Monday, March 24, 2014

ISES 2014 Berlangsung Dengan Jayanya



Sebelum ini gua ada cerita pasal ISES 2014 , dan baru ini gua bersama rakan blogger yang lain berjaya menghadiri Persidangan yang menarik yang diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya bertemakan Currency of Autonomy – Sustainable Energy

ISES 2014 dianjurkan bertujuan untuk berkongsi amalan baik disamping membantu industri tempatan dan juga luar negara mengenal pasti cara-cara yang sesuai bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan teknologi kepada masyarakat, serta pembiayaan bagi transformasi ke arah kemerdekaan tenaga dan pembangunan yang mampan

ISES 2014 juga menyediakan platform dan peluang untuk RE dan EE industri profesional di Malaysia dan dunia untuk bertemu, berbincang dan mendapatkan maklumat terkini dan isu-isu yang berkaitan dengan Sustainable Energy  di Malaysia.


ISES 2014 ini dirasmikan oleh  Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid iaitu  Timbalan Menteri KeTTHA.., apa yang menarik gua rasa yang hadir dalam persidangan ini ialah lebih kurang dalam 600 orang..fuh..full house abaq ang..!!

Selepas merasmikan ISES 2014  Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid sempat melawat beberapa tapak pemeran yang diadakan di ISES 2014



Sebelum itu  Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid juga sempat memberikan hadiah-hadiah kepada pemenang mewarna pada adik-adik comel kita.




SEDA Malaysia juga berjaya menyediakan maklumat terkini dan pembangunan RE dan EE yang terkini di negara ini berkenaan dengan rangka kerja undang-undang dan pelaksanaan. Topik penting lain yang disampaikan oleh penceramah terkenal dari seluruh dunia termasuk pembiayaan hijau, tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga.

Apa yang menarik lagi pengkongsian dari beberapa Panel luar negara seperti Jepun, German, Australia, India dan banyak lagi berjaya membuka idea dan juga input kepada semua peserta yang hadir pada persidangan itu. Apa yang lebih menarik lagi gua dapat tahu mengenai tenaga boleh baharu yang baru iaitu teknologi geothermal.


********************************

Bawah ini gua sediakan beberapa gambar sekitar berlangsungnya ISES 2014






1 Orang Memberi Komen & Pendapat


EmoticonEmoticon