Wednesday, September 30, 2015

Review Filem Pontianak Menangis

pontianak menangis


Pontianak Menangis... ??? biasanya pontianak sinonim dengan mengilai yer dak..? tapi tajuk filem ini Pontianak menangis hihi..

Baru ini gua bersama rakan blogger lain berkesempatan menghadiri majlis pra tonton Filem Pontianak Menangis arahan Ismail Jejaka

Filem ini adalah filem seram komedi gabungan pelakon dari Malaysia dan Indonesia...



Haaa nampak yang comel macam hello kitty berbaju belang tu gua la..., posing gaya gitu adalah salah satu cara untuk kelihatan kurus...hihi

Ok abaikan dengan kecomelan gua tu sebab kita nak cerita pasal filem seram komedi ni yer dak..? sebelum itu gua tepek dulu sinopsis filem Pontianak Menangis


************************************

Sinopsis Filem Pontianak Menangis

Berkisahkan Kampung Selamat yang kerap malam digangu pontianak dan setiap hari sering berlaku kecurian harta benda penduduk kampung selamat. Disebabkan kejadian itu, penduduk kampung selamat telah berpakat untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi diatas ganguan yang berlaku setiap hari.

Seorang pemuda yang bergelar Din Kelentong telah memberi cadangan yang kononnya dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari tanah jawa yang digelar Raja Paku.Diatas cadangan yang menarik itu, seluruh penduduk kampung selamat telah sepakat bersetuju cadangan Din Kelentong.

Oleh kerana Raja Paku yang diceritakan oleh Din Kelentong itu tidak wujud, dia berpakat dengan rakan karibnya “Mat Nyeh” untuk menyamar sebagai Raja Paku.Mat Nyeh bersetuju dengan cadangan itu hingga dipercayai oleh semua penduduk kampung selamat.

Harapan tinggi penduduk kampung selamat mengharapkan mat nyeh dapat mengusir pontianak.Tetapi lain pula terjadi apabila mat Nyeh telah jatuh cinta pada pontianak itu.Akhirnya segala kejadian yang terjadi di kampung selamat terbongkar dan bukan disebabkan oleh perbuatan pontinanak. Semuanya terbongkar dan siapakah dalang yang berbuat onah dalam semua kejadian di kampung selamat ini.

Pelakon

1. Sally (Indonesia)
2. Bella (Indonesia)
3. Sayuti (Indonesia)
4. Soya
5. Yassin Senario
6. Wan Walla
7. Rahim Sepahtu
8. Hamdan Senario
9. Ilya Senario
10. Joey
11. Watie Elite
12. Sathia

Video Terapi Dari Pengarah Filem Pontianak Menangis




************************************

Kelab Blogger Ben Ashaari


Review Filem

Ok filem ini bagi gua kekuatan dia adalah pada pelakon utama dia iaitu SOYA , secara peribadi pada  mula tengok filem ini gua agak negetif dan tak yakin yang SOYA ini ada unsur lawak.., tapi bila dah lama-lama benda negetif itu ilang sebab lakonan SOYA yang sempoi dan macam bengong itu berjaya menghiburkan gua hihi.

Selain itu pelakon dari indonesia iaitu sayuti juga tidak mengecewakan.., gandingan sayuti dengan soya sebagai watak utama dalam filem ini menyerikan kita semua.

Walaupun filem ini bertemakan seram komedi., tetapi bagi gua seram dia tidak keterlaluan atau lebih tepat lagi tidak seram kerana setiap adegan seram itu diselitkan dengan komedi

Seram 18%
Komedi 82 %

Ini bermaksud korang tak perlu risau untuk bawa anak kecik atau si awek yang penakut untuk menonton filem ini ., so kalau korang mengharapkan awek kau terkejut untuk peluk kau bila tengok cerita ini, sila hapuskan impian itu..hihi

Ada beberapa kelemahan ketara filem ini adalah dari segi plot jalan cerita..., tetapi secara ringkasnya filem ini adalah ringan dan santai dan sesuai untuk ditonton semua...hehe



************************************

Yeah!! .

