WINTER TRIP KE SAPPORO HOKKAIDO
Salam...,
Ok aku nak sambung cerita hari ke 4 di Hokkaido Japan..., korang dah baca belum aku share hari 1 ke hari 3...? kalau belum pergi baca bawah ni
Hokkaido dan Sapporo berpisah tiada, today aku nak share dengan korang pasal Sapporo
Seperti hari biasa , awal-awal pagi morning aku dah check out hotel untuk ke lokasi seterusnya.., biasa pagi aku akan bekpes dengan kak pila... dia la geng aku awal pagi untuk aku amik gambar dia...dia amik gambar aku hehe
Ni kak pila candid amik gambar aku..., aku pun tak sure kenapa dia amik gambar view montot aku..!! grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Dah settle bekpes.., apa lagi bergambar jela kerja aku hahahahaha..., ni aku bergambar depan hotel.., kereta tak banyak lagi.. tapi sayang lambat sikit sebab jalan yang penuh salji dah kena sodok... aku nak tengok jalan penuh salji yang belum disodok.
Syok wo bergambar tengah-tengah jalan ni...tapi hati-hati jalan licin namati.!
******************************
Hari ke 4 ini kami akan pergi ke beberapa tempat yang popular di SAPPORO.., jadi entri kali ini aku share dengan korang beberapa tempat wajib korang bila ada di SAPPORO
Tempat pertama kita orang pergi ialah NIJO FISH MARKET.., tak jauh pun dari hotel richmoon . 5 minit je dah sampai..
1. Nijo Fish Market
Nijo Fish Market ini dah bertapak melebihi 100tahun...! fuh...dah lama gila kot, lagi tua dari usia kemerdekaan kita, lagi tua dari usia Tun Mahathir dan yang pasti memang lagi tua dari aku hahahaha
Kalau korang datang ke Nijo Fish Market ni korang akan perasan peniaga kebanyakannya otai-otai.., kelebihan yang ada dekat sini ialah harga dia korang boleh minta kurang dan yang pasti memang semuanya fresh
Korang tengok la gambar-gambar bawah ini aku tunjuk apa yang ada di Nijo Fish Market atau bahasa mudahnya pasar ikan...tapi bukan jual ikan sahaja, ada king crab, sotong kurita, buah-buah fresh
Kenapa korang perlu pergi Nijo Fish Market.?
Salah satu sebab utama ialah disini murah berbanding di tempat-tempat lain., korang siap boleh minta kurang. Tapi hati-hati untuk amik gambar, tak semua toke kedai bagi korang amik gambar....Namee Roslan dah kena marah sebab sibuk amik gambar hahahahahah
Kalau korang lapar, dekat sini pun boleh makan .. harga dia kita murah banding kedai lain...eh berapa kali aku nak bagitau ni hahahaha
Aku rekemen korang makan kedai ni.., sebab apa..? sebab antara banyak-banyak kedai aku tengok staf sini paling sempoi dan tak sombong hehe..
Aku nak cakap lebih pasal seafood ni memang out sikit, sebab aku tak makan seafood hihi...
***********************************
Settle wusha Nijo Fish Market.., kami semua ke tempat paling popular di Sapporo iaitu Sapporo Tv Tower.., dari nijo fish market ke sapporo tv tower ni dekat sangat..jalan kaki pun boleh
So kalau korang dari tv tower nak ke nijo fish market boleh, dari nijo fish market nak ke tv tower pun boleh..jalan kaki je..!
2. SAPPORO TV TOWER
Siapa datang Hokkaido, kalau tak singgah SAPPORO TV TOWER ni kira tak sah..!!! kalau korang tak caya pergi la tanya kawan-kawan yang dah datang Hokkaido.., sure pergi Sapporo Tv Tower ni kan kan kan..??
Korang yang sampai Hokkaido sure pergi atau nampak Sapporo Tv Tower kan..? naik ke tak tu no2 hehe...
Naik atas ni syok wooo..., klcc pun aku tak pernah naik lagi., ekceli bila aku nak bergambar gaya gini... sebenarnya aku perlu merangkak untuk duduk ke bucu tu hahahaha
Aku ni sejenis manusia yang takut pada ketinggian...!!! kajian sebuah universiti di America, lelaki yang takut pada ketinggian merupakan seorang yang baik hati dan hensem hahahahahahaha
Posing gini nampak senang..., tapi perlu diambil beberapa kali sebab orang yang perut boroi je paham perasaan tu hehe

Ini adalah view dari puncak paling atas..!!! orang awam tak boleh naik, kami blogger Malaysia dibawakan khas oleh staf sini untuk merasai kegayatan di atas
Kami diberi layanan khas untuk naik tempat rahsia ni hehe
HARTA NAIK SAPPORO TV TOWER
Harga dia bagi aku tidak la terlalu mahal.., alang-alang dah sampai boleh la korang naik atas ni untuk tengok view yang cantik.!
Adult : 720 yen
High School Student : 600 yen
Junior High School Student : 400 yen
Primary School : 300 yen
Child (3-5) : 100 yen
Cuma bagi aku kalau bawa budak tak perlu la bayar yer dak..? lepas tu rate student sepatutnya sama harga hehe... komen lebih macam orang jepun tu nak dengar hahahah
*****************************
3. Shiroi Koibito Park Factory
4. Restauran Taj Mahal Sapporo
Ok port makan paling best sepanjang aku di Jepun ni adalah di restauran taj mahal sapporo..., sebab apa..? sebab aku boleh makan semua menu dia yang ada hahahahaha
Untuk mahluk yang tak makan seafood macam aku ni.., pergi Jepun adalah satu bahana paling tragik bila bab makan hahahhaha
Macam bodoh wei pergi jepun tak makan seafood., tapi itulah hakikat yang harus budak bernama UJANG ini terima.
korang baca blog KAK FILLA dia share juga macam mana aku teruja bila makan di Taj Mahal ni hehe
*****************************
5. Tanuki Koji Underground City
Ok Sapporo ni terkenal juga dengan tempat shooping bawah tanah.., Tanuki Koji Underground City sangat stategik lokasi dia sebab bersambung dengan Stesen Odori di Namboku . Dekat sini memang sangat sesuai untuk korang cari 0le-ole ataupun beli G-SHOCK.. banyak kedai dekat sini bebas cukai..!
Lagi satu yang best shooping bawah tanah ni, musim sejuk dia boleh dijadikan tempat untuk menyorok dari kesejukan hihi...
Kebetulan time aku pergi ni memang waktu winter..so sesuai sangatlah kami datang sini..., belah atas ada juga tempat shooping tapi kami jalan bawah dulu wusha apa yang ada.
masa aku jalan-jalan tu ternampak kedai ala-ala Hokkaido Cheese Tart..apa lagi singgah la hahahaha. tapi nama kedai dia dekat sini lain..konsep sama
Aku lupa nama kedai dia apa..tapi harga lebih kurang sini je......, sedap woooooo
6. Mt. Moiwa
Lepas habis jalan underground...kami pergi panjat gunung moiwa..!! wei wei... aku tak larat dah ni nak taip..... bagi aku rehat boleh tak..? hahahahaha
Ginilah view dari atas gunung moiwa.. Allahu cantik sangat, tapi sejuk namati hehe... ok jap wei...nanti aku sambung... publish dulu...daaaaaaaa
1 Orang Memberi Komen & Pendapat
dia punya market macam-macam ada oii
EmoticonEmoticon