Sunday, July 31, 2011

Kisah Sedih Gua, Naz dan Faizal Fredley

Naz, Faizal dan Ujang



Kisah ini berlaku pada bulan puasa tahun lepas

Al kisahnya


***********************************

Naz, Faizal dan Ujang, tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat.Pada suatu hari lepas balik shooping dan mengorat awek..mereka pulang ke rumah mereka di apartment Sri Placor di Cheras

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….

Naz : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

Faizal : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

Ujang : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

Naz : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.

Si Naz mula bercerita….

Naz : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si Naz hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si Faizal pula bercerita….

Faizal : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si Faizal dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, Ujang mula menyampuk

Ujang : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi
sedihhhh punya.

Naz : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

Ujang : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…

Faizal : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

Ujang : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….
UWAAAAAAAAAAAAAAA

Naz & Faizal : Derm..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

***********************************


Dah pernah baca ek...?? kalau belum jadah apa pergi skip baca entri ni..hahaha..pergi baca balik...('',)


"Cerita ini gua amik dari email gua dan edit menggunakan nama kawan-kawan"


Sekian..Peace (~_^)v


P/S : Sehari puasa mak gua kasi rm2 tahun ini..



Video Awek Jatuh, Lepas tu Kena Langgar

video kemalangan di duke


Gua mula-mula tengok kesian gak awek ni eksiden..., lepas tu kena langgar pulak..hihi..,



Ada unsur kesian dan lawak dalam video ni.., tapi lebih kepada kesian la.. ini namanya JATUH DI TIMPA TANGGA

Akhir kata berhati-hari la di jalan raya ok kawan-kawan.., malang tidah berbau..tapi kentut pasti berbau itu fakta.


Sekian...Peace 

P/S : zaman merempit kalau tak jatuh motor tak best..hee

Saturday, July 30, 2011

Aku Seorang Blogger




Aku Seorang Blogger...??? apa benda tetiba gua buat entri Aku Seorang Blogger ni...?? ye..ye..gua tau dalam dunia ni ramai ada blog dan bukan aku seorang jer blogger...hehe

Sebenarnya gua buat entri bertajuk Aku Seorang Blogger ini untuk mengikuti kontes SEO anjuran 2dayblogger, banyak kategori atau tajuk yang dipertandingakan tapi gua pilih tajuk ini sebab lebih santai..nak menang jauh sekali., sebab tarikh tutup pun esok..naik naik SEO menda..hahahaha


Dah alang-alang ada entri pasal Aku Seorang Blogger so gua kongsikan dan dedahkan la segala cerita gua di entri ini

AKU SEORANG BLOGGER

Gua mula mengetuk keyboard dalam dunia blog ini pada 18/12/2010. Jadi dah 7 bulan gua dalam dunia blog ini, kalau perempuan nak lahirkan anak pun kena tunggu 9 bulan yer dak? jadi secara tak langsung nak bagitau blog gua ni masih lagi belum tempoh matang, kalau ada salah silap itu semua proses kematangan gua..hee dan Aku Seorang blogger



Kenapa gua mempunyai blog ini..?? seperti yang pernah gua ceritakan di vlog gua jawapan dia kerana YANA meracun gua supaya mempunyai blog. sebelum ini gua baca blog dia jer..tak best langsung..hahahaah, so gua buat la blog gua supaya jadi lagi tak best...yeeeehaaaaa dan itulah dia Aku Seorang blogger


 Siapa blogger yang gua paling rapat dan gua suka..?? gua rasa tuan punya badan tau kot..siapa yang selalu gua carik gadoh tu la jawapan dia...


Pencampaian terbaik gua dalam blog..?? terbaik secara individu gua ialah Pagerank dari 0 terus dapat 4, tergolong top 40 blogger melayu dari segi rank alexa,yang lain-lain tengok dekat pengiklanan ok.


