Tuesday, March 29, 2016

Stadium Anfield (LIVERPOOL) Yang Membosankan

Stadium Anfield


Kepada semua piminat Liverpool mesti kenal dengan nama Stadium keramat dorang iaitu Anfield yer dak..? Stadium Anfield ni dulunya disewakan pada club Everton pada tahun 1884..., masa tu club Liverpool tak wujud lagi.. 

Selepas ada konflik dalaman..,  pada tahun 1892 Club Everton berpindah ke Stadium dia sendiri iaitu Stadium Goodison Park . Pada yang tahun sama juga iaitu 1892 lahirla club yang diberi nama Liverpool FC dan Stadium Anfield ini menjadi stadium keramat Liverpool sehingga sekarang..

Untuk pengetahuan korang..., Stadium Anfield(liverpool) dengan Stadium Everton ni dekat gila..., jalan kaki pun boleh..lebih kurang 1km je..

Gua ingatkan Stadium Old Trafford dengan  Stadium Etihad rupanya Stadium Anfield dengan Stadium Everton lagi dekat.. 

Dan masalahnya kenapa club-club sana power-power...grrrrrr (tapi bukan liverpool la yang power)



**************************************

Stadium Anfield ni tak la besar mana..., kurang lebih macam Stadium Merdeka jerr serius kecik gila..hihi

Antara Stadium-stadium yang gua pergi dekat UK ni..., Stadium Anfield la paling bosan...hahahaha, gua lepak dekat Stadium ni tak sampai 30 minit.., amik-amik gambar lepas tu terus blah..!!

Korang layan je la gambar-gambar gua ok..., kot kot la peminat Liverpool yang lain terasa nak pergi boleh tiru gaya gua posing hahahahaha


gambar di anfield stadium




Ekceli gua nak bergambar sorang jer...tapi si Zafirah memang tak memahami papa dia nak poyo..!! so terpaksa la amik gambar mesti ada dia sebelah....grrrrrrr

**************************************

Gambar bersama poster Lagend LIVERPOOL


Ian Rush
(main zaman abah gua muda dulu)




Kenny Dalglish
(bekas player dan coach liverpool)




Robbie Fowler
(mamat ni memang power.., walaupun gua minat arsenal tapi skil individu gua minat dia ni)





Kevin Keegan
( ni pun main masa zaman abah gua muda-muda dulu)



Siapa peminat Liverpool pasti kenal dengan lagend-lagend atas ni..., kalau tak kenal tu bukan peminat setia Liverpool sebab aku yang bukan peminat liverpool pun kenal ('',)

Tambahan lain dekat Liverpool ni bandar dia best..., ada kawasan penduduk melayu lagi..., dan masjid dekat sini cantik...., macam mana nak pergi sini..? korang WAZE jer...hehe



Ok itu je nak sembang...

Artikel Terkait

3 comments

Hehehe.. Demikian ulasan daripada orang jahil bolasepak

tak pernah hayat aku masuk stadium. kalau pergi pon nak masuk stadium pink kelantan je haha

wow... baru tahu stadium diorang dekat2... kawasan parking luas tak.. risau lak nak pegi game nnti xde parking... ehhh...


EmoticonEmoticon