh !!

Gambar Hiasan


Sekarang ni ramai kawan-kawan gua yang dah nak kawin...dan ramai juga yang telah selamat berkahwin...('',)

Melalui majlis kenduri kahwin, kita dapat tahu sejauh mana rapatnya hubungan kita dengan saudara mara dan kenalan yang lain yer dak..?

Masa kenduri kahwin nanti akan ramai sahabat-sahabat lama yang dah bertahun tak jumpa tapi mereka datang juga. Ada yang datang dari jauh semata mata meraikan jemputan kita. Ingat bila dijemput wajib datang kecuali keuzuran..('',)

Majlis kenduri sebenarnya tak perlu pembaziran., jika ada lebihan wang kita boleh gunakan pada kerja lain yang lebih mendesak. Majlis kenduri kahwin sekadar melahirkan rasa kesyukuran dan penghebahan selain tanda syukur "masjid" telah didirikan dan terhebah anak kita sudah dinikahkan

Pembaziran ini kita taknak sentuh golongan sederhana dan miskin.., jika dorang membasir itu lebih parah yer dak..? Tapi itulah yang selalu kita dengar..siap ada bergolok gadai, berhutang untuk adakan majlis yang di luar kemampuan...derm..mintak jauhkan la ek.

Kita tengok pada golongan menengah dan keatas, mereka yang kaya dan masyuk. Buatlah kenduri sekadar mencapai tujuan dan keperluan bukan atas dasar kemahuan. Di tangan anda ada prioriti lain yang lebih besar. ('',) mungkin akan ada orang cakap

"Tapi mereka mampu"

Dr Yusuf Qardawi pernah menegur golongan yang saban tahun mengerjakan umrah sedangkan wang yang dibelanjakan itu boleh disalurkan untuk tujuan yang lebih urgent antaranya membantu umat Islam yang lain di sudut makanan, pendidikan dan keselamatan.

Pendek kata kenduri kahwin ini untuk hebahan bukan hebohan...('',)

Sekian dari saya Ust Azfar Roslan


Sekian...Peace (~_^)v




p/s : susah nak bendung dah zaman sekarang dalam pembaziran di majlis kenduri kahwin



Tuesday, January 15, 2013

Ada apa dengan kedai mamak.

Awek Mamak

Kedai Mamak bagi gua sangat sinonim dengan dunia remaja masa kini yer dak..? ibarat takda mamak di mana sesuatu tempat itu tak syok..hehe..so area rumah sapa yang takda mamak itu secara tak langsung sewa mesti murah...('',) * sukati gua je

Kebiasaannya kalau dikawasan tempat ramai student mesti kedai mamak selalu penuh.., tak kira la waktu sarapan, makan tengah hari, malam atau lagi hebat lagi tengah malam.. rasa-rasa kenapa..?

Bawah ini gua rasa antara punca dan sebabnya..hehe :



- Pelayan kedai mamak ala-ala hero filem hindustan mungkin sejuk mata memandang bagi cik awek..(''.)



- Tempat berkumpul peminat bola sepak sebab ada TV besar dan Skrin Besar..., so suasana dia kompom lain..nak memekak dekat situ pun tarak hal..!! * gua biasa lepak




- Kedai mamak zaman ni rasanya 90% ada wifi yer dak..? apa yang bestnya ianya percuma walau hanya dengan bermodalkan milo ais segelas...hahahaha  *gua biasa buat



- Ni part paling best bagi remaja zaman sekarang lepak kedai mamak ialah salah satu tempat untuk cuci mata sambil makan, mata meliar tengok awek...hehe.., gua rasa tak silap cik awek pun buat benda yang sama kan kan kan..('',)


*gambar sumber google..kalau tuan punya badan marah bagitau ok..nanti gua deleted..

**********************

Sebenarnya banyak lagi sebab-sebab kenapa ramai remaja suka lepak kedai mamak...antara sebab lain gua rasa ialah servis kedai mamak agak cepat.