Berita menarik!! Sesiapa yang datang ke panggung dan beli tiket tayangan Pontianak Menangis bermula 1 Oktober akan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Perodua #AXIA

peraduan pontianak menangis




Detail peraduan  korang boleh wusha di Instagram Pontianak Menangis.


tags : Filem Pontianak Menangis, Pelakon Pontianak Menangis, Pengarah Pontianak Menangis

Tuesday, September 15, 2015

Legoland Malaysia Best ... !





Siapa dah pergi Legoland..???  yang belum mesti tengah geleng kepada yer dak..? hihi.

Ekceli ini kali kedua guwa pergi ke Legoland Malaysia.., so kalau dah pergi 2 kali itu maksudnya best la yer dak.? story gua pasal legoland dulu ada di SINI




Legoland Malaysia ini bagi guwa siapa yang ada anak kecil best la nak mai.., tapi kalau pasangan bercinta atau bersama pasangan ianya tidak sesuai atau dalam bahasa omputih "not recommended"

Ok tu je nak cita .., sebab malas nak taip..hihi




p/s : tengah amik mood untuk update blog kembali

Wednesday, August 5, 2015

WeBoost Connect 3G Atasi Masalah Signal Telefon Bimbit



Kalau dijalanraya perkara yang paling menyakitkan hati korang mesti kesesakan lalu lintas yer dak..? Kalau dengan Telefon bimbit perkara yang paling menyakitkan hati ialah Signal teruk ataupun line internet perlahan.  Bila dua situasi ini berlaku mesti rasa nak maki semua orang jer yer dak..?

Ok masalah kesesakan lalulintas gua takda cara untuk atasinya tetapi kalau korang ada masalah signal Telefon Bimbit slow dirumah atau pejabat gua boleh rekemen kan dengan WeBoost Connect 3G.

Macam dirumah mak gua., sebelum renovate semua line telefon memang takda masalah..., tapi selepas renovate dari satu tingkat menjadi dua tingkat line telefon menjadi slow.., dari full bar menjadi satu bar. Kalau internet dulu 4G senang dapat tetapi selepas renovate selalu 3G je.

Ini terjadi mungkin disebabkan Layout rumah yang padat dan tertutup menjadikan signal didalam rumah agak tersekat.

Weboost ini  sangat sesuai digunakan dipejabat ataupun rumah kedai.., kerana kebiasaannya rumah kedai atau pejabat ini signal dalamannya memang agak perlahan


Tuesday, July 14, 2015

Iftar Bersama Pesakit Buah Pinggang Di Klang Parade

iftar di klang parade
cantik pulak gambar klang parade dari mawardi ni

Tahun ini Alhamdulillah banyak juga mendapat jemputan berbuka puasa tetapi minta maaf banyak kerana tidak dapat memenuhi beberapa jemputan kerana faktor kekangan masa...ha betul ke tak guwa eja tu tak tau la..hihi

9 Julai baru ini gua bersama beberapa rakan blogger sempat menghadiri majlis berbuka puasa di Klang Parade anjuran bersama Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF).

Pertama sekali bila guwa sampai Klang Parade, gua agak terkejut dengan wajah baru Klang Parade.., dari luar sampai ke dalam dekorasi banggunan dengan pencahayaan lampunya sangat menarik..! tahniah Klang Parade kerana berjaya mengubah suai banggunan yang sangat cantik..hehe

Ok guwa bukan nak cerita ke canggihan Klang Parade sebab rasanya dah ramai yang tahu  Klang Parade ni cantik hihi.

