Thursday, December 29, 2016

Pengalaman Bercuti Di Swiss Villa Lumut Damai Laut


Swiss villa lumut perak
Sohoq, Ujang dan Awie

Syukur..., kerana guwa masih pandai untuk buka blog ini dan boleh mengetuk keyboard untuk update blog bengong ni hehe.., ni saja nak habaq, minggu lepas guwa dengan rakan blogger sempat pergi bercuti ke Swiss Villa Lumut Perak.

Guwa pergi Swiss Villa ni kerana si Faizal Fredley yang belanja lepak sini hehe.., tapi kenapa 1st pic takda Faizal Fredley..? sebab guwa benci dia hahaaha

Kami gerak dari puchong ke lumut perak mengambil masa kurang lebih 3jam juga.., mula-mula guwa ingatkan dekat je lumut ni.., rupanya jauh gak...grrrrrrrrrr, ekceli guwa tak suka travel naik kereta jauh-jauh hehe.

Kami akan stay di Swiss Villa selama 3 hari 2 malam..., ala-ala gay weiii hahahahah 

*************************************

1st Day


Hari pertama kami sampai di Swiss Villa dah agak lewat petang..., sebab apa..? sebab Faizal Fredley bawak kete macam siput . macam pompuan..!




Nampak tak muka gemuk guwa..? so jangan nak sembang bab gemuk pulak ok..., siapa komen pasal kegemukan guwa tanak kawan dia... =(

Haaa kami ber empat naik kereta kuning bumble bee milik faizal fredley.., saja teman dia lepak santai disini..bila dah lewat sampai kami takda apa aktiviti pun.., terus lepak santai dan berehat je dekat rumah..

Macam biasa sebagai blogger, sampai satu tempat jer perkara wajib kita ambil gambar dulu hehe..., arghh korang pun yang bukan blogger mesti amik gambar gak yer dak..?? jangan nak membongak.!








***********************************

So tetiba guwa malas nak update..., nanti la sambung taip..!! hahahaha


BYE





p/s: weiii "minyak herba asmak" hoq jual ke..?


Sunday, December 11, 2016

KENAPA MAHA 2016 MENARIK BERJUTA PENGUNJUNG


Salam korang..nak tanya ni,

Siapa dah pergi MAHA 2016 sila anggukkan kepala...!! hehe siapa yang angguk kepala tu kita geng, sebab guwa pun dah pergi...siapa yang tak angguk kepala tu mesti korang tak pergi MAHA 2016 lagi kan kan..?

MAHA atau nama melayunya ialah Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia...apa benda tu..?? senang cerita pameran macam-macam yang ada hihi

Siapa yang belum pernah pergi mesti tertanya dan kenapa ramai sangat nak datang MAHA ni..? kenapa sanggup hadap jem dan parking jauh2 ni..? tak penat ke..? semua persoalan ni ada jawapan dia woha...

Sedikit info yang guwa nak share, sempena MAHA 2016 ni.., hari minggu hari itu sahaja jumlah pengunjung mencecah 560,000 orang...!! gila... so mana taknya jumlah pengunjung yang datang MAHA boleh mencecah melebih 3juta orang..!!

TEMA MAHA 2016
"Our Food Our Future"

***************************

Semalam guwa dengan Yana bersama dengan rakan blogger lain terjah ke MAHA 2016 untuk merasai sendiri dan mencari jawapan kenapa MAHA 2016 ni orang gila-gila nak pergi.



Sepanjang perjalanan kami tawaf MAHA 2016, kami akan menaiki kenderaan khas yang telah disediakan oleh pihak MAHA.., so korang kalau yang datang MAHA tu jangan risau parking dimana-mana sebab korang boleh dapatkan kenderaan khas macam gambar atas ini di station yang telah disediakan.


Ok meh baca apa yang ada di MAHA 2016 


NAFAS CUBE MAEPS SERDANG





NAFAS CUBE ini boleh dimuatkan dalam 56 orang dalam satu masa.., Nafas Cube ni tempat penginapan berkonsepkan rumah tube, kontena dan khemah...rate semalaman adalah antara RM150-250 (T&C applied). Pemandangan depan penginapan ni adalah kawasan tasik yang luas dan cantik

Untuk pengetahuan korang, nafas cube ini bukan sempena MAHA sahaja.., dorang akan terus beroperasi so yang duduk area lembah klang nak merasai sendiri penginapan berkonsep macam ini boleh la terus terjah di Maeps serdang hehe...takyah pergi jauh-jauh dah yer dak.?

