Wednesday, September 28, 2016

Layan pulak Party Halloween di Legoland

Party Halloween Legoland 2

Korang pernah dak join atau wusha orang dalam Party Halloween..? guwa sebelum ni pun tak pernah tengok camner ragam orang dalam Party Halloween..,

So bila mana Legoland ada buat Party Halloween dan lebih menarik Party Halloween ni untuk bebudak.., guwa ajak Zafirah pergi legoland untuk buat kali ke 4..!! sebab apa ke 4..? sebab Zafirah memang suka gila dengan Legoland hihi..

Seminggu sebelum nak pergi ke Legoland si Zafirah serupa dengan Akiff gak si anak Lan Careno.., tiap-tiap hari bangun tidur dia tanya "papa hari ni ke pergi Legoland" , dan tiap-tiap hari gak gua bagitahu 4 hari lagi.., 3 hari lagi.. 2 hari lagi... dan seterusnya...grrrrr

***************************************

Bila tiba hari nak pergi legoland...!! dia bangun punya awal..!! 6.30am gitu grrrrrrr, tapi bagus gak.., dalam perjalanan dari bangi ke legoland dia tewas didalam kereta hehe

Guwa suka biar dia tidur.., so bila sampai legoland takda la dia meragam sebab ngantok..gitu la kekdahnya...

Kalau korang nak baca detail apa bestnya legoland..., baca blog Yana klik SINI


drive


**********************************

Mesti ada tertanya kenapa gua pergi Legoland sampai 4 kali yer dak..? selain jawapan dia legoland dan hotel legoland tu best.., jawapan yang paling tepat ialah Legoland ada aktiviti baru.., Dari 16 September - 31 Oktober korang boleh lepak legoland sampai malam wei...!! dorang ada buat party Halloween..! dan paling best korang boleh masuk FREE..!!!!

Nak tahu camner boleh masuk Free....? baca sampai habis hehe

Legoland 2

Dah ada tema Haloween.., sambil saja la guwa kasi zafirah tanak takut hantu..., so joinkan dia sekali pakai pakaian kekonon seram , so beli la dekat DAISO baju Hallowen dia hihi

aimy zafirah

Comel tak Zafirah posing..?? nak tahu kenapa dia Comel..? sebab guwa hensem la..!! hahahaahah..., bongok pulak rasa bila puji diri sendiri.., tapi biasanya anak comel sebab bapak dia hensem la kan..??? *nak jugak.

Haaa lupa pulak nak cakap.., guwa datang Legoland sekali dengan Lan dan Nad geng KBBA gak..., tapi jalan sekali dengan Lan.., sebab Zafirah nak geng dengan Akiff... dan kebetulan baju dorang sama hihi

Legoland 4

Lagi best masa kami pergi Legoland.., ada Majlis Pelancaran Party Halloween ni.., so ada pertandingan pakaian tercantik...so ramai la bebudak join sekali pakai pelbagai baju yang menarik.., sporting je anak-anak semua.., zafirah memula seram gak.., tapi bila ada geng dia jadi konfiden dan berani.

Legoland 6

Legoland 8


Dan pemenangnya ialah...!!!!

pemenang halloween 2

POCONG..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Pocong no1 wei..!!!!  hahahaa..serius memang layak gila pocong ni no 1.., dan lagi best pocong ni adalah anak kepada rakan blogger guwa si Kak Nanie hehe...cayalah lah kak..!!





*****************************************

Dalam musim Party Halloween di Legoland ni.., kalau korang masuk...,dapat la tengok decoration dalam tu yang bertemakan halloween dan ada juga beberapa aktiviti lain yang korang boleh buat sempena musim halloween ni. Antaranya Halloween Show ‘Monster Catcher Mayhem’, ‘Lord Vampyre’s Ballroom Maze dan jugak ‘Spooky Miniland Tour’.

Meh layan beberapa gambar yang sempat gua berposing poyo dalam Legoland hehe

Legoland 9

Legoland 11



Legoland 13

Legoland 15


Kalau korang rajin..., guwa rekemen korang join aktiviti yang ada sekarang ini salah satunya ‘Brick or Treat Trail’ senang je.., memula dekat pintu masuk tu korang ke kaunter belah kanan dan minta dorang borang  bawah ni atau bagitahu nak map ‘Brick or Treat Trail’


Lepas dah ada PETA ni.., korang ikut semua checkpoint yang dia bagi dan setiap checkpoint korang akan dapat hadiah saguhhati dari penaja antaranya  Milo, Julies’s, Staedler, Ribena, Haribo, Canon dan banyak lagi. ..menarik wei...ajak anak-anak sekali buat.!

Rupa paras checkpoint dia macam bawah ni hehe,



Banyak lagi la aktiviti yang ada ...korang boleh layan dan explore lagi..cuma larat tak larat je hehe


Fact Sheet

SELECTED DATES        : September (16-17, 23-24, 30), October (1, 7-8, 14-15, 21-22, 28-29)  

TIME                            : 4pm – 9pm @ RM85 per entry

LOCATION                  : LEGOLAND® Malaysia Resort’s Theme Park

ACTIVITIES                  : Brick or Treat Trail
LOCATION                  : LEGO® Kingdoms

Follow the trail and complete a Halloween activity inside each hut to receive a limited edition Halloween commemorative brick. Meet and greet our Halloween roving characters along the trail.

1st Hut: Collect Halloween Brick or Treat bag and complete LEGO® Star Wars™ Miniland activity.
2nd Hut: Find hidden LEGO® bats and count them
3rd Hut: Loudest and scariest laughter with the Witch
4th Hut: LEGO® Monster - memory games
5th Hut: Registration for Lord Vampyre’s Maze and gets your stamp
6th Hut: Help the LEGO® spiders find their home!
7th Hut: Floating LEGO® pumpkin
8th Hut: LEGO® ring toss
9th Hut: Mummy Bowling
10th Hut: Guess the weight of LEGO® Bats replicas

Redeem your Halloween bag and limited edition Halloween commemorative Brick at the end of the trail.


Kalau korang nak tengok macam mana kemeriahan aktiviti yang ada, boleh wusha video pendek bawah ni..!




Legoland 199


Sepangjang musim Halloween Brick or Treat Party Nights (jumaat-ahad) waktu operasi mereka lanjutkan sehingga 9pm..!

So dalam minggu akhir ini..., kalau korang nak masuk FREE..!!! siapa bebudak yang berpakaian mengikut tema Halloween atau baju hantu atau berjaya menarik Minat hantu legoland...! korang akan diberi masuk percuma..bermula jam 4pm ok..!!!

Apa-apa detail korang leh wusha di www.legoland.my atau hotline 07-5978888.

Tuesday, September 27, 2016

Meriah Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 Berjaya Cipta Rekod Malaysia..!



Semua sedia maklum.., KEKK yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 24-26 September di Maeps serdang yer dak..?

So guwa sempat join pada hari Isnin baru ini..., apa yang sempat gua join ialah tengok hasil ubah suai motor dari bebudak Giat Mara.




Selain itu gua sempat join atau cuba sendiri kemahiran potong rambut dari pelajar IKBN kuala kubu baru.., kos untuk potong rambut dia RM1 jer wei..!!

 
Disebabkan guwa puas hati dengan cara kerja adik IKBN ni..guwa bayar iklas RM3 hehe...., guwa respek la dengan adik-adik yang potong rambut ni. Dari apa yang guwa borak dorang kata penat menang penat tapi dorang puas hati sebab dapat asas skil yang ada

Macam adik yang potong rambut guwa ni, dia kata dari pukul 11am tak putus orang datang, so maksudnya dah dekat 6jam dia buat kerja dengan tekun sebab gua datang pun dah dekat pukul 5 hihi.. siap cakap "bang kejap k nak minum jap" sian dia hehe
 kipidap adik.!!!

Dan difahamkan..bebudak kemahiran ini walaupun akademi dia kurang.., tapi ramai bekas pelajar ini pendapatan dia lebih dari kita yang makan gaji ini..!!! so jangan pandang rendah dengan kemahiran yang bebudak ini ada.!

******************************************

Seperti mana-mana karnival.., artis jemputan pasti ada yer dak..? jadi KEKK 2016 juga tidak ketinggalan menjemput beberapa artis terkenal tempatan.


Jadual artis yang ada pada hari Isnin yang gua sempat jumpa ialah brader otai kita Joey BPR dan juga Rahmat Mega




Seperti biasa, sempat la gua ajak selfie dengan dua orang otai ni hehe, serius dua-dua sporting gila.., siapa dorang kenal guwa hahahah...caya tak..?  tak caya sudah!! buwekk!!