Ni gua nak cerita Majlis berbuka puasa..., Majlis ini tujuan utama adalah untuk meraikan keluarga pesakit buah pinggang, Pihak Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) meraikan mereka untuk meringankan beban dengan membawa mereka shooping raya di Klang Parade dan berbuka puasa bersama.

iftar bersama blogger


Kami dari rakan blogger turut meraikan keluarga pesakit buah pinggang dengan memeriahkan majlis berbuka puasa di tengah-tengah Pasaraya Klang Parade.

Gua dan rakan blogger lain rasa seronok dengan majlis ini kerana bila tengok keluarga pesakit buah pinggang ini happy kami juga terasa happy.. terserlah kegembiraan mereka dari raut wajah setiap keluarga.. rasa nak peluk-peluk je dorang tapi ada yang bukan muhrim., so tak jadi peluk hahaha





Siapa tak gembira dapat baju raya baru dan duit raya yer dak..? Majlis ini simple tapi tetap meriah dengan kehadiran beberapa artis antaranya Dina Nadzir, Aesar Mustafa dan juga Baki Zainal selaku pengacara majlis yang sangat best dan kelakar..

Selain itu persembahan tarian yang ditunjukkan juga berjaya memukaukan kami semua..gua siap ber ewah..ewah..ewah lagi... haa boleh bayangkan tak camner gua joget..??




Sambil tengok persembahan artis dan tarian memukau itu.., gua menjamu selera dengan menu dibawah ini


Simple je gua makan yer dak..? sebab apa sebab diet hahaha...,, botol merah yang banyak atas meja itu adalah jus buah naga...sodap habaq ang.., terima kasih kepada siapa yang sponsor jus tu...

Seperti biasa di Majlis yang ada blogger mesti ada gambar bersama rakan blogger yer dak..? ni share sikit

iftar di klang parade

iftar di klang parade

dan seperti biasa geng blogger pun nak poyo konon jadi hero hahahahaha..,

Akhir sekali gua nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Klang Parade, Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) kerana berjaya mengadakan majlis amal seperti ini. Semoga terus berjaya di masa mendatang....KIPIDAP..hahaha

iftar di klang parade


Sekian Peace  (~_^)v


Monday, June 22, 2015

Mensive Hair Tonic Produk Terbaik Untuk Rambut Gugur



Mensive Hair Tonic


Siapa yang ada masalah rambut gugur.? dan masih mencari produk yang sesuai untuk atasi masalah kelemumur..?

Ni guwa nak perkenalkan Produk Tonic Rambut yang pertama berasaskan air iaitu Mensive Hair Tonic

Mensive Hair Tonic 25 Kali lebih Serap ke akar rambut berbanding serum atau minyak..,  Mesti ramai tertanya apa kelebihan produk ini berasaskan air yer dak..?

Ini kerana pengggunaan minyak dan serum pada kulit kepala boleh membantu pertumbuhan rambut dan menyebabkan masalah kelemumur (Ada article di internat). Ditambah pula dengan cuaca Malaysia yang panas,. jadi penggunaan asas air sangat selesa untuk si pemakai yer dak..?

Produk Terbaik Untuk Rambut Gugur


Thursday, May 28, 2015

Pengalaman Ke Stonehenge


Stonehenge tak silap guwa  dulu tersenarai dalam 7 benda ajaib didunia..., kalau gua salah jangan marah.., so kalau siapa google nakkan info sejarah sini bukan tempatnya hehe

Sebenarnya gua tak begitu teruja sangat pun untuk ke stonehenge ini.., tetapi bila Yana yang nak sangat pergi.., so pergi je la.., sebab dulu 2012 tak sempat nak pergi

Blog tak berudate terasa macam bangang pulak nak menulis.., tapi dah ada gambar ni gua share je la Tips untuk ke Stonehenge hihi


Kenderaan Untuk ke Stonehenge

Kami sekeluarga pergi ke stonehenge tidak mengambil pakej-pakej yang ada di London .., kalau amik pakej tak sure berapa harga..yang pasti lagi mahal hehe

So kami decide untuk sewa kereta dan drive sendiri ke Stonehenge.., kos sewa kereta ialah 30pound kurang lebih RM150-200


Sepanjang perjalanan Yana memang duduk belakang sebab undang-undang di UK ni ketat sikit.., budak kena duduk di car seat ..


