Saturday, December 31, 2011

Jangan Sesukai Hati Kau Jer Buat Tuduhan



Gua tengok zaman sekarang ni ramai sangat orang sukakan benda-benda yang berunsur negetif . gua tak nafikan gua pun suka mendengar berita yang negetif ni.derm..!!

Tapi secara tak langsung benda itu semua tak bagus yer dak..?? kalau betul-betul berita itu nak buatkan teladan ok la. yer ker ok..??



Cerita benar yang kita hebohkan dinamakan "MENGUMPAT"
Cerita salah yang kita hebohkan dinamakan " FITNAH"

Ha...fikirkan tu..,bukan gua yang cakap tapi Rasulallah yang cakap...('',)


******************* 

"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."

Orang kata dia tu perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang tau.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..

"Ada sorang lelaki.. Dia sangat-sangat gemuk.."

-Orang kata dia tue tak tau jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..

"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.."

-Orang kata dia tu hodoh.. Sangat-sangat hodoh.. Tapi takda orang tau.. Dia tu askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..


"Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. Tak bermakna.. Kita tau segalanya.."


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : gua tengah main laser tag..('',)



Friday, December 30, 2011

Penangan Tentang Dhia ( Versi 2)



Malam tadi heboh semua status orang berbicara  "Tentang Dhia" termasuk gua sendiri..,hihi

Agak sedih gak la jalan cerita Tentang Dhia ni.., tapi gua tak nangis pun tengok cerita tentang dhia macam korang yer dak.?


Antara status Facebook yang berkeliaran di wall gua ialah :


 "Oh patutlah. Aku tengok Tentang Dhia sambil tolong mak aku potong bawang. Baru perasan.

 "Semoga aku mendapat isteri yg mencintai aku seperti Dhia mencintai Zikir...cewahh...:)

"hampir.....stiap rumah habis sekotak tisu kess tngok crita tntang dia......"

"nasib baik Zikir mati , kalau ta mesti hidop ngan rose yg tergedik tu ! huh~ 

"Cinta Zikir & Dhia bawa ke mati lah "


******** 

Para pelakon Tentang Dhia juga cam haram update status gak..hahaha


Siapa yang belum tengok Versi 1 klik SINI <---------



Sekadar hiburan semata-mata, gua cilok gambar tu dari facebook...


Sekian...Peace


p/s : Realitinya tak ada seorang pun yang setabah Dhia...tol tak..hahahaha


Thursday, December 29, 2011

Gua Jumpa Lisa Surihani Lagi.!

AMARAN

"Entri Ini Berunsur Menggelabah




***********

Gua tak paham kenapa ramai sangat orang sukakan Lisa Surihani ni.., bukannya cantik sangat pun yer dak..???

Siapa jawap YA gua tumbuk ...haha

Kelmarin gua berkesempatan pergi ke majlis Pra Tonton Filem Papa I Love U lakonan Lisa Surihani, dan gua pasti dia akan hadir ke majlis tu.

Dalam majlis tu ada disediakan makanan untuk tetamu, gua pun makan la...,dalam gua sibuk tengah makan,tiba-tiba lisa tegur gua (memang dah lama kenal)


Lisa : eh...!! ujang kan...?? ( suara dia agak besar)

Ujang : erk.., yup..

Lisa : jumpa lagi kita kan.

Ujang : memang datang sini nak jumpa kau ler..

Lisa : owh..., hahaha..ok2 jom bergambar

Ujang : ok jap


* klik...!!!




Lisa : gelap la ujang.., amik la lagi

Ujang : ish banyak bunyi la kau ni.., kejap

* Klik..


Lisa : thanks ujang.., dah 3 kali kita jumpa kan

Ujang : haah.., ok la wayang dah nak start ni jom masuk  (saja potong cerita sebab malas nak layan)


Gua dan lisa terus laga-laga pipi dan masuk ke dalam panggung



Sekian...Peace (~_^)v


Cerita 1, Cerita 2


p/s : makin kurus jer gua tengok Lisa Surihani ni, gua pulak makin gemuk..derm.!!


Wednesday, December 28, 2011

Review Filem Papa I Love U



Pada 27/12/2011(malam semalam) gua bersama rakan blogger berkesempatan menghadiri Majlis Pra Tonton Filem Papa I Love You bertempat di MBO Subang Parade.

