Wednesday, May 28, 2014

Review Filem Abang Long Fadil



Review Filem Abang Long Fadil

Siapa yang dah tengok Filem KL Gangster pasti dah kenal dengan watar Abang Long Fadil yer dak..? watak abang long fadil yang dilakokan oleh Zizan pasti berjaya mencuit hati semua orang.

Jadi kepada semua peminat Abang Long Fadil atau lebih tepat lagi Zizan.., korang boleh layan filem terbaru keluaran SKOP PRODUCTION iaitu ABANG LONG FADIL (KL GANGSTER 3).

Filem ini bukan arahan Syamsul Yusof.., tetapi arahan dari adiknya iaitu Syafik Yusof yang memenangi anugerah pengarah harapan dengan Filem pertamanya iaitu SAM.

Baru ini gua berkesempatan join Pra Tonton Filem Abang Long Fadil The Movie bertempat di GSC One Utama.


Apa yang best dalam filem ini ialah kita enjoy dengan hasil karya anak muda si syafiq..., berbeza dengan filem dia sebelum ini iaitu SAM berat sikit yer dak...? kali ini lebih santai dan enjoy

Abang Long Fadil ni adalah kisah selepas Malek dipenjarakan dalam Filem KL Gangster 2 dan sebelum KL Gangster 1

Kesemua pelakon dalam filem ini memang memaikan peranan yang cukup power.



***************************************************************

SINOPIS FILEM ABANG LONG FADIL

Mengisahkan tentang kehidupan Fadil setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .

Abang Long Fadil The Movie

Pelakon Abang Long Fadil

Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat-syarikat kapitalis yang telah mengupah sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa yang sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya .

Korang Layan Trailer Movie Abang Long Fadil 



Selain bakat pengarahan Syafiq yang cukup kreatif,  beliau juga sebenarnya seorang pengarah muda yang mampu menguasai teknik dalam menghasilkan Kesan Khas Visual (CGI) untuk banyak drama TV antaranya drama bersiri “Gerak Khas” dan “Evolusi KL Drift The Series”.

Oleh kerana minat Syafiq yang cukup mendalam dalam penghasilan Kesan Khas Visual (CGI) maka beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri, Viper Studios. 

Korang boleh tengok di trailer macam mana sempoi dan gempaknya CGI yang dia lakukan dan pasti teruja nak tengok Filem Abang Long Fadil yer dak..??

ABANG LONG FADIL menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Aaron Aziz, Syamsul Yusof,  Kamal Adli, Soffi Jikan, Tauke Raja  Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka, Harun Salim Bachik dan ramai lagi bagi  memantapkan persembahan cerita ABANG LONG FADIL.

Kos pembikinan Abang Long Fadil & Promosi / CGI adalah sebanyak RM 3.2 juta


Filem ini akan ditayangkan pada 29/5/2015


************************************

Akhir sekali gambar Selfie dari 2 orang pelakon Utama Abang Long Fadil iaitu Ujang dan Zizan..hehe


Sekian..Peace (~_^)v

Tags : kutipan filem abang long fadil, model filem abang long fadil , pelakon filem abang long fadil, review filem abang long fadil the movie


Artikel Terkait

3 comments

Untunglah dapat bergambar dengan zizan. Aaauuummmmmmmmm

Watak yg paling menyerlah dlm KL Gnagster Abg Long Fadil sebenarnya.mmg patut dijadikan filem.terbaik.

filem mcm haram.menyesal aku tgok.pengarah pun budak hingusan.x dak kualiti lgsung!!


EmoticonEmoticon