Sepanjang perjalanan korang boleh tengok tepi higway cantik gila pemandangan.., tapi lupa pula amik gambar pemandangan di sepanjang higway..sengal betul.

Perjalanan dari London ke Stonehenge dalam 1jam 45 Minit... jangan risau higway sini takda tol...,best betul!!


Apa yang ada di Stonehenge.?

Kalau korang tanya gua jawapan dia memang takda apa2.., hanya ada ketulan ketulan batu sahaja,..hahaha.., so kalau tanya gua perlu pergi sini ke tak? jawapan dia tak payah la..hihi

Tapi bila korang dah sampai England, Stonehenge merupakan tempat lawatan yang orang kata menarik.., so pergi je la...hahahah

Waktu operasi Stonehenge ialah 9.30am-7.00pm 

Tapi harus diingat kaunter tiket ditutup 2jam sebelum waktu tutup.., paham tak..?? slow betul.., maksudnya korang kena beli tiket sebelum pukul 5pm hihi.

Kami sampai pun agak lewat iaitu dalam pukul 4.50pm fuhh!! ngam ngam


Lepas korang beli tiket di kaunter atas ni.., korang pergi ke belakang kaunter untuk ambil bendalah letak dekat telinga untuk info-info mengenasi stonehenge.

Dah ada tiket korang bolehla tunggu bus di belakang kaunter itu juga untuk korang ke Stonehenge .., Woi korang boleh bayang tak apa yang aku cerita ni..?? hihi


Ginilah rupa bus yang dia akan bawa dari kaunter tiket ke lokasi sebenar..., jauh gak perjalanan dalam 1.5km..., 



Seperti yang gua cakap nampak tak..?? bukan ada apa pun.., batu-batu je duduk posing menonggek, berdiri tegak, baring macam2 posisi batu tu lepak.

Lagi satu sini sejuk gila kau..., angin sini sangat kuat..so sila la pakai baju tebal-tebal terutama kepada korang yang bawa anak kecil pastikan dia pakai baju tebal2...

Aku tak tau nak cerita apa lagi pasal Stonehenge ni.., so tepek gambar je la ok..hehe







---------------------------------------------------------------

Gua dekat sini kejap je.., dalam sejam macam tu gambar pun tak berapa banyak sangat amik sebab anak gua meragam..,

Dia nangis manjang kerana tak tahan sejuk.., so tension dan kesian kitorang gerak je la balik sebab dia menangis je...hehe




Pada tarikh 29/4/15 lokasi Stonhenge, kami menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami ke 4.., sini je la tempat sambut ulang tahun.., comolot pun tak sempat hahahahaaha



INFO RINGKAS 

Perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit dari London jika sewa kereta

Kereta sewa sehari kurang lebih RM200,

Duit minyak kurang lebih RM150(rm6 seliter)

Tiket masuk ke Stonehenge kurang lebih RM100 seorang


Sekian..Peace (~_^)v


Wednesday, April 8, 2015

TOUR STADIUM STAMFORD BRIDGE (CHELSEA)




TIPS KE STADIUM STAMFORD BRIDGE (CHELSEA)

Sebelum ke Stadium Stamford Bridge gua dah pergi stadium team Arsenal kesayangan gua iaitu Emirates Stadium..baca SINI <----

Kepada semua peminat Chelsea yang tak power tu mesti teringin pergi ke Stadium keramat mereka ni yer dak..??? hehe..

Kenapa gua pergi Stadium ni walaupun gua tak minat Chelsea..?? jawapan dia sebab dekat dengan kota LONDON and Free..hahaahahha




Harga Tiket Tour Stadium Stamford Bridge 

Kepada sesiapa yang nak masuk melawat Stadium Stamford Bridge, harga untuk tiket dia ialah lebih kurang RM90++ seorang..., jahanam punya mahal..!!!! grrrrrr

Tapi sebagai peminat BPL salah satu tempat yang korang idamkan mesti stadium team kegemaran korang yer dak..? so sekali sekala tak salah nak singgah rasa suasana apa yang ada dalam stadium ni.




Untuk urusan tiket gua serahkan kepada YANA sebab english gua ke laut sikit..hahahaa, so tolak je yana ke kaunter suruh dia uruskan...hihi, kami masuk guna LONDON PASS

*************************************


Nak pergi ke Stamford Bridge ni senang je.., korang naik tube dan benti di station Fulham Broadway . Dari station tu korang keluar je terus belok ke kiri dalam 200 meter dari situ sampai la korang ke Stadium Stamford Bridge.

Masa gua pergi dulu.., next game ialah Chelsea vs Manchester United.., tiket SOLD OUT wo..., dan tiket paling murah untuk game ini ialah kurang lebih RM500..!!! fuh..


Stadium Stamford Bridge.

Gua malas nak taip..tepek gambar je la ok..









Mana tempat tak kena matahari.., dorang tembak cahaya lampu di padang.., nampak tak macam mana dorang jaga padang dorang..??




Belah kiri dekat bahagian cermin tu,  sewa setahun untuk tengok game disini ialah 1juta pound, kontrak minimum kena amik 10tahun terus.. fuh!!!








Ok Bye...,

Entri tahun 2012.., tapi baru publish 2015 hahahahaah, tu pun sebab terjumpa dekat draf.., tah kenapa tak publish..ngok!



Tuesday, March 31, 2015

Punca Sebenar Enot Kurus




Sebelum ini siapa sebut nama Enot pasti boleh bayang dah siapa orangnya yer dak..? Kita dah boleh bayang badan dia yang agak besar tu hihi.

Baru-baru ini ada kecoh pasal isu enot semakin turun berat badannya.., kemain kecoh cerita negetif yang tersebar punca enot kurus itu.., antaranya ialah punca Enot kurus ialah kerana sakit., dan lagi hebat lagi punca sebenar Enot kurus ialah potong usus..hahahahah

Disebabkan kecoh dengan kenyataan negetif orang luar tentang punca sebenar Enot kurus., akhirnya Enot mengeluarkan kenyataan sebenar beliau..

Ni gua share video dari mulut Enot sendiri




***************************************

Dah dengar video penjelasan Enot tu..?? jadi hentikan la cerita negetif yang korang dengar tu ok.., sebenarnya Enot kurus kerana mengamalkan pemakanan bijak dan juga menggunakan Produk Izeara 6 Inch Body Serum


Sebelum ini bila orang promot produk kurus je mesti orang akan cakap 

"cuba try dekat enot dulu.., kalau dia kurus baru aku beli"

Biasa dengar dak ayat tu..? haa ini Enot sendiri dah cuba dan try pada produk Izeara 6 Inch Body Serum

Enot yang kita kenal dia dengan lakonan komedi dan juga pandai masak pasti kita terkejut bila jumpa dia depan-depan sekarang sebab memang ketara penurunan berat badan dia.

Menang la tak dinafikan yang dia tak kurus macam model lain kan.., tetapi perubahan positif yang kita boleh tengok sekarang boleh kata terbaik.., meh tengok gambar dari Instagram dia




Sekali lagi diingatkan.., Enot kurus bukan sebab sakit ok.., tetapi hasil usaha dan iktiar dia sendiri untuk menjaga berat badan dia..



Korang boleh wusha di Instagram Enot sendiri.., banyak skrin shot yang dia amik dan share tentang produk Izeara 6 Inch Body Serum



Kelebihan Izeara 6 Inch Body Serum Xtra Power.

- Izeara body serum yang tak panas, tak melekit dan tak berminyak

- Bau gabungan lemon dan Garcinia Cambodia..

