Wednesday, January 3, 2018

Tengok Bear dan Hot Spring di Noboribetsu Hokkaido

PENGALAMAN WINTER TRIP HOKKAIDO PART 5

Salam.

Hari terakhir di hokkaido kami tak jalan banyak tempat sangat, hanya ke Noboribetsu sahaja, apa yang ada di Noboribetsu..?


1. Hell Valley Noboribetsu 

hell valley noboribetsu

  
lastday ini tempat pertama  kami pergi ialah  kawasan Hot Spring iaitu Hell Valley Noboribetsu Hot Springs

Gila dengar nama Hell Valley macam tanak pergi je tempat ni yer dak...? iyo lah tetiba orang tanya kau nak pergi mana, kau jawap

"aku nak pergi LEMBAH NERAKA"

Tak ke kohaja namanya hahahahaha, itu pandangan pertama aku la sebelum sampai ke Hell Valley Noboribetsu.


Tapi bila dah sampai, aku terkeskima jap.(betul ke aku eja) .Ya ALLAH...cantik gila kot tempat ni...! Bila kau sampai di spot view dia cantik gila macam dalam lukisan .


Hell Valley ni adalah salah satu tempat "Hot Sping" terbaik di Hokkaido. Ia menghasilkan 10,000 liter setiap hari...gila banyak oi. Jumlah pelancong yang datang sini ialah 3juta orang setiap tahun..fuh.!!

Tapi korang kalau datang pada musim WINTER, hati-hati sebab jalan dia terlalu licin., jadi pastikan pakai kasut yang sesuai bila berjalan pada musim WINTER orait..!

Yang penting masuk sini FREE ..!!!!!


Dari atas nak ke kawah gunung berapi tu korang perlu jalan kali lebih kurang 300meter kot.., so memang sangat-sangat licin...., korang tengok video bawah ni si kak fila nak tergolek hahahaha


Korang tengok video atas ni dapat la merasai macam mana keadaan bila winter turun..., sejuk takyah nak cakap la memang sekejap jer pundi kencing kau penuh hahaha

Pergi bercinta dengan bini syok gak sejuk-sejuk boleh peluk hahahahaha,  owh lagi satu kalau nak datang sini ke awal.. kalau korang lambat silap hari bulan penuh la dengan pelancong lain.

Sekali yang datang sini semua rombongan - rombongan, satu bus 30 orang, kalau 10 bus..???? korang bayang la tak syok berimpit jalan sejuk-sejuk hahahah

Yang paling tak best bila terlalu ramai sure susah nak ambik gambar yer dak..?? haaaaaaaaaaa


ce teka awek mana depan camera ni..?


aku pun nak bergambar sorang...korang tahu nak dapat gambar sorang macam ni memang susah, so belakang si tukang amik gambar ni .., orang ramai tengah kena tahan , sebab aku nak bergambar tanpa orang hahahahaah

Korang tengok je la beberapa gambar View Hell Valley Noboribersu






**********************************

2. Sekisui-Tei, Noboribetsu

Lepas settle bergambar di Hell Valley kami lunch di Resort Sekisui-Tei, Noboribetsu. Dekat je dengan hell valley.






Merasa juga la aku pengalaman makan tempat ala jepun yang cantik gini....serius best..!!! Lepas habis melantak kami dibawa pergi tengok tempat onsen di resort ni.

Jepun memang terkenal dengan onsen, siapa pergi jepun tak cuba mandi onsen tak sah hihi


Harus tahu, mandi onsen wajib bogel ok hahahaha.., so segala pakaian korang boleh la letak di bakul ni . lepas tu berlengeng la dengan tuala kecil ke kolam hihi






Air onsen ni yang menariknya disedut dari Hot Spring Hell Valley tadi.., memang nampak panas tapi bila beremdam tak rasa panas...ehhh..??? susah la nak terangkan..kira bila korang celup badan korang dalam air tu baru hilang panas dia.., eehh?? tak reti la aku nak terangkan hahahaahah

Kami bernasib baik sebab pihak JTNO tempahkan kami tempat khas untuk onsen..! gambar atas tu untuk tak privacy..., kami cuba onsen di tempat privacy atau lebih tepat VIP hahahaha


*********************************

3. Bear Park Noboribetsu

Kalau dah pergi Hell Valley boleh kata tak sah kalau korang tak singgah ke Bear Park Noboribetsu. Kalau korang dari Hell Valley, ada shuttle PERCUMA ke Bear Park ni

Noboribetsu Bear Ranch ditubuhkan sebagai ladang penternakan pertama di dunia pada tahun 1956. Kurang lebih ada 100 ekor beruang yang dibela disini. 


Siapa datang ke Bear Park , sini adalah tempat wajib korang amik gambar ok..!! hahaahha..besar nak mampus bear ni woi..!! takpa kejap lagi kita tengok real punya bear.


Eh jumpa patung bear terus aku bergambar...comel pulak tengok gambar sendiri ni hahaahhaha

Kalau korang nak tengok bear ni bukan macam pergi zoo biasa tu, bayar tiket boleh tengok bear kan..? bukan bukan , korang kena naik ropeway..!! hihi


Nampak belakang aku tu ada ropeway yang perlu korang naik sebelum tengok bear..


Gini la keadaan bila korang naik kabel car untuk tengok bear...! otw korang boleh tengok view yang cantik...biasa la setiap kali winter segala view korang akan cantik hehehe



Ni sempat la amik video merepek dengan kawan-kawan blogger..., konon-konon naik kabel car genting katanya hihi...

Lepas naik puncang gunung, tetiba hujan salji ..!! adoi dia punya angin sejuk namati..!!! tapi macam biasa view tetap lawa sebab winter hahahahaha




Ni ada tempat itik gak.., aku tak tau pulak itik dekat jepun besar hahaha, tapi kami tak teruja sangat nak tengok itik, sebab itik dekat kampung banyak hihi.

Kami terus pergi tengok bear dari bahagia atas...! syok dan comel rupanya bear ni..patut la budak perempuan suka bear...


Korang boleh bagi bear makan dekat sini., tapi awas bukan sebarang makanan ok..!! korang boleh beli disini berharga 200yen


Ada locker ni korang boleh bayar guna syiling 200yen dalam rm7 gitu ..mahal..? jepun maaa hahahahaha

Dari atas ni macam-macam ragam bear korang boleh tengok, ada yang siap tepuk-tepuk tangan minta makanan. Ada juga  bear yang siap buat gaya tepuk tepuk kaki..! adoi nak je aku tepuk dia punya comel tu.




Lepas settle baling-baling makanan dari atas, kami turun bawah masuk ke terowong untuk tengok bear secara dekat.


Kali ini korang boleh tengok bear depan mata...oi! besar gedabak.. , korang boleh bagi bear makan melalu tiup tu... tengok video bawah ni


Bagi makan gini dia ganas sikit.., tapi aku agak kesian macam tak cukup makan jer bear tu..., tapi nak komplen lebih tak boleh sebab bear park ni wujud sebelum aku lahir lagi, so dorang lagi pengalaman yer dak..? 


HARGA TIKET BEAR PARK NOBORIBETSU


kredit kak filla

Adult : 2,592 yen
Child 4-12 yo : 1,296 yen
Group Adult (over 20 people) : 2,108 yen
Group Adult (over 50 people) : 1,975 yen
Group Adult (over 100 people) : 1,851yen

Jadi di Noboribetsu sini sahaja la tempat kami habiskan masa..., lepas settle bear park, kami mandi onsen tadi aku ada share video di atas 

Lepas penat semua kami ke tempat shooping wajib di Chitose iaitu Rera Outlet Mall

******************************

Rera Outlet Mall

Korang kalau nk solat di Rera Outlet Mall tak perlu risau, sebab disini memang ada sediakan surau yang selesa.


Tempat solat dia tidak la luas, tapi selesa untuk solat dan ambil wudhu semua ok sangat .


Kalau korang ke Rera  Outlet ni wajin singgah sini dulu tau...! minta apa-apa baucer diskaun dorang akan bagi..5% - 10% baucer siapa nak bagi kan..!!!!


 Yang best dekat sini ada free wifi...!!! so kalau nak tanya kawan kirim barang ke apa boleh wassap je hihi

Tapi diingatkan kepada penggemar G SHOCK...,  di RERA OUTLET tiada jual G-Shock ok...korang kalau dah jumpa murah di SAPPORO tak payah gatal tangan nak survey di Rera Outlet ni..idok menyesal macam aku hahahaha


*****************************************

Habis shooping kami dinner di chitose airport...! satu-satunya restauran halal yang ada di chitose airport iaitu Donburi Chaya


Kalau korang dah sampai chitose airport, bila lapar boleh la makan di Donburi Chaya ni, jangan ragu-ragu sebab memang ada sijil halal


Nampak dak gua bagi bukti korang yang Donburi Chaya ni ada halal..!! so sila la order ikut suka korang..! aku order apa..?? oi aku tak makan seafood so JNTO belikan aku khas satey ayam.. dengan pop corn ayam hahahaha !


Nampak tak satey dengan pop corn khas untuk aku., masa ni aku memang dah takda mood sebab penat sangat dan kepala pun nak naik pitam..!! Namee cakap aku kena makan gak sebab aku jadi pitam puncanya sebab kurang gula dan terlalu lapar.., so aku gagahkan juga untuk makan hehe.

*******************************************

Settle semua kami semua terus checkin di hotel terakhir kami iaitu 

ANA Crown Plaza Hotel Chitose 


Malam last dihotel ni aku memang dah penat gila..!!! tapi tetap tidur lewat sebab berborak dan dengan kawan-kawan blogger...

Malam last ni juga dapat borak panjang dengan kawan blogger, yela bila lagi boleh lepak yer dak..? so aku gunakan masa yang ada untuk sharing info dengan rakan blogger...hurmmmm (rindu)

Esoknya pagi-pagi morning dah check out..!  bye bye Hokkaido..!


Thanks kepada semua rakan blogger



Tak lupa terima kasih kepada wakil pihak JNTO

- Mr Kazunarikurosawa
- Mr Wataru
- Ms Masami 

Korang boleh wusha  http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/ untuk tengok info dah sharing for Muslim Traveller..


**********************************

THANKS SEMUA 

8 Orang Memberi Komen & Pendapat

Lembah neraka yang sejuk 🤣 ;p cantik weh

Bagusnya Jepun sekarang, makanan pun dah banyak yang halal dan nak solat pun tak perlu risau lagi

rasanya ni entry yang paling panjang pernah baca...hahahaha..eh, melambai-lambai pulak bear tu kat ujang yer.

seronoknya main salji dan boleh tengok bear

Liburan yang sempurna,seronoknya.Jadi ingin awak liburan ke Hokkaido,semua tempat yang dikunjungi indah sangat.

Seronoknya kak,liburan yang menyenangkan,jadi ingin liburan kesana bareng keluarga.


EmoticonEmoticon