Gua malas nak bezakan dengan kedai lain...tapi gua bagitau sebab apa remaja pilih kedai mamak...('',)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : kekadang kedai mamak lagi bersih dari kedai...hurm..



Saturday, January 12, 2013

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat


Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013

**************

Hari ini merupakan hari Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka . Apa yang gua fahamkan target himpunan ini ialah sejuta rakyat..ke gua silap..hehe

Himpunan ini adalah himpunan gabungan dari segala perhimpunan sebelum ini dari seluruh negeri dan Grand Final himpunan kebangkitan rakyat ini yang berkumpul di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihan raya yang bersih salah satu matlamat utamanya....dah berpusing-pusing dah ayat gua..hahaha..takpa korang paham yer dak..??

Gambar sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat













Ada laporan media mengatakan ada letupan kecil berkalu di KLCC.., tapi lepas dikaji derm...rupanya tu khabar angin jer.., tapi polis ada gak jumpa kotak kecil yang ramai orang ingatkan bom..rupanya bom palsu jer...*wakenabeb!!!

Apa yang gua baca dari media sosial himpunan kali ini lebih aman dan gua harapkan terus aman dan aman..., jangan ada orang yang jadi FIRESTONE sudah..hehe


**************




Huraian dari sahabat blogger Solihin Subir kenapa perlu turun Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  

1. Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  yang bakal dilangsungkan pada 12 Jan 2013 nanti bolehlah dianggap sebagai bapak segala perhimpunan. Kerana perhimpunan tersebut bakal menggabungkan himpunan Bersih, himpunan Hijau, himpunan Oren, Royalti dan pelbagai lagi NGO sebagai alternatif meluahkan rasa amarah rakyat setelah pelbagai tuntutan demi tuntutan diabaikan oleh kerajaan semasa.

2. Namun, seperti biasa akan ada pihak pro kerajaan semasa yang akan melabel peserta himpunan tersebut sebagai tidak bersyukur dengan negara kita yang sudah sedia ada aman ini katanya. Himpunan seperti itu akan membuatkan negara ini kacau bilau. Lucutkan kerakyatan peserta-peserta himpunan ini. Hantar mereka duduk Palestin. Bersyukurlah. Bersyukurlah. Blerghhhhhh.. Owh yaaa.. Himpunan kali ni tidak dipengerusikan oleh Ambiga kan? So?

3. Bagi yang kononnya neutral atau bencikan politik dan tak mahu ambil tahu hal politik pula akan berkata, daripada pergi ke himpunan kebangkitan tu, lebih baik bangkit tahajjud. Lepas ni ada la tu yang nak create gambar perbandingan himpunan kebangkitan vs bangkit tahajjud. Lepas tu, "Like & Share jika setuju". Heheh.. Memang betul kita disuruh berdoa. Tapi berdoa semata-mata tanpa usaha, pun tak cukup. Pergi himpunan semata-mata tapi tak solat dan berdoa pun tak guna. Biarlah seiringan.

4. Ulama, tok guru, ustaz-ustaz pun ramai yang turun kan sebab sudah muak dengan karenah Umno/BN. Haram celah mana perhimpunan ni? Syeikh Yusuf al-Qardhawi dan lain-lain ulama muktabar dunia juga berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka. Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Upsss.. Lupa. Syeikh Yusuf al-Qardhawi tu kan khawarij bak kata Ulama Muda Umno. Aku nak ikut ulamak. Aku takmau ikut ular dalam semak yang hanya tahu meneropong dari jauh.

5. Bro. Ini perhimpunan aman bro. Sebenarnya santai je bro lebih kurang macam Jom Heboh dan himpunan agung umno tu. Bezanya himpunan ini tak ada artis Kpop dan seksi. Hoi. Kenapa orang Umno/BN boleh buat perhimpunan secara aman tanpa sebarang gangguan, tapi bila penyokong Pakatan Rakyat nak berhimpun, dilabel pula sebagai himpunan haram. Tak cukup dengan pelbagai provokasi dan fitnah, siap sembur water canon, bom asap, sepak terajang segala. Bagi ceramah pun kena serang puak samseng. Bagi kuliah dalam surau kena baling kasut. Ini apa perangai ni? Siapa sebenarnya yang jadi penyebab himpunan yang asalnya aman bertukar menjadi huru-hara?