Gua dapat tiket hasil pemberian rakan blogger bernama IEB., kenapa dapat tiket free?? malas gua nak ulas dekat sini..hahha

Filem Papa I Love U arahan Hashim Rejab ini merupakan filem ke duanya, filem pertama arahan abang hashim ialah Sekali Lagi yang juga tidak mengecewakan

Filem yang berkonsepkan kekeluargaan ini memang kemahiran abang Hashim.., siapa ingat Drama ADA MAYA..? haaaa..!!! brother ni juga la pengarahnya.., gua memang minat filem macam ini..hahaha


******************
Review Filem Papa I Love You


Filem Papa I Love U merupakan filem yang ke 52 keluaran MIG dan juga filem kedua Hashim Rejab . Filem ini berani membuat kelainan dimana mempertaruhkan heronya yang tidak memerlukan rupa paras yang hensem iaitu Zalif Sidek

Gua ditengah-tengah bersama Zalif Sidek dan penyibuk Jamar


Zalif Sidek tidak hensem tapi serius comel...hihi..auw auw..('',)


Pemilihan pelakon dalam filem ini bagi gua sangat sesuai dan tepat kerana lakonan Zalif Sidek , Lisa Surihani dan adik Mia Sara sangat-sangat tidak mengecewakan..


Pelakon utama iaitu Zalif Sidek memainkan wataknya sangat bagus , secara peribadi gua hampir mengalirkan air mata bila scene 



 - Mereka terpaksa tidur di taman permainan dan mia melihat maknya di bintang.., sob sob...=(
- Bila masa mereka tiada tempat tidur apabila hujan turun...sob..sob..=(
- Ketika mia menangis tidak mahu meninggalkan Elly(lisa)...uwaaaaaaa.....=(
- derm..!!! gua nak mengalir air mata gak la..


Serius wei..., siapa yang layan habis boleh menangis bila terkenangkan perkara tu terjadi dekat diri kita lagi-lagi gua bakal dapat anak nanti...sedih-sedih menusuk kalbu wo kalau main jiwa dengan keluarga ni.., kalau jiwa jiwang gua tak sedih...('',)


Tapi pengarah bijak mengawal suasana sedih sebab bila gua nak menangis jer, ada jer adegan lawak sengal Bahar lakonan Zarif ni memujuk hati kecil gua...hihi, kalau dia biar jer serius konfirm air mata gua mengalir..

Kesengalan Bahar memang terselah dengan wataknya yang selamba dan juga gelabah lebih, bak kata mia "papa ni over la"..hahaha.., wei siapa nak jadi Bapa ataupun yang sudah jadi Bapa layan filem ni memang best wo..!!!


Jalan ceritanya sangat mudah dan ringan untuk difahamkan, kisah mengenai kekeluargaan.., nak tahu apa kesudahan filem Papa I Love U.?? adakah mia meninggal ataupun ayahnya yang meninggal..??, saksikan di pawagam pada 29/11/2011

Sesiapa yang minat jalan cerita kekeluargaan inilah Filemnya

Rating 
8/10

Trailer Filem Papa I Love U



Gambar Sekitar Majlis Pra Tonton Papa I Love U






Antara Rakan Blogger Yang Hadir Pada Majlis Pra Tonton

- Krew-krew Ohmedia
- Roti Kaya



Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Lisa Surihani wangi wo...hihi

tags : papa i love you, review filem papa i love you, kutipan filem papa i love u, kutipan dilem papa i love you

Papa I love U

Gua baru balik dari pra tonton filem " Papa I love U " bersama beberapa rakan blogger yang lain.., ada gak la part sedih dalam filem papa i love you ni..hehe


Papa I ♥ You!!
Yana, Mia dan Gua


Sedang gua berjalan-jalan dengan lemah lembut seperti putera raja, tetiba adik mia sara tegur gua...

mia : eh eh.., ini uncle ujang kan kan..??

gua : yer sayang..

mia : uncle ujang bakal jadi papa kan..??

gua : yer sayang..

mia : nanti suruh la anak uncle panggil uncle papa ok.

gua : kenapa sayang..

mia : supaya anak uncle ujang boleh cakap "Papa I Love U" hihihi

gua : baik sayang..., (gua terus dukung dia dan kiss dia)



**********
Mia seorang budak yang sangat comel, gua dah lama gila minat dekat si Mia ni.., akhirnya dapat juga gua bertemu dengannya siap dapat dukung lagi..('',)

Gua hanya dapat dukung mia sahaja tak dapat nak dukung lisa surihani...hahahaha

Dialog diatas adalah rekaan semata-mata untuk promote filem terbaru arahan abang Hashim Rejab iaitu Papa I Love You

 Pengarah Filem Papa I Love U (Hashim Rejab)


Papa I ♥ You!!


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Sangat sesuai ditonton oleh keluarga

tags : papa i love you, filem papa i love you

Tuesday, December 27, 2011

Aksi Lucah gua di Telaga Tujuh Langkawi(13sx)



Pada tahun 1995 merupakan buat pertama kalinya gua pernah sampai ke Telaga Tujuh. Setelah`11 tahun kemudian iaitu pada tahun 2011 gua sekali sampai ke Telaga Tujuh maksudnya tahun ni la...

Serius gua macam tak percaya pada tahun 1995 gua boleh sampai ke telaga tujuh sebab nak naik ke telaga tujuh ni Ya ALLAH..sumpah penat dan tinggi gila..!!!!!


Peta lokasi Telaga Tujuh


Telaga Tujuh ni ada 3 peringkat.., pertama Air Terjun

Jalan kaki kalau dari bawah dalam 15-20 minit dah sampai ke lokasi Air Terjun ni


pipi gua tembam sebab gua dah gemuk comel kan..hahaha, derm..!!


gitu le gamaknya tinggi air terjun


*********************

Peringkat ke dua ialah kawasan tinjau ataupun menara ( gua main hentam jer ni)

Kalau dari bawah  jalan kaki dekat 45 minit gak la..derm...!! serius penat gila., gua sampai buka baju ..



Sampai je peringkat ke dua gua dan kena kejutan budaya..tetiba gua nampak ada minah saleh ni pakai bra jer...hahaha..apa lagi jadi paparazi la

Tapi dah lama-lana gua rasa bosan jer tengok mereka punya bra sebab makin lama makin ramai pulak mat saleh naik telaga tujuh ni.,  sumpah tak stim pun...hihi


 dont try this at home

model majalah mangga edisi khas


Jaring itu ialah untuk keselamatan pengunjung supaya tidak melebihi dari jaringan , kalau berenang tetiba terlepas jaring alamatnya mati la sebab jatuh dari Air Terjun ( gambar di peringkat pertama tadi)

***************

Peringkat ke tiga di Telaga Tujuh ini ialah Puncak Telaga Tujuh

Gua tak larat nak naik sampai ke puncak, jadi gua lepak di peringkat kedua sahaja.


Selingan gambar di telaga tujuh

 Aksi memberahikan dari member gua

 Gelonsornya pendek jer..,nampak jer gempak..hehe

 Gambar Hiasan

Gambar banyak lagi..tapi malas nak upload.

************

Masa gua naik telaga tujuh ini, gua pelik sebab 80% yang ada atas tu bukan orang malaysia.. serius kejutan budaya betul gua dibuatnya sebab pandang kiri orang russia pakai bra, pandang kanan orang poland pakai bra, pandang belakang  orang canada pun pakai bra sahaja..derm..!!

Pandang punya pandang mujur takda yang bukak bra, so gua pandang bra jer la , kalau tak gua pandang benda lain yer dak..??? hahahhaha


******************

Entri ini adalah untuk memberi jawapan kepada soalan gua pada entri sebelum ini, TENGOK SINI <--

 Jawapan dia TELAGA TUJUH (langkawi)

Yang berjaya menjawap dengan tepat dan betul sah la memang korang baca blog gua...hehe.., tapi gua pilih yang terawal jer ok...gua akan publish semua komen yang berjawa jawap dengan betul


Sekian....Peace (~_^)v


p/s : malam ni layan PAPA I LOVE U

tags : telaga tujuh langkawi, sejarah telaga tujuh langkawi, peta telaga tujuh langkawi

Gambar tak pakai Baju (13sx)



Yeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, ketika ketandusan masa dan idea untuk mengaupdate blog, gua akan menepek gambar comel gua...


Baru-baru ini gua ada ke suatu tempat , siapa yang baca blog gua tau la gua ke mana yer dak..?? ala yang gua tak dapat online lepas tu gua buat entri review blog tu.., 2 minggu gua tak dapat online..hehe



 Keadaan gua yang tidak stabil yang cuba mengimbangi diri



 Cuba mengapungkan diri ataupun berenang



Beginilah gaya gua yang kononnya tengah berenang dengan hebatnya



Semua gambar muka comel gua ini di ambil oleh paparazi bernama Dani, iaitu rakan sekerja gua...derm!!!


 FAKta yang gua nak bagitau ialah gua adalah salah seorang mahkluk di muka bumi ini yang tak reti berenang. 

Gua rasa tersangat noob gila bila melihat seorang budak berumur 5 tahun boleh berenang di depan mata gua..,terasa nak bunuh sahaja budak itu.grrrr

Korang reti berenang tak..???


********************

Soalan cepumas dari gua

 " Dimanakah lokasi gambar-gambar gua di atas..??


3 orang pertama yang berjaya dapat menjawap dengan betul dan tepat gua akan letak banner blognya dan blognya gua akan letak dalam bloglist khas selama 2 minggu

Jawapan yang betul tidak akan gua publishkan komennya sehingga tamat tempoh(tengah hari esok)., so maksudnya komen yang dah publish adalah jawapan yang salah ok ('',)


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : esok malam nak jumpa lisa surihani.


Saturday, December 24, 2011

Entri Kopi Paste 2 ( taik idung)


 
Gambar Hiasan



Al-Kisahnya

Di suatu pagi , Mejah sibuk membelek-belek jarinya. sambil diperhatikan kawannya bernama Zaim

Zaim : “Mejah, apa benda yang ko pegang tu?”

Mejah : “Entahlah, rupanya macam plastik, tapi kalau dipegang macam chewing gum melekit sikit, ntah pebenda ntah” sambil menunjukan benda tu pada Zaim.

Zaim : “Meh gua tengok" Zaim memegang benda tersebut dan benda tu melekat-lekat pada ibu jari dan jari telunjuknya.

Zaim : “Yap nampak macam plastik tapi kalau dipegang macam chewing gum, benda apa ni ek? Kat mana ko dapat?”

Mejah: “Dari hidung gua…” jawap mejah selamba

Zaim : **&*$()%&$&@)$  fakyu..!!!!!

***********

Moral Of th Story

- mejah memang seorang yang pengotor
- jangan main taik hidung


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : kecik-kecik dulu gua suka kumpul taik hidung...

Friday, December 23, 2011

Setiap Sebab Ada Jawapannya | Islam Itu Indah


Gua tengok dekat Facebook sekarang ni macam-macam luahan perasaan yang di update di status.., secara tak langsung menunjukkan gua seorang stalker..hahaha

Ada segelintir makhluk yang update status Facebook kekadang gua baca sambil geleng kepala dan lebih teruk lagi gua akan cakap dalam hati "bangangnya budak ni" oh sungguh tak patut gua berkata begitu yer dak.?

Cuba la update status ayat jiwang ker, ayat lawak ker, atau update la nak pergi berak sekali pun itu tidak dibenci ALLAH dari update status yang macam memperkotak katikkan takdir ALLAH..

Sini gua copy paste dari facebook gak untuk dikongsi dan direnungkan...,


*********************

KENAPA AKU DIUJI ??

QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”


APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah-lah yang memberi kita cobaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sandaran manusia...


**********************
KENAPA BUAT ENTRI INI ???
GUA MENJAWAP :
- "Untuk simpanan bacaan gua dan kesedaran gua juga, selain itu untuk berkongsi"


Sekian..Peace (^_~)v


p/s : Biar orang benci kita, jangan ALLAH benci kita

Thursday, December 22, 2011

Gua baca blog Cik Epal,Hamzah Ian,Hanis Zalikha,lolly



Gua mula berblog pertengahan bulan 12 tahun lepas (2010)

Tapi sebelum gua ada blog.., gua memang seorang pembaca blog..hahaha..macam bongok pun ada gua rasa...('',)

Dalam kepala otak gua sebelum gua ada blog ni kan..., gua anggap siapa yang ada blog ni sebenarnya macam ORANG GILA..,

Kenapa gua pikir macam tu ..?? sebab gua bayangkan blogger ni seperti ORANG GILA yang sedang membebel-bebel seorang diri depan komputer...(serupa yang gua buat sekarang ni)

Nak bercerita kenapa gua berblog ni panjang wei....macam-macam sebabnya...sebab yang bongok2 pun ada...

Ni gua nak bagitau blog mana yang gua selalu masuk, sebelum gua ada blog....


Pertama Blog YANA

 
YanaMIB

-Dah awek sendiri ada blog, opkos la baca yer dak..? sekarang dah jadi bini pun

- Nak gak baca apa benda la minah ni merepek dengan blog..., kekadang dulu bosan jer dengar cerita kisah-kisah dunia blog ni dari dia, tapi sekarang tu la bahan bualan..selain  itu  disebabkan minah ni juga la gua ada blog



Kedua Blog Hanis Zalikha



- Gua masuk blog minah ni kalau entri panjang gua malas nak baca sangat..tapi gua akan CUCI MATA tengok gambar-gambar dia..., korang yang JANTAN tu jangan menipu la bukak blog dia tak CUCI MATA yer dak..? hihi

- Sekarang gua dah jarang masuk blog dia sebab gua dah banyak jumpa blog lain yang lagi best..hahaha


Ketiga Blog Miss Lolly


- Gua sebelum ada blog gua suka baca blog si otak senget minah ni..., kekadang tersengeh keseorangan gak gua baca entri dia..panjang ke pendek ker gua akan baca gak blog ORANG GILA ni...hahaha('',)

- Sekarang minah ni dah jarang update.., tah apa merajuk dengan blog dia tak tau la..,


Keempat Blog Cik Epal

Cik Epal

- Gua baca blog minah ni pun dah lama.., dari dia bercinta dengan PAKWE dia sampai la dia putus dengan PAKWE dia..., dan sekarang kembali bahagia bersama PAKWE dia..,hihi..,gua dah jadi member pun dengan PAKWE dia.

- Selalu jumpa minah yang kuat menternak lemak ni bila tengok wayang


Kelima Blog Terbang Tinggi Tinggi


- Blog ni dulu gua selalu baca.., sebab entri-entri dia yang agak bangang tu boleh merehatkan minda..., blog lucah ni memang akan ramai baca dan juga ramai benci..hahahaha god job mejah

- Mamat ni pun selalu gak gua jumpa, mamat ni sebenarnya seorang yang pemalu..


*****************

Sebelum gua ada blog gua baca blog mereka yang di atas sahaja.., dan gua minat dengan penulisan mereka..,selepas gua ada blog sendiri, gua sebat sikit-sikit ilmu yang ada dari mereka dan sekarang berkawan dengan mereka. Hanis Zalikha jer yang gua tak berkawan lagi dan macam malas pun ada nak berkawan dengan dia..hahaha (kutuk dia takpa sebab dia takkan baca blog)

Sekarang dah banyak blog dan ramai blogger yang gua dah kenal yang best-best.., orang yang gua maksudkan adalah ada yang sedang membaca ni, walaupun gua tahu ramai blogger takkan baca entri sampai habis..hahahaha


Sekian...Peace (~_^)v



p/s : Kita kena suka ramai orang dulu baru ramai orang suka kita...


Wednesday, December 21, 2011

Wordless Rabu (Yuyu Zulaikha)

Gambar menggunakan edit photoshop..???



Ce teka gua jumpa makcik ni kat mana..??


Sekian..Peace (~_^)v


p/s :  garang tak muka gua ker jambu..hahahah


Apajadahnya lelaki guna kaler PINK..?? (18sx)


?????


Ada ker lelaki suka kaler pink.., dan ada ke wanita tak suka kaler pink..?? pasti la ada yer dak..?

Warna pink atau merah jambu sering dikaitkan dengan kaum wanita sahaja yer dak...??


Warna  pink sering membuatkan kaum lelaki berkerut dahi dan menggelengkan kepadanya tanda pelik. Ini terjadi kerana kaum lelaki mengangap warna pink tak sesuai dan masuk dengan mereka..., lebih teruk lagi lelaki yang menggunakan warna pink akan dianggap hilang machonya..derm..!! hahahaha


tonggek gila bontot gua..derm..!!!(18sx)


Gua selaku pengguna warna pink ingin mengubah corak paradikma pemikiran waras kaum lelaki supaya sedia berfikiran terbuka untuk menggunakan warna pink walaupun agak payah..grrrr


Kepada yang tak tahu.., semasa berlangsungnya majlis perkhawinan gua, gua telah menggunakan pakain pegantin gua warna pink..hihi..


Gua tengah pegang gambar bini gua masa kecik, comelkan gua..hahaha


Romantik dak...?? kalah Aaron Aziz wei..


Gua tak pasti sejak bila penggunaan dan kaitan warna dengan jantina mula ada..? kalau warna pink jer orang akan cakap perempuan.., biru jer warna lelaki.., tapi gua rasa bra pamela anderson ada jer kaler biru...hahaha dan ada juga gua dengar lelaki jangan pakai spender warna biru nanti corneck kecut..derm..!!


Ada seorang blogger gigolo juga telah berjaya menggunakan warna pink.., blogger itu bernama Faizal Fredley

Bajet macam botak(juvana)

Zack Zukhairi pun ada baju kaler pink wei.., tak caya tengok Biodata Zackzukhairi kat SINI<---



Ni petikan yang gua amik dari blog

Memakai warna merah jambu juga membuat anda sebaris dengan jejaka idaman wanita dunia seperti Ashton Kutcher, Usher, Tyson Beckford, Saif Ali Khan, Hrithik Roshan, Rod Steward mahupun Donald Trump.

Satu lagi, jika anda seorang lelaki ia kini ada definisi baru. Ia melambangkan anda seorang yang yakin dan berani!

"Seorang lelaki yang memakai warna merah jambu menunjukkan dia seorang berkeyakinan dan berani kerana memakai ton warna yang sering dilabel feminin,” kata Stan Williams, pengarah Maxim, sebuah majalah gaya hidup lelaki.

Jadi, adakah anda berani?


***************

Hakikatnya kalau pakai baju pink gua memang takda masalah, tetapi blog gua warna pink memang gua sendiri pun geli...hahahaha

Wahai lelaki mai mengaku yang ang pun suka kaler pink...cepat la..hahaha

Sekian...Peace (~_^)v



p/s : warna kegemaran gua sebenar ialah PUTIH..

Monday, December 19, 2011

Entri Kopi Paste 1 ( budak bijak)


Al-kisahnya kejadian di tadika

Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.

Murid² : Baik cikgu.

Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula², di tambah lagi dgn 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??

Murid2 : jawab "TERIMA KASIH, MAKCIK".

Guru : derm....!!!!


*****************

Moral of The Story

- tanya soalan pada budak sila la jelas ok.


Gua tengah sibuk dan tak berkesempatan nak update...so entri kopi paste la jalan terbaik..hahaha


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : budak-budak ni iklas, nak tau kau hensem ker tak , pergi tanya budak-budak...('',)

Sunday, December 18, 2011

Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Bangi



Gua pasti yang ramai orang kenal Ustaz Azhar Idrus ni yer dak..??

Kehebatan dan aura Ustaz Azhar Idrus memang tidak boleh dinafikan lagi.., Semalam gua berkesempatan hadir untuk mendengar dan menyaksikan sendiri Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Bangi.

Gua sampai lambat, sempat dengar sesi soal jawap sahaja..=( tapi serius tak kering gusi sebab asyik gelak sahaja mendengar jawapan beliau yang santai.

Kehadiran umat islam yang membanjiri masjid bangi semalam berbelas ribu orang.., kalah konsert SEARCH wei..!!!!!

Layan gambar ustaz azhar idrus di masjid bandar baru bangi semalam







Sampai keluar masjid tu.., gua pun duduk di luar jer...ramai sangat orang...




sumber gambar facebook


Persiapan masjid yang bagus., banyak skrin besar disediakan di luar masjid dan speaker besar juga disediakan..,


*********************


 Semalam di mines jem sebab konsert SEARCH, di Bandar Baru Bangi jem sebab ceramah ustaz azhar idrus....('',)


p/s :  hari ini ustaz azhar idrus berada di melawati

tags : ustaz azhar idrus di bangi, ustaz azhar idrus di masjid hijau bangi, kuliah magrib ustaz azhar idrus di bandar baru bangi, video ustaz azhar idrus di bander baru bangi