Kenapa nama blog gua erti kehidupan..?? jawapan dia panjang la pulak...so gua pernah buat entri pasal ini, jengok la di SINI dan kenapa ada 9897 nanti-nanti la gua cerita ok..


Kenangan yang best gua bersama blogger ?? kenangan best ialah dapat lepak bersama sahabat blogger dan paling best dan paling gua tak lupakan ialah lebih kurang 40 blogger menghadiri majlis perkahwinan gua bersama yana hari tu.., kedatangan yang luar biasa bagi gua..terima kasih kepada semua yang datang haritu ok..



Akhir sekali gua kongsikan BIODATA GUA...


Biodata Ujang9897


Nama Sebenar : Mohd Azfar b. Roslan.

Nama Tipu : Ujang , Aaron aziz, Brat pitt ,

Tarikh Lahir : 7 / 11 /1986  ( 7 eleven)

Tempat Lahir : Hospital Kuala Lumpur

Tinggi : sama tinggi dengan awal ashaari

Berat : Lagi ringan dari afdlin syauki

Status : Bujang (gua tipu)

Bekas Awek : Heliza Helmi , Lisa Surihani

Artis Kegemaran : Gua sakai..semua artis gua jumpa gua suka..hahahahhah

  
Sekian..Peace (~_^)v

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“.


 p/s :  lapar....

Friday, July 29, 2011

Zack Zukhairi Kembali Update Blog

Siapa tak kenal zack zukhairi...???? gua dulu tak kenal dia gak..tapi selepas ada blog gua kenal dan katam blog dia...hahaha dan gua pasti 80% blogger mengenali beliau...tol tak.


Baca dah entri gua pasal zack zukhairi sebelum ni...??? sebelum ni gua ada update yang zackzukhairi bakal update blog kan..?? tengok SINI<----


So dalam sejarah setelah berbulan tak update, mamat ni dengan ayat melayu mudah lupanyanya update gak blog..!!!!!!!!!!!!! dan dengan sekejap jer tengok brapa komen dia dapat..hahahahha


Selamat Kembali Bro..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ZACKZUKHAIRI

 comel


Apa hebatnya Zackzukhairi...????


Korang nilai la penulisan dia sendiri...('',) gua paling suka entri dia yang tips mengorat awek..memang bangang gila ayat dia buat gua gelak..hahahahah


Kisah gua dengan zackzukhairi baca di SINI


Sekian....Peace (~_^)v


p/s : gua rasa macam nampak mamat ni kat stadium semalam...

Singapura Babi...!!!!

hep...hep...bukan gua yang cakap "singapura babi" tu tapi ada awek cun belah-belah belakang gua yang cakap di stadium tadi...dan gua pasti yang di rumah mesti ada yang cakap macam tu gak...hahahahaha



Gua baru balik dari STADIUM....,bersama geng gua refer SINI


Tengok di rumah memang lain di stadium...,


Pasti akan ada yang cakap buat rugi jer pergi stadium sebab Malaysia kalah yer dak.? bagi gua itu hak masing-masing yang rasa rugi siapa pergi stadium.., tapi bagi gua untuk rasa rugi tu tiada...tapi terkilan itu ada..,


Yang tengok di rumah pun pasti ada perasaan terkilan yer dak..?? tapi apa pun gua tetap akan terus menyokong pasukan harimau malaya.


Apa pun dari game tadi gua tengok singapura main memang lagi bagus dari pasukan harimau malaya., mungkin disebabkan ketiadaan aidil, nor shahrul dan syafiq memang amat terasa.. Gua pasti ramai akan cakap itu bukan alasan kalau stategi hebat, tapi gua pernah main bola jadi gua tau perasaan macam mana kalau tonggak pasukan tiada di padang.


Pasal pemain Singapura macam bongok gila dengan lakonannya, pendapat gua tu memang bongok gila...cuma tak boleh nak salahkan dorang sebab kalau kita mendahului pun pasti kita akan buat benda yang sama yer dak?

Kalau gua rakyat singapura gua tak bangga dengan kemenangan macam ini




"SAFEE SALI MEMANG PEMAIN TERBAIK MALAYSIA SETAKAT INI..."

Fakri agak faking gak la,baik masuk badrul baktiar

Sekian...Peace (^_^)v


nak tengok aksi GAY pemain singapura klik SINI
nak tengok biodata safee sali klik SINI


p/s : ramai gak awek-awek pergi stadium seksi-seksi..hihi



Thursday, July 28, 2011

FAK...!!! versi 2

 
AMARAN KERAS 
"sila baca sampai habis"


 Tak keras pun amaran tu..., tapi kalau nak baca dari atas baru boleh tahu segala FAKta


1. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

2. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

3. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

4. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

5. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

12. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya

*sumber dari email gua


 "75% pembaca didapati tidak baca entri ini sepenuhnya, terus skip ke bawah tol tak hee"


entri FAK versi 1 klik SINI


Sekian...Peace (~_^)v

P/S : tak sabar nak ke stadium petang ni...

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !



Apa gua nak merepek ni ek...belasah pasal diri gua la leh

- Gua suka ayam...,makanan kegemaran gua ialah ayam
- Gua tak pernah naik kapal terbang...., dan gua seorang yang penggayat
- Gua tak makan sayur..., tapi gua makan makanan tambahan CNI
- Gua lepas makan tak suka tengok cermin


Sekian....Peace (~_^)v

Semangat Membara Menghapuskan Singapura

Pergh..!!!!!!!!!!!!!!!!!! gua memang semangat nak harimau malaya meratah keegoan singapura...

Kepoyoan ketua pasukan dengan mengangkat tangannya buat tanda "L" akan gua balas nanti..hahahahah.., mintak maaf tarak guna...!!!!!!!!






Kenangan Kelayakan Piala Dunia 1977 chin aun dan samad ketua pasukan malaysia dan singapura


Gambar Bakar Line Penyokong SINGAPURA











Akhir Kata



Gambar dari Facebook ULTRAS MALAYA


Kata-kata penyokong harimau malaya atau lebih tepat lagi RAKYAT MALAYSIA di Facebook..!!!!

"aku sanggup beli rm100 pun xpe.... sbb hari tuh chelsea aku sanggup beli yg rm388- so sape yg nk jual tiket sila pm aku. aku nk 4 tiket. aku offer rm500 utk 4 tiket... tolong lahhhhhhhhh.... aku bru beli lgi bju..... arghhhh"



Gua dan 30 orang lain penduduk Taman Desa Surada akan konvoi ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu kepada Pemain Harimau Malaya....!!!!!!!!!!



Walaupun FAM yang kedekut dengan harga tiket yang agak mahal , padahal kaum kerabat mereka ramai dapat tiket percuma., kami tetap bersemangat memberi sokongan..!!!

Tiket Kami


GUA ANAK MALAYSIA...!!!!!!!!

klik untuk dengar sorakan

 

p/s :Siapa tak minat bola takpa..tapi sila sokong NEGARA MALAYSIA..

Wednesday, July 27, 2011

Hari Tanpa Ayat Ialah Hari Rabu (16sx) versi 2




Hari kurang ayat ker takda ayat...!! ??? jadah apa gua belasah jer la kenangan ni


Versi 1 klik SINI


25 Tahun Lepas ~~~~~

 
Gambar kawan-kawan  lama gua yang tgh kebuluran,sekarang mereka hidup bahagia


Dari Kiri : Ben Ashaari... , Nazirulhazwan ..., Iqbal ..., Isteri En Bard(pompuan)... , khairi ,

dan yang paling tengah itu si boyot bernama Hamzah Ian



"Nama Sebenar Digunakan Untuk Kepuasan Penulis.."



Sekian...Peace (~_^)v



"Wordless Wednesday"



P/S : Syyyyhhhhhh....jangan repot dekat penama di atas ek...hee


Best Wo Main




Al-kisahnya....