6. Sehingga ke hari ini aku masih terkesan melihat video dan gambar-gambar perhimpunan bersih 2.0 dan 3.0. Setiap kali melihatnya, rasa meremang dan berkobar-kobar melihat amarah rakyat yang sebelum ini bisu ditindas kezaliman. Jadi, aku nekad akan turun ke bapak segala perhimpunan ini. Aku mahu jadi sebahagian daripada gelombang kebangkitan rakyat. Bro. Ini bukan soal parti. Taksub kepada parti hanya akan membuatkan kita buta kebenaran. Ini soal kesejahteraan rakyat. Buat apa lagi nak simpan kerajaan korup macam tu? Aku lebih rela memilih Pakatan Rakyat daripada memilih Umno. Kenapa? Itu aku akan jelaskan dalam entry yang lain dengan lebih terperinci. Mesti baca nanti! Bagi celik sikit mata tu.


**************

Solat Jemaah Di Masjid Negara Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013







Stadium Merdeka telah dibanjiri oleh Rakyat Malaysia Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013









Video Himpunan Kebangkitan Rakyat 

**************

Sekian...Peace (~_^)v

TAGS : gambar bersih 2013, gambar perhimpunan bersih 2013, gambar himpunan kebangkitan rakyat di Dataran Merdeka, video himpunan rakyat 2013 gambar himpunan kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka.


Friday, January 11, 2013

Babygirl Bercakap dengan Taddy Bear



Zafirah : agaga gugu papapa kur kur fuuuuu fuuuu * bahasa baby

Bear : .......*tegak membisu

Zafirah : huhuhu aaaaaa berrrrr berrrrrr guuuuuuu *bahasa baby lagi

Bear : ......*tegak membisu

Zafirah : aaaaaaaaaaaaaaaaaaa baaaa baaaaa berk...berk.... *bahasa baby lagi sekali


selepas 10-15 minit dia berborak baru gua dukung balik....('',) gitu la ragam si Zafirah setiap pagi sementara menungga mamanya siap mandi.


Sekian...Peace (~_^)v


 p/s : siapa rajin kasi idea nama sekor2 bear ni..hehe




Wednesday, January 9, 2013

Al-Kisah agak bongok orang yang UPDATE BLOG..!!



Gambar takda motif


******************

Zaman sekarang ni gua rasa dah takda orang berak berdiri...apa gua merepek ni..,?? gua rasa gua sorang je dulu berak berdiri..hahahahah

Ok sambung cerita.. eh eh.., apa yang gua nak sambung kan, bukan ada cerita apa pun yang dah start...argh..!!! bengapnya rasa tak tau nak update apa dekat blog ni

Dah la malas nak update blog... mesti korang pun bengang je baca yer dak..?



Moral Of The Story

- Kalau tak tau nak update apa baik jangan update blog sebab buat orang bengang dan maki jer
- Dari tak update blog langsung baik update walaupun pendek


p/s : 2 moral of story yang terpulang mana-mana satu korang nak ikut..('',)


*tajuk dituju khas untuk diri sendiri..

Tuesday, January 8, 2013

Happy Bezday Sayangku Yana

Gua bersama Yana dan Yana..

Gua kekejangan masa sejak beberapa bulan ni..nak update blog pun tak sempat sangat..kekadang bukan tak sempat tapi malas..hahahaha

Saja update blog nak wish Bezday dekat bini gua si YANA.... bini gua bukan Yana Samsudin ok...tapi

Siti Liyana


Kang ada orang kata gelabah je wish bezday dekat blog.., gua depan-depan pun wish la...saje nak update blog..kalau tak tak berupdate...heee..,

Akhir kata dengan serangkap pantun

Dari dulu lagi memang dah gila bayang,
I Love u sayang..('',)

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : bukan senang dapat laki bini blogger wei...hehe