LAMAN PERIKANAN

Dah nama pun laman perikanan, so kompom la banyak benda yang berkonsepkan ikan hihi.., disini apa yang menarik korang boleh tengok pameran ikan termahal.., rasa sendiri satay tuna, masuk pameran di kepala ikan jaws dan kepada kaki mancing korang boleh mancing udang...yang bujang2 boleh mancing awek hahahah

Tengok la gambar-gambar dibawah ni ok..


 





 LAMAN PADI


 Laman padi ni korang boleh tengok segala anak beranak jenis beras yang ada, korang boleh tengok cara memproses padi menjadi beras.., alat yang digunakan untuk menuai dan memproses padi dari zaman tradisional pun ada.





Ada juga aktiviti yang menarik di laman padi.., iaitu main bola disawah padi hahahaha.., gilo boto tapi menarik guwa tengok


LAMAN NENAS


Kawasan laman nenas ni idok la besar mana.., korang boleh masuk dalam dewan ini untuk baca beberapa info tentang nenas.., kalau nak rasa produk-produk yang terhasil dari nenas boleh wusha dikawasan luar.., antara yang ada jus nenas., aiskrim nenas, karipap nenas dan lain lain
 aiskrim nenas

Jus BOB NANAS

LEMBU SADO


LEMBU SADO antara yang popular di MAHA 2016, lembu-lembu sado ni datang dari pelbagi negeri antaranya Kelantan, Terengganu, Perak dan juga Selangor.. Berat si Sado ini mencecah 1.2tan.!! gila babeng berat kau..!

Lembu sado ni depa takda makan supliment otot apa-apa, tapi dorang semula jadi mutasi memang gitu otot dia..


Sempat juga la guwa selfie dengan si Sado ni....haa yang paling sado ni memang nama dia sado tau..., ekceli guwa nak selfie ni pun cuak..sebab guwa memang jenis cuak sikit dengan binatang ni, takut-takut dia makan kepala guwa la..takut dia sepak guwa la..gitu sekali pemikiran guwa terhadap binatang besar-besar..!!

LAMAN SAYUR & HERBA





LIGHT SENSATION


Kalau disini guwa rekeman korang lepak time waktu malam.., sebab kalau siang no point sangat hehe


KAMPUNG UPIN DAN IPIN








**********************************

Penat tak pergi MAHA2016..???  jawapan dia yes penat dan secara peribadi guwa tak sangka besar gila program MAHA ni...!!!  guwa ingatkan MAHA punya program hanya di HALL A ,B ,C dan D sahaja...rupanya banyak gila tapak-tapak lain yang menarik hehe.

So patut la kenapa MAHA ni memang berjuta pengunjung yang datang, rupanya ada pelbagai tarikan sendiri terhadap setiap individu.., yela setiap orang ada minat dia masing-masing yer dak..? so setiap point yang disinggah dah pasti ada peminatnya sendiri..




Untuk maklumat lanjut;
Website: www.maha.gov.my
Facebook: MAHA – Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism
Hashtag: #MAHA2016 #OurFoodOurFuture

JUS QALBI AL-EHSAN BAIK UNTUK KOLESTROL


Korang pernah dengar Jus Qalbi dak..? kalau belum atau baru nak mencuba tu maksudnya korang salah seorang yang sayangkan kesihatan korang hehe...

Maybe yang terbaca artikel ini pun kerana kenalan korang dah perkenalkan korang tentang Jus Qalbi yer dak..? guwa cuba kongsikan beberapa kelebihan dan kebaikan yang ada pada Jus Qalbi.

Ekceli guwa mula kenal Jus Qalbi pun dari rakan blogger .., so bila diperkenalkan guwa usaha sendiri untuk mencari dan mencuba Jus Qalbi sendiri.

Kebetulan sempena MAHA 2016 ,  JUS QALBI ada buka pameran dan guwa pun teringin untuk terjah hehe

  ************************************

Sebelum tu guwa kongsikan 5 BAHAN UTAMA JUS QALBI AL-EHSAN dan kelebihannya


Bawang Putih - berfungsi membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Selain itu mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser

Halia - membantu menghadamkan makanan dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar

Lemon - Vitamin C dan baik untuk usus

Cuka Epal - Mengurangkan adar kolestrol, membantu penghadaman dan beri tenaga

Madu Asli - Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan, Menghindarkan badan letih dan lesu.