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi.Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani bernama Shameera;

Kerani : Boss, boleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!


.Kemudian, datang pula seorang supervisor bernama Jihan

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

.
Pengurus Syarikat bernama Sufian pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati…Ada orang kampong saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

.
Tiba pula giliran Mat Peon bernama UJANG;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : terima kasih Boss!!!


 *tak paham baca semula, tak paham lagi baca 2 kali..tak paham gak sila terjun sungai klang


****************************


" Cerita di ambil dari email gua dan diedit menggunakan nama kawan-kawan yang sporting.."

Moral of the Story

- jangan tau nak balik kerja awal jer..
- perempuan kalau dah boleh sembahyang maksudnya dia dah tak peot
- best wo main entri guna nama kawan..hee


Sekian...Peace(~_^)v


P/S : bulan puasa nanti mesti dapat balik awal..hee

Tuesday, July 26, 2011

Cerita Ponteng Puasa

Gua curik dan edit cerita ini...tapi gua rasa ni kisah benar....



Al-kisahnya ada 2 orang pemuda ni memang kaki ponteng puasa..,yang muka macam mamak pendatang haram nama dia Faizal Fredley dan muka macam Cina Tua nama dia Iqbal






 ****************************


Lokasi : Rumah Iqbal
Masa : 2.00 pm
Bulan : 3 ramadhan

 
Faizal : ada orang tak?

Iqbal : takder .. lain clear!!!

mereka berdua pun dengan kadar segera pergi ke dapur terus masak meggi kari.
4 minit kemudian..~ ~

 Faizal : ok cun, cepat  ko baca doa!!

Iqbal : aku plak engkau la..


Faizal : ok ....allahumma baringsana,baringsini~walihatjam masihlamalagi,wamaumati takdanasi,watibaimaggi,lainhari wakasiganti~~aaamin..

Iqbal 
: ko main2 eh doa....

Faizal : tu doa aku.. ko pun makan tak baca doa...

Iqbal : yer2................


mereka teruskan melantak tanpa fikir dosa


 ****************************

"Cerita adalah rekaan semata-mata yang gua amik dan edit menggunakan nama dan gambar orang yang sebenar"


Moral Of The Story

- Bulan puasa nanti nanti jangan ponteng puasa ok kawan-kawan
- Doa jangan buat main-main..dosa tau


Sekian....Peace (~_^)v


P/S : perempuan best la poteng puasa jer alasan peot...derm..!!!


Seks Berat Sebelah (18sx)




Tak kira zaman moden atau jahiliah...dari dulu adanya seks...yer dak..??


Dari zaman kita sekolah sampai kita dewasa...kita memang terdedah dengan seks...yer dak..??


Alim macam mana seseorang itu mesti dia tahu apa itu seks..yer dak..??


 Jadi contoh seks berat sebelah maksud tajuk utama gua ialah macam ini :





"ibarat  nyawa dihujung telur"



Moral Of The Story

- Seks tidak mengenal usia dan saiz
- Hentikan seks bebas
- Setiap kasih sayang perlukan seks...eh..silap..hee


Sekian....Peace (~_^)v


P/S : bersarapan pagi la kita untuk kesihatan yang sempurna


Monday, July 25, 2011

Pakej Kahwin Lari..Derm..!!!!

Petang-petang macam ni dah dapat menda gila...


Ni gua amik dari forum lowyat member gua tag dekat Facebook







Gua pelik betul...iklan macam ni pun ada...,hahahahah...


Mintak jauh simpang 44 malaikat la gua nk kahwin lari ni..., gua sayang bini gua bai...heee


Sesuai untuk playboy macam musuh ketat gua....('',) senarai musuh ketat gua di SINI



Sekian...Peace (~_^)v


P/S : kawin lari ni letih wo.....

Senarai Musuh Ketat Gua Di Blog....!!