******************************************


 Perhimpunan Perantis Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Terbesar Menggunting Rambut yang berlangsung semalam  bersempena Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 dan Karnival serta Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK 2016), berjaya dinobatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Diadakan di Taman Ekspo Agro Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), acara yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, berjaya menghimpunkan seramai 516 pendandan rambut dari seluruh negara.

Sijil pengiktirafan rekod tersebut telah diserahkan oleh wakil MBOR Siti Hajar Johor kepada Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Datuk Dr Phang Chau Leong.

Ketua Urusetia Program Mohd Faisal Abdullah berkata penganjuran acara tersebut dilakukan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa bidang dandanan juga adalah kerjaya yang mampu menjana pendapatan.

“Biasanya pendandan rambut yang baharu memasuki alam pekerjaan akan menerima sekitar RM1,000 ke RM1,500 sebulan dan pendapatan mereka akan kian meningkat seiring dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki,” katanya kepada Bernama.

Acara tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan kerjasama GIATMARA serta Kementerian Belia dan Sukan 

-sumber bernama

******************************************





So secara peribadi tahniah guwa nak ucapkan kepada  Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. (NIPVSB)  kerana berjaya menganjurkan beberapa aktiviti yang cukup meriah dan tersusun...

Dan secara keseluruhannya Karnival ini berjaya..!

Wednesday, September 21, 2016

Majlis Pelancaran Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK 2016)



Korang pernah dengar tak Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan atau nama singkatannya KEKK ..? kalau tak pernah dengar takpa sebab gua akan terangkan apa aktiviti yang ada dalam artikel ni hehe



perasmian ACS


Ok semalam berlangsungnya Majlis Pelancaran Skill Of Brilliance @ Rhythm Of Unity dan Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK 2016) yang akan diadakan di MAEPS, Serdang.

Jadi  beberapa rakan blogger termasuk gua dijemput ke Majlis yang meriah ini dengan kerjasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. (NIPVSB) . Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Pang Chau Leong, yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Satu yang gua respek dan terkejut dengan Datuk Dr Pang Chau Leong ialah Melayu dia fasih gila hehe..

Sebelum itu Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Suami Kak Noraniza Idris, iaitu Tuan Jeffri Hudi dan Majlis diserikan dengan dua orang pengacara majlis yang sempoi dan sporting

Pengacara majlis


**********************************

ASEAN Skills Competition (ASC) merupakan pertandingan kemahiran peringkat ASEAN yang dianjurkan setiap 2 tahun bermula pada tahun 1995, menerusi penggiliran Negara-negara ASEAN sebagai tuan rumah.

Jadi pada tahun 2016, Malaysia menjadi tuan rumah dan ASC 2016 kali ini akan dianjurkan bersama dengan Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK).

Pengisian karnival adalah seperti demonstrasi kemahiran, Malaysia Book of Records, konvokesyen, ASEAN TVET Conference 2016, National Robot Challenge 2016, Try A Skill, Job Fair, Auto Show, pameran dari Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta, gerai jualan dan pelbagai aktiviti lain.

Sebanyak 25 bidang kemahiran yang akan dipertandingkan semasa ASC 2016. Jumlah penyertaan dari 9 buah negara ASEAN termasuk Malaysia adalah seramai 266 orang, iaitu khusus bagi belia-belia di bawah umur 22 tahun.

Sebagai tuan rumah, adalah menjadi hasrat Malaysia untuk menjadikan ASC 2016 ini sebagai yang paling meriah dalam edisinya dengan sasaran 100,000 orang pengunjung.

Objektif ASC :

-Untuk menggalakkan pembangunan vokasional kualiti dan nilai-nilai teknikal dan kerja di kalangan belia dan kemahiran pekerja
-Untuk memupuk kerjasama teknikal dalam pendidikan vokasional / teknikal dan latihan di antara negara-negara jiran
-Menggalakkan kerjasama yang erat antara kerajaan, industri, majikan dan organisasi pekerja dan institut latihan vokasional
-ASC akan membuka jalan untuk kecemerlangan kerja dan pembangunan pekerja mahir yang tinggi

Apa yang menarik dalam ASC ini kita boleh lihat pelbagai kemahiran dari dalam dan luar negara...!! masa inilah kita boleh tengok idea-idea dan teknologi baru dari anak muda tempatan dan luar negara mereka cipta alat.