Korang nampak tak kelebihan 5 bahan ini memang baik untuk badan dan yang paling penting untuk jantung kita yer dak..? Sebelum terlupa guwa kongsikan juga tanda-tanda Kolestrol yang tinggi:

-Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
-Timbul bintik-bintik putih (biji kolestrol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
-Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
-Sering berasa sakit kepala.
-Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
-Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
-Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Ini menunjukkan kadar kolestrol anda terlampau tinggi.

Jangan main-main bab kolestrol ni...bila mana kolestrol dalam badan dah tinggi.., boleh dikatakan masalah jantung kita pasti ada... secara peribadi kolestrol guwa pun sebenarnya tinggi itu pasal terasa nak cuba jus qalbi ni hee

Selain merawat kolestrol jahat dalam badan, Jus Qalbi Al-Ehsan juga ada banyak kelebihan lain. Antaranya ialah:

💕mencuci dan membuang kolestrol
💕merawat masalah saluran jantung tersumbat
💕mencegah kompilasi jantung
💕menyingkirkan toksin dalam badan
💕melancarkan peredaran darah
💕menurunkan tekanan darah tinggi
💕melancarkan sistem pernafasan
💕menghindari penyakit strok
💕mencairkan lemak
💕mengurangkan serangan gout
💕membuang angin dalam badan
💕mengatasi masalah selsema
💕meningkatkan daya pemikiran dan minda
💕melegakan sakit-sakit badan dan sendi
💕kaya dengan vitamin C (mencantikkan kulit)
💕menurun dan melangsingkan badan
💕menambah tenanga
💕meningkatkan sistem immunisasi badan
💕melancarkan sistem penghadaman
💕kesihatan yang berpanjangan
💕mengurangkan risiko asma dan semput
💕melegakan selsema



****************************


Berbalik kepada Jus Qalbi di MAHA 2016 , guwa sendiri dah pergi dan terjah dorang di BOOTH D18, HALL C (International Hall) 

Apa yang menarik dekat MAHA 2016 ini Jus Qalbi ada harga special diskaun sehingga RM73 oi..! elok korang boleh terjah ke Booth Jus Qalbi ni sebab korang boleh dapat info terus dari dorang.., dan yang paling penting korang boleh mencuba atau rasa secara PERCUMA hehe


Kalau korang tanya guwa rasa dia macam mana..? nak huraikan atau terjemahkan rasa dia pun payah.., tapi boleh kata rasa macam cuka dengan madu.., tak berapa manis tak berapa masam. Tapi korang jangan risau bab rasa sebab bila dah letak dalam peti ais bila sejuk rasa dia sodap hehe.., sebab tu nama dia JUS QALBI kot....hihi

So siapa yang nak pergi MAHA tu boleh la terjah Booth Jus Qalbi k...atau refer details bawah ni :

Algae Park Sdn Bhd
No.80A, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13,
Shah Alam. 03-5511 4366
HP: 017-7300366 & 017-3730366
Facebook : JusQalbi HQ Official
IG : @qalbialehsan 

Tuesday, November 29, 2016

PAKEJ MURAH MELANCONG BERSAMA TOURISTGUIDE.COM.MY



Guwa yakin 90% yang tengah baca blog ni minat melancong yer dak..? dan perkara pertama yang korang akan fikir bila nak melancong ialah bab bajet kan kan kan...? So siapa yang nak tau macam mana korang boleh melancong dengan harga yang murah dari biasa.., dan paling best boleh melancong secara percuma... meh baca detail yang guwa nak share.



Baru-baru ini gua ada pergi majlis pelancaran TouristGuide.Com.My yang berlangsung di Hotel Westin Kuala lumpur. Guwa pergi dengan bini sendiri sebab dua-dua blogger, so alang-alang elok pergi sekali yer dak..? senang dua-dua boleh share pengalaman hehe

Bila sampai hotel jer..., sebelum majlis mula.., sempat la kami bergambar dengan maskot Touristguide.com.my.



Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Mr. Devan Kumar (Managing Director, TOURISTGUIDE.COM.MY) bersama dengan Mr. Mohd Akbal Setia (Director, Tourism Malaysia) Mr. Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA) fan Akim Ahmad (Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia)

Sebenarnya Touristguide.com.my sudah beroperasi sejak tahun 2011 lagi.., mesti korang tertanya tanya kenapa 2016 baru dilancarkan yer dak..? jawapan dia ialah mereka mengambil masa untuk mengukuhkan koleberasi mereka dengan negara-negara luar dan selain itu mereka ingin memastikan segalanya terbaik buat semua ahlinya diseluruh dunia

Setakat ini lebih kurang 3000 ahli yang berdaftar dengan Tourisguide.com.my, dan misi mereka antaranya ialah ingin mencapat 100,000 ahli berdaftar dari Malaysia.



Kita semua sedia maklum semua orang suka nak Melancong yer dak.. tapi tak semua orang boleh melancong  dengan alasan utama takda bajet kan? 

Tapi di TouristGuide.com.my boleh bantu korang melancong dengan bajet yang rendah/berpatutan dan paling utama boleh dapat FREE..!

Korang boleh sign up as a member Free jer..,Takda yuran keahlian pun..sign up macam korang sign up Facebook dulu hihi.., Korang boleh wusha2 sebab harga dorang memang below market value woo.


Guwa pun dah sing up wei..!! free free free.... hehe



***************************************


6 Kelebihan Menggunakan TouristGuide.com.my

1. Tempahan Hotel Lebih murah daripada yang lain
TouristGuide.com.my telah berkerjasama dengan kebanyakan hotel di seluruh dunia untuk menyediakan perkhidmatan hotel di portal TouristGuide.com.my. Selain itu, TouristGuide.com.my juga mampu menampilkan kira-kira 75,000 bandar di seluruh dunia dan menyediakan ia pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan pesaing utama mereka.

 2. Tempah Penerbangan, Mendapat mata, Menebus tiket secara percuma 
Untuk tempahan penerbangan, TouristGuide.com.my masih dalam fasa rundingan dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia. Selepas ini, tempahan penerbangan boleh dilakukan di laman web TouristGuide.com.my sekaligus pengguna akan mendapat point atau mata ganjaran dan boleh mendapatkan tiket penerbangan secara PERCUMA apabila menebusnya di masa akan datang.

 3. Tawaran Diskaun Percutian (Sehingga 75%) 
Yang paling best bila kita semua orang boleh bercuti dengan kadar yang paling tak masuk akal iaitu dengan harga yang murah dan sangat menjimatkan! Haa tak sabar la tu! Kalau nak tahu scroll sampai bawah tau! Jangan lupa rebut peluang bercuti dari 1 April 2017 sehingga 31 Mac 2017 nanti! Promosi sah dari sekarang sehingga 30 November 2016. Jangan lupa layari TouristGuide.com.my .

 4. Pangkalan Travellers 
TouristGuide.com.my akan mewujudkan pangkalan data pelancong dan menyasarkan 10,000 pelancong dari Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain. Dengan pangkalan data yang lebih luas pelancong, TouristGuide.com.my mempunyai kelebihan untuk tawar-menawar harga pakej dan mendapatkan kadar diskaun untuk percutian yang lebih murah.

 5. Hubungkan Semua Travellers di Dalam Satu Network 
TouristGuide.com.my akan mewujudkan satu rangkaian pelancong dan menyambung setiap pelancong yang telah mendaftar di www.touristguide.com.my kepada 3000++ pelancong lain supaya mereka boleh mendapat mata ganjaran dan boleh digunakan untuk menebus percutian secara percuma dengan mata ganjaran yang dikumpul.

 6. Bukan MLM dan Tiada Yuran Keahlian 
 Mesti korang dah mula rasa lain macam kan kenapa macam best sangat je TouristGuide.com.my ni takut juga ada agenda tersembunyi. Tapi korang jangan risau. TouristGuide.com.my ni bukan macam MLM tau! Tiada yuran keahlian dan semuanya PERCUMA. Jadi jangan lupa mendaftar keahlian di TouristGuide.com.my okay!

Meh tengok  pakej² yang tengah HOT di TouristGuide.com.my 👇











Promotion Period: Now until 30th November 2016 
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday) 

Untuk maklumat lanjut :
Facebook : Tourist Guide- Building World's Largest Travel Network 
Instagram : @touristguide.com.my 

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T) 
Suite A25-3A, Sentral Business Park, Jalan TKS 1, 
Taman Kajang Sentral, 
43000 Kajang, 
 Selangor Darul Ehsan 
Toll Free : 1800 38 3338 
Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri) 
Email : contact@touristguide.com.my