Kali ini gua nak kutuk blogger...!!! blog gua sukati gua la kan....*sambil cekak pinggang


Senarai Musuh Ujang9897



1) NazirulHazwan

- Gua start mula berblog dulu insan pertama yang gua benci ialah mamat ni.., mamat ni la antara orang ter awal yang pernah komen di blog gua...,
- Gua belajar mula berblog dulu tengok cara mamat ni jugak...
- Blogger pertama yang gua jumpa mamat ni la...

2) Ben Ashaari

- Mamat berbadan sasa nie pun salah seorang musuh ketat gua.., dia tak puas hati yang gua lagi hensem dari dia..ada ke patut..!!!
- Mamat nie pun tak habis-habis nak berebut HELIZA dengan gua..tapi akhirnya yang pasti gua la yang menang..hahaha
- Mamat ni paling gua selalu jumpa dan lepak 

3) Faizal Fredley

- Ni lagi seorang yang gua benci.....!!! kalau dalam Islam hukum bunuh nie halal...mamat ni la orang pertama yang gua nak bunuh..!!! Grrrrrrrrr benci gila dekat mamat ni..
 - Gua kalau jumpa dia nak tumbuk-tumbuk jer... dah la berangan nak Heliza jugak....tapi akhirnya gua yang dapat...('',)

4) Syafiq Rosli

- Mamat nie student UITM...bajet hensem sangat...(ramai awek suka dia woo...)
- Gua tengok mamat ni sejak cuti jarang update blog.., ker gua yang lama tak singah blog dia ek..hee
- Mamat ni pun antara orang terawal yang menjadi musuh gua
  
5) Izamir Ridwan

- Gua benci dengan mamat ni sebab entri-entri dia semua suka kutuk gua.., gua seronok nak terasa dengan entri dia...
- Tips-tips yang dia bagi semua gua tak setuju..hahaha...lagi satu dah la pakai wordpress...tak best langsung....!!!
- Sekarang dia dah tanak buat blog...gila..

6) Iqbal

- Yang si kebal nie merupakan musuh gua dan Naz..., apa benda dekat blog jer gua akan benci dia..
- Paling utama gua benci dia sebab dia Fan Manchenter United...grrr!!! tetiba dia geng dengan Naz..benci gila gua..!!!

7) Man Usop

- Mamat ni sengal...apa dia buat gua mesti tak setuju....
- Sejak tau edit time di blog...selalu sangat ubah2 time...geram betul gua..
  
8) Hamzah Ian

- Mamat ni paling gua benci...!! gua tak suka puji dia...nyampah...!!!
- Mamat ni fikiran dia lucah selalu....kalau lucah buat orang horny takpa gak..ni buat orang gelak..hahahaha..sengal
- Mamat ni garang orangnya...jangan kawan dengan dia...


*****************************************


Hang kenalkan semua blogger atas ni...., mereka la musuh gua...musuh gua dalam blog ni maksudnya gua kalau nak kutuk atau nak buat apa-apa gua tak perlu nak mintak izin dari mereka..


Musuh-musuh gua ni banyak ilmu dalam dunia blog.., korang terjah dan wusha pasti akan dapat ilmu...masing-masing ada kelebihannya..


Semua musuh gua ni gua dah pernah jumpa, kecuali izamir dan iqbal...


Gua rasa ada lagi ni...nanti gua dah ingat gua akan tambah lagi senarai musuh gua ni..grrrrrrrrrrrrrr


*musuh ketat maksud gua ialah yang rapat


Sekian....Peace (~_^)v


P/S : gua dah bosan....

Gua Dan Artis Lagi



Al-kisah dihujung minggu gua


Ehem-ehem...sebelah gua artis tu...., hang kenal tak siapa sebelah gua ni...????


Lor...tak kenal ker..., tu pelakon veteran la...nama dia Baharudin Omar.dia popular dalam filem "anjang aki" dan orang lebih kenal dia dengan panggilan Anjang Aki.

Hang pergi tanya mak dengan ayah hang kenal dak anjang aki..?



