Wednesday, May 30, 2012

Yana Samsudin Rindu Seseorang

Hai..salam semua.

Kenal tak Yana Samsudin..?? ala tipu tak kenal...mesti kenal yer dak..???

Baru-baru ini Yana Samsudin hadir ke majlis Pra Tonton filem terbarunya iaitu Aku Ada, Kau Ada bertempat di E Curve

Apa yang menariknya Yana Samsudin hadir ke majlis itu benda pertama yang dia cari ialah gua sendiri iaitu UJANG..hehe


Al-Kisahnya :


Bila sesi ambil gambar bersama wartawan.., yana samsudin nampak gelisah kerana terfikinkan sesuatu


Yana yang mula gelisah terus bangun dari sesi ambil gambar dan terus mencari ujang...,

Dalam pada masa yang sama Bro Framestone yang tak tau malu tegur Yana Samsudin.


 Yana dan Bro Framestone


Bro Framestone yang agak bengang dan jeles dengan kata-kata yang keluar dari yana terus berlalu begitu sahaja..,

Yana meneruskan pencariannya terhadap Ujang..tidak kira siapa sahaja yang dia jumpa dia akan bertanya soalan yang sama iaitu

" hai nampak ujang tak..?? "


 

 Misi yana mencari ujang hampir selesai kerana dapat klu yang adik Ujang turut hadir...

Bila yana terjumpa adik Ujang soalan yang hampir sama ditanya iaitu

" Mana Ujang ek..?? "


 Yana dan Yien

Yana masih tidak dapat mencari ujang kerana adik ujang suruh jumpa NURUL pulak...kesian yana

Dia tidak putus asa.., Yana meneruskan cariannya...misinya hampir selesai selepas berjumpa dengan NURUL


Yana dan Nurul


Yana : Owh...dia ada kat depan tu ek..?

Nurul : haah..pergi la jumpa dia.

Yana : eee tak sabarnya..


Akhirnya...misi yana berjaya iaitu bertemu ujang...hehe


Yana : ujang kenal lagi tak..? jom amik gambar

Ujang : erm opkos kenal....no problem..hee



Yana : erm..yana mana..?? (bini gua)

Ujang : dia jaga baby..,

Yana : kirim salam dekat dia ok

*********************

Bila yana bertemu dengan ujang dua-dua diam seribu bahasa..., ibarat dalam filem AKU ADA,KAU ADA...hehe..nak tau apa romantik filem itu tengok la kesudahan cerita tu ek..


persoalannya siapakah dia UJANG ni..???


Ujang ialah diri gua la..hahahahahhahahahahahah erm..ok tak lawak


Sekian..Peace (~_^)


p/s : Walaupun gua minat Yana Samsudin.., Siti Liyana tetap dihati gua..hee

25 Tahun Sudah Mothercare



Kalau keluarga yang mempunyai anak kecil bila kita sebut nama MOTHECARE sahaja pasti ramai yang boleh terbayangkan produk yang berkuati yang ada pada mereka yer dak..??

Sejak saya jadi bapa ini saya juga sering singgah dan juga membeli produk di MOTHECARE..hehe

Antara produk yang dijual di MOTHERCARE selain produknya sendiri  ialah :


Photobucket


Ini antara produk yang kami perolehi daripada MOTHECARE..

Botol susu kegemaran babygirl saya ialah tommee tippe ('',)

Babybox tempat simpan barang-barang babygirl saya..('',)

Kenapa MOTHECARE .?

Senang je jawapannya.., sebab berkualiti dan juga tahan lama..hee


***************

Untuk pengetahuan korang MOTHECARE sekarang telah berusia 25tahun.., jadi kita semua boleh tahu sejauh mana matangnya MOTHECARE yer dak..? Anak dara kalau 25 tahun pun dah boleh kawin jadi itu perumpaan usia MOTHECARE...hehe


Baru-baru ini MOTHECARE ada menyambut ulangtahun mereka yang ke 25 tahun bertempat di SURIA KLLC dan saya berkesempatan membawa isteri saya bersama babygirl menghadiri majlis mereka yang cukup meriah..('',)

Isteri bersama babygirl


Majlis yang berlangsung seawal 10pagi sehingga 7malam disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti catwalk daripada kanak, pertunjukan nyanyian dan tarian , aktiviti mewarna, pertunjukan magic dah pelbagai lagi.., ramai ibu bapa yang bawa anak mereka tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti ini. Saya anak kecil lagi jadi tengok jer la..hee

Selain aktiviti kanak-kanak, ibu bapa yang hadir juga diberi peluang untuk mendapat hadiah daripada sesi jawap dan menang dan juga cabutan bertuah..('',)




Tanda prihatin terhadap pelanggan Mothecare.., mereka telah mengadakan diskaun besar-besaran sempena menyambut ulangtahun ke 25


Antara produk idaman saya dan juga isteri di MOTHECARE ialah

~

~

~

~

~

~

tara....!!!!!!!!!!!!!




Pergh..!!! saya memang cukup berkenan dengan produk Silver Cross ni, geram jer tengok...grrrrr *sambil hentak2 kaki

Tu gambar sahaja..bawah ni gambar live bersama SIlver Cross idaman..

Silver Cross

Kali pertama terpandang jentera itu saya dan isteri terus berkenan...hehe.., ibaratnya macam kalau kita bawa kereta BMW terasa selesa yer dak..?? jadi kalau babygirl duduk dalam Silver Cross tu ibarat dia macam duduk dalam BMW la..haaa macam tu la maksudnya.., paham dak..?? tak paham sudah...hihi ('',)



*******************


MOTHERCARE mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia..antaranya ialah :

Bangsar Shopping Centre , Subang Parade, Suria KLCC, The Curve, Alamanda Putrajaya Shopping Centre,
Mid Valley Megamall, Plaza Gurney(penang), Pavilion Kuala Lumpur, 1 Utama...('',)

Untuk keterangan lanjut pasal MOTHECARE boleh layari




Sekian...Peace (~_^)v


p/s : bila baby selesa otak kita ceria...hihi


Monday, May 28, 2012

Terbantut Untuk Update Blog..!!

Mood nak update blog terbantut gila disebabkan oleh terlebih limit untuk upload gambar di blog..., cara atasinya ialah kena upload gambar di photobucket dulu..hurm..*sambil hentak2 kaki

Gua tak pasti korang pernah alaminya ke idak.., cara gua biasanya memangg takkan edit gambar untuk upload gambar di blog disebabkan malas.., so memang penuