Thursday, January 19, 2012

Sumpahan Kum Kum memang "JILAKA"

Poster Sumpahan Kum Kum

Malam semalam gua tengok cerita Sumpahan Kum Kum ni..., di sebabkan filem ini gua balik rumah dengan penuh ketakutan..hahahha

Memang agak JILAKA la Filem Sumpahan Kum Kum ni


*************



Sinopsis Sumpahan Kum Kum


Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.





******************
 
Gua tau korang mesti malas baca SINOPSIS tu yer dak..?? hahahaha... kejap lagi gua Review Filem Sumpahan Kum Kum ni ok.

Ramai gak blogger-blogger yang hadir semalam, baca review dari mereka juga nanti...

Pelakon filem ni cun - cun.., tapi menyeram kan..


Sekian..Peace (~_^)v


REVIEW FILEM SUMPAHAN KUM KUM
(klik untuk baca)


p/s : wawa zainal comel..('',)



17 Orang Memberi Komen & Pendapat

he3 .. boleh lar apix g tengok lepas nih .. huhu ..

teringt lg x hantu kum kum skrg? hahaha

hee sejak branak kecik ni aku tak brani

pergh.. jalan citer macam best..

THANKS:) SEMALAM kita dapat tengok cerita ni. hahaha ooo yang menjerit2 tu azfar n the geng la yerk. heheh tapi memang seram terkejut siot. cite ni memang besh!!

adoii citer antu, upah pun x nak tgk..takuttttttttttttttttttt

salam bro ujang.Thanks atas peluang yg bro kasi tu..... :)
lain kali ajak ler lagi....kehkehkeh

http://ceriteragadis87.blogspot.com/2012/01/filem-sumpahan-kum-kum-keseraman-yang.html

HOHOHO TAK MAULAH TGK TAK BERANI.CUKUPLAH DULU PERNAH DGR HANTU KUM2 BG SALAM KAT UNCLE SAYA.MASA TU SAYA TADIKA LAGI...

Tak suka lah tengok cite hantu

ko mesti menjeritkan?muahahaaa

gua gelak je beb tengok cerita ni.

dulu ada cikedis nama kam kam ke kum kum aku pun x ingat hahaha

Semasa remaja dulu tatkala mengenakan jubah hitam dan tudung hitam lalu tepi rumah2 orang pula.. ada ler sekali sekala budak2 kecil usia 5-6 tahun bleh ejek2/ panggil2 saya "hantu kum kum. hantu kum lalu" bedebah nyer dak2 kecil itu.. hohoho lawok bila tingat balik

assalamualaikum...kum...kum... ;-)

terbaek!....

wushh terbaik lah crita kumkum ni ! rasa nak tgk, tp takut mimpi2 ohh T_T

dah la dok depan skali time tgk cite ni..ble kne lemah jantung..mmg scary movie..adoooii..terkejut xilang lg ni...


EmoticonEmoticon