Gua pun amik la kesempatan amik gambar dengan artis ni kan...bukan senang nak jumpa pelakon veteren



Yana pun amik kesempatan nak bergambar dengan artis veteren ni..hihi



Gua dan Yana siap join lagi celebrate bezday pelakon veteren ni...


Asyik gua amik gambar dengan artis seksi-seksi jer kan...sekali sekala bergambar dengan artis veteren pulak...hihi


Persoalannya apa hubungan gua dan pelakon veteren ni...??

- jawapan dia baharudin omar ni ialah atok kepada YANA.., YANA tu bini gua..., so gua ni secara tak langsung cucu kepada pelakon veteren bernama baharudin omar nie la...heee

Tak percaya ek...?? 


Nie gambar majlis perkahwinan gua dan yana bersama atok


Bersama aziz satar dan anjang aki


Gua pernah ikut atok gua ni pergi shooting cerita apa jadah tah..., siap jadi pelakon tambahan lagi..hahahahaha, dapat la RM50...,

Nak suruh gua jadi pelakon memang tak la...gua ni nak merepek boleh la..nak serius jadi pelakon memang jauh panggang dari api...

Sekian...Peace (~_^)v


P/S : gua dah bosan


Saturday, July 23, 2011

Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam

 Assalamualaikum........

Siapa kaki youtube 80% akan mengenali Ustaz Azhar Idrus tol tak..? hang kenal Ustaz Azhar Idrus tak..??ni ha gambar dia


ustaz azhar idrus


Pada esok hari 24/7/2011 ustaz azhar idrus akan berada di Masjid Negeri Shah alam selepas magrib,so sesiapa yang berdekatan boleh la jenguk ustaz azhar idrus di masjid shah alam...('',)

Ustaz ini gua boleh gerenti pasti tergelak kalau dengar ceramah dia..hehe..


Website Ustaz Azhar Idrus klik SINI

Facebook Uztaz Azhar Idrus klik SINI


******************************************


Gambar Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah alam

 Luar biasa kehadiran umat islam di masjid Negeri Shah Alam pada 24/7/11








Gambar Sumber Facebook Ustaz Azhar Idrus



 Sebelum ini gua ada buat entri yang ideanya dapat dari hasil ceramah ustaz azhar idrus 
klik SINI

*video ustaz azhar di masjid shah alam, gambar ustaz azhar di masjid shah alam,ust azhar idrus di shah alam, gambar ust azhar idrus di shah alam 

Keputusan Malaysia vs Singapore | second leg

 
Keputusan Singapore vs malaysia akan gua update sepantas kilat..hee.,Keputusan Malaysia vs Singapura ini amat penting untuk kedua-dua negara untuk ke pusingan seterusnya

Malaysia vs singapore result, singapore vs malaysia result



Malaysia vs singapura results Di Bukit jalil untuk pusingan kedua kelayakan piala dunia gua update gak


FULL TIME

 MALAYSIA 3 - 5 SINGAPORE
malaysia (safee sali , hadi yahya,safee sali) singapura ( pemain tiruan)

second leg

MALAYSIA 1 - 1 SINGAPORE
safee sali(malaysia)  pemain tiruan (singapore)

Singapura layak kepusingan seterusnya dengan keputusan penuh 6-4

Results malaysia vs singapura| keputusan singapura lawan malaysia | bukit jalil


Walaupun Malaysia kehilangan Aidil Zaquan dan Nor Shahrul (mat yo), gua rasa Malaysia tak perlu risau kerana k rajagopal mempunyai pemain simpanan yang tidak kurang hebatnya..

Ini adalah senarai pemain yang pergi ke Singapore untuk kelayakan piala dunia 2014 di brazil nanti : Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Mohd Farisham Ismail, Mohd Asruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhil Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan, Safiq Rahim,Ismail Faruqi Ashari, Mohd Safee Mohd Sali, Mohamad Azmi Muslim, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Shaarani, Baddrol Bakhtiar, Gurusamy G Kandasamy, Kunalan Subramaniam, Helmi Remeli, Mohamad Ashari Samsudin, Abdul Hadi Yahaya, Mohd Sharbaniee Allawee, Mohd Nasril Mat Nourdin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Izzaq Faris Ramlan

Selepas perlawanan malam ini, Malaysia vs Singapore akan berlangsung di bukil jalil pada khamis ini...gua rasa macam nak pergi stadium..hee
TERUK GAME...HURM...!

* keputusan harimau malaya vs singapore, keputusan malaysia vs singapore, keputusan singapore vs malaysia, malaysia vs singapore results, singapore vs malaysia results, keputusan malaysia vs singapura, malaysia vs singapore result

Kelebihan Merokok dan Minum Arak



Ada seorang awek sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di sebuah pasaraya. Tiba-tiba, awek itu menyapa, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria ek?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata awek itu.

"Berapa usia encik sekarang"? tanya awek itu lagi

"Dua puluh empat."

"Derm...!!!!" , awek tu terus beredar dari situ


"itulah dia kelebihan merokok dan minum arak, anda akan kelihatan tua..hee"


Sekian...Peace (~_^)v


P/S : betul ke merokok dah jatuh haram ek..???aku dengar jer..



Friday, July 22, 2011

Mimpi Basah...eeeeuwwwwwwwwwwww

Sebut pasal mimpi basah, gua teringat zaman ketika sebelum gua akhil baligh

Kecik-kecik dulu gua selalu lepak di kampung gua di rembau, negeri sembilan., ketika berada di kampung, gua selalu bermain tengteng, galah panjang, nyorok-nyorok dan segala permainan yang orang bandar tak main...dan yang pasti gua main semua tu sorang-sorang...hahahah...noob gila.

Seperti yang sedia maklum gua merupakan seorang budak yang comel ketika sebelum akhil baligh, tak caya ek..?? tengok gambar ni..




Haaaaaaaaaa comel kan budak ni...?? kenapa gua hensem sekarang sebabnya kecik-kecik lagi gua dah comel...hihi

Berbalik kepada tajuk.., gua nak cerita mimpi basah ni bukan sebab mimpi akhil baligh tu..kalau cerita macam tu nanti jadi lucah...takkan gua nk cerita gua mimpi dating dengan siti nurhaliza la..,mimpi gua jumpa maria ozawa la..tak mungkin gua nak cerita...hurm...


Mimpi basah gua ialah masa kecik-kecik dulu, kalau gua mimpi jumpa hantu atau mimpi jatuh banggunan jer mesti pagi esok tilam gua basah..itu la akibatnya kalau gua selalu main petang-petang di kampung.


Di kampung ni suhu dia sejuk sikit..,itu pasal gua suka kencing atas tilam dari kencing di toilet.., malam-malam di kampung gila kau nak bangun pergi toilet..dekat kampung ni banyak hantu..so elok kencing atas tilam jer..paling tak kena maki jer dengan nenek gua..hihi


Sebut pasal mimpi ni gua teringat dekat 2 orang akak ni...


Akak 2 orang nie pernah mimpi pasal gua...tak caya baca entri dorang




Kelakar gak akak 2 orang ni boleh mimpi gua.., kenapa la bini orang yang mimpikan gua ni ek??? derm..!! awek-awek takda ker mimpi gua...hurm..., 


Sekian...Peace (~_^)v


 P/S : malam ni pergi amik yana , so tak peluk bantal dah..hee

Kesilapan Dalam Filem Sekali Lagi

Kesilapan dan Kesalahan dalam filem SEKALI LAGI ini gua amik dari Goof


*************************************


1. Bayang krew/equipment (kamera yang bergerak) kelihatan semasa intro Arman pada awal cerita.
2. Semasa Arman keluar dari butik dan pakai kot, Arman pakai kot dan kotnya berada di atas bahunya. Namun, syot seterusnya menunjukkan kotnya berada di belakang sehinggakan menampakkan kemeja putihnya. Kotnya kembali berada di atas bahunya selepas itu.

3. Malah, semasa Arman bagi salam, kolar kemejanya tenggelam dan tidak kelihatan. Dalam close-up, kolarnya kelihatan secara tiba tiba. Malah, bajunya juga tiba tiba kemas.

4. Beg ungu Amy yang berada dekat dengan leher berubah kedudukan selepas bertukar syot.

5. Beg ungu Amy juga bertukar posisi secara tiba tiba semasa adegan di gerai selepas bertukar syot.

6. Semasa Haris halau pencuri (peminta sedekah), tiada peluh kelihatan. Namun, semasa Sheila jatuh dan Haris sambut, dapat dilihat peluh yang muncul secara tiba tiba di baju Haris. Peluh tersebut hilang dalam syot seterusnya.

7. Semasa Zarina datang, kedudukan kotak pensil warna kuning dan merah yang pada awalnya rapat antara satu sama lain berubah dan bertukar menjauh antara masing masing selepas bertukar syot.

8. Pada awalnya, kedudukan tangan Amy konsisten between syot. Namun, lama kelamaan, tangan Amy dalam satu syot dilihat diletakkan atas gelongsor dilihat dalam satu syot lain, menggenggam dan hanya lengannya saja berada atas gelongsor. Kedudukan tangan Amy berubah ubah between syot sehingga habis babak.

9. Semasa Amy dan Sheila sampai ke warung Haris, Amy letak tangannya di bahu Sheila. Namun, syot seterusnya menunjukkan Amy tidak letak tangan di leher Sheila secara tiba tiba. Syot seterusnya menunjukkan tangan Amy kembali berada di bahu Sheila kembali secara tiba tiba.

10. Sewaktu Haris cakap ‘Sheila dah setuju lah ye’, Sheila sudah berdiri dan tidak berjalan lagi sebab sudah berada di tepi Haris. Namun, semasa syot Amy, korang akan lihat Sheila baru hendak berjalan ke arah Haris (tolong jangan tenung lama lama gambar bahagian 'ehem' Lisa Surihani tu k)

11. Papan menu berbeza kedudukan dalam dua syot berbeza.

12. Bucu kain tudung mama Arman yang berada di hadapan tiba tiba hilang semasa Arman bangun dan pergi dari situ.

13. Bayang bayang orang yang tidak diketahui (mungkin juga crew) dikesan pada cermin tingkap.

14. Keadaan selendang Sheila berubah secara tiba tiba semasa skandal Arman datang.

15. Dalam satu syot, Arman lap mulutnya sampai selesai. Dalam syot seterusnya, Arman dilihat mengelap mulut kembali secara tiba tiba.

16. Rambut Sheila muncul di bahu kirinya secara tiba tiba selepas bertukar syot.


 *************************************



Goof  bukan pengkritik..cuba baca ulasan beliau

"Blog ini bertujuan mendedahkan kesilapan teknikal dari aspek suntingan/props dan juga logik babak samada dalam filem omputeh ataupun malaysia. Bagi sesape (terutama pengarah/penerbit/atau orang seni) yang tidak selesa dengan pendedahan ini, jangan naik angin. Keep up making film and aku akan jadi pemerhatinya.

Aku sokong filem kita dan juga antarabangsa. Peace!

Terima kasih kepada siapa saja yang menghantar komen untuk penambah baikan entry. Gambar2 adalah hak cipta penulis, anda tidak dibenarkan untuk link di mana2 blog kecuali setelah diberitahu. Jika anda telah berbuat demikian, sila attach link ini di blog anda. TQ" (goof yang hensem)



Review sekali lagi klik SINI




Hashim Rejab (pengarah sekali lagi) dan Gua

Sekian...Peace (~_^)v


Kesalahan filem KL GANGSTER klik di SINI<-----------------




*kesalahan dan kesilapan filem sekali lagi, kesalahan dalam filem sekali lagi