- Produk Izeara 6 Inch Body Serum ni hasil formulasi Doktor pakar dari switzerland & ada kkm,gmp, Halal Jakim..

- Izeara 6 Inch Body Serum Xtra Power mngandungi doa dan zikir..

- 2 in 1 – Boleh digunakan juga untuk sengal-sengal badan selain untuk menguruskan badan.

- Mulakan dengan bismilah sapulah keseluruh badan InsyaAllah.



tags : enot kurus, punca sebenar enot sakit, enot sakit apa , KENAPA enot KURUS, PRODUK ENOT KURUS, ENOT DUTA PRODUK


Thursday, March 26, 2015

Fasha mengaku ini jalan terakhir

Nama Fasha memang tidak asing lagi. Walaupun umur Fasha dah 30an, tapi nampak macam budak belasan tahun tau.. Fasha juga mengaku berat badannya susah nak turun lepas bersalin dulu. Apatah lagi sekarang sudah memiliki 2 cahaya mata.

Ramai yang tidak tahu Fasha alami masalah hormone ketika mengandung. Berat badan naik 20kg. Kulit pula makin kusam dan banyak jerawat. Nak dapat job pun susah. Tapi lumrah setiap wanita pasti nak tampil cantik, langsing dan bergaya kan? Selepas bersalin Fasha cuba ambil program-program pelangsingan dan spa-spa rawatan kulit. Duit terbang beribu2, tapi hasil ntah ape2. Buntu dengan masalah berat badan dan kulit yang makin menjadi2 tu, Fasha nekad cuba produk2 di pasaran. Mcm2 jugak la produk yg Fasha dah try tp xde satu pun yg betul2 sesuai. Geram kan..penat ooo try one by one tp xmenjadi. Stress rasa..

Fasha hampir fedup..lepas dengar radio IKIM.fm tentang produk Panacea Beauty, Fasha cuba. Bagi Fasha ini adalah usaha terakhir beliau, dan selebihnya hanya redho dan tawakal. Nak tahu apa kata Fasha?

“ Memang saya stress dan hampir fedup lepas cuba mcm2 tp xberkesan.. Saya tertarik dgn produk Panacea masa dgr radio IKIM.fm cuz sgt unik dari produk lain dan kedua-dua produk Panacea Beauty ni memang betul2 kena dengan masalah saya sekarang. Saya amalkan Panacea DR.BRUN slimming detox yang hanya perlu kemam sahaja. Untuk rawatan kulit saya guna Panacea SBC, serum pertama boleh sapu & minum. AlHAMDULILLAH SEMINGGU JE SAYA DAH TURUN 3 KILO. DAN KULIT SAYA PULA DAH MAKIN BERSERI, JERAWAT KECUT 1 HARI SAJA! Ramai yg tegur badan saya dah susut dan kulit saya makin glowing.”

Produk Panacea Beauty memang luar biasa hebat. Produk 100% bahan semulajadi dan sangat selamat & berkesan cuz berdaftar dgn KKM & HALAL jakim. Dari kilang GMP 100% bumiputera . Dua produk Panacea Beauty yang menjadi viral sekarang ialah #DR.BURN, slimming detox utk penjagaan usus dan berat badan serta merupakan produk pertama kemam & kurus. Lagi satu produk ialah #SBC, serum rawatan kulit pertama boleh disapu & selamat diminum.

Utk u all yg ada masalah berat bdn dan masalah kulit sgtlah disyorkan. Mungkin ikhtiar terakhir korg dgn produk Panacea ini membuahkan hasil.

Panacea

serum blowhite collagen
Add caption

Dr BurnDr Burn




serum blowhite collagen


dr burn

dr burn

panacea beauty

panacea beauty



Nak Jana Pendapatan Bermula Dari Zero?? Hubungi:

HOTLINE: 013-444 9531
FB/IG: PanaceaBeautyOfficial
Website: panaceabeauty.com.my