Nak tahu apa korang boleh datang dan lihat sendiri pertandingan ini hehe

******************************************

KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN PERINGKAT ASEAN

TARIKH : 24 SEPTEMBER 2016 (SABTU) - 26 SEPTEMBER 2016 (ISNIN)
TEMPAT : MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS)

JADUAL PENUH KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN
JADUAL KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN
JADUAL KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN
JADUAL PENUH KARNIVAL DAN EXPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN hari ke tiga

Secara ringkasnya aktiviti yang ada pada 3 hari ialah :

24 September 2016, Sabtu : Pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Thailand, Filipina dan Cambodia.

25 September 2016, Ahad : Slot ini diwarnai dengan persembahan Vietnam, Brunei dan Indonesia.

26 September, Isnin : Slot diwarnai dengan Myanmar, Singapura dan Republic Of Laos selain multiracial Malaysia.

Apa yang menarik menurut kak Noraniza Idris pengisian bagi persembahan pentas selain bengkel dan demonstrasi Zapin serta Silat Seni Pertahanan Diri , acara kebudayaan turut diserikan oleh Artis Tari Sanggar Budaya yang akan mempersembahkan tarian dari 10 buah negara ASEAN yang terlibat dalam program karnival ini.

Noraniza Idris Production Sdn. Bhd diberi satu mandat untuk membentuk satu pengisian acara persembahan yang dinamakan Skills Of Brilliance @Rythnm of Unity atau Skill Pembangunan Kesenian. Ini adalah sejarah apabila kali pertama dibawakna khas dalam ASC dan KEKK

******************************************

Jadi kalau korang free pada 24-25 September 2016, boleh la pergi ke Maeps serdang sebab memang penuh aktiviti, yang lagi best ramai gak artis yang akan hadis bagi memeriahkan majlis hehe



Gua secara peribadi akan hadir pada hari Isnin iaitu 25hb sebab nak merasai sendiri aktiviti yang ada.., so nanti lepas gua pergi gua update story ok..!!! bye..

Friday, September 2, 2016

Facebook Carik Gaduh...!! Good Bye!



anti facebook


Salam,,,,.,

Wei korang..., korang pernah bercinta dak..?  tak kisah la cinta monyet atau tak.. pernah tak wei..?? hurmmm

Ok sebenarnya soalan tu takda kena mengena dengan benda yang guwa nak cerita...! gua tak tau nak mula macam mana...

Ok macam ni korang semua ada Facebook kan..?  wei guwa tanya jawap la ada ker tak facebook...?? ok terima kasih kepada yang jawap sambil angguk kepala tu...!


********************************************


Ekceli..., sejak 23/8/16, facebook guwa yang bernama Azfar Roslan telah diblock oleh facebook selama sebulan...!!!!!

So sekarang ni ada 19 hari lagi guwa kena tunggu untuk kembali aktif di Facebook..!!!! dermm..!!!!



Ini bermakna.., gua boleh online Facebook.., tetapi guwa tak boleh komen, like, berbalas mesej, add friend dan semuanya..!!! arghhhh!!!

Satu perasaan yang macam bongok tau bila mana kau boleh baca komen kawan-kawan tanpa boleh respon...!!! oi paham tak perasaan dia macam mana...???

Dia umpama kau sedang tengok orang comolot depan mata tapi kau takleh bertindak apa-apa.., ha boleh paham tak perasaan tu..??

ataupun perasaan bila mana kau tengah lapar..dan makanan ada depan mata tapi kau tak boleh makan...! ataupun kau dapat jumpa  najib depan-depan dan ada peluang boleh tumbuk..! tapi kau takleh buat sebab tangan kau tak boleh angkat..! haa gitu la perasaan bila mana kau di block oleh facebook...!!

********************************************

Ini antara kawan-kawan facebook yang mendajal guwa di wall Facebook Azfar Roslan


Ni si Lan Careno tolong bagitau rakan Facebook..








Ni lagi gua tak paham.., tetiba wish bezday..!! hahahaha



Ni geng club kereta dulu..!! saja carik pasal..!!



********************************************


Jadi kepada rakan yang PM atau komen di facebook..! mohon maaf gua tak boleh reply kerana diblock facebook selama sebulan..!!

ekceli guwa kecewa gak kerana facebook bukan tempat sosial sahaja,.,tetapi sumber pendapatan sampingan juga.., siapa yang carik duit dengan Facebook akan paham perasaan ni...hurmm


Bye   *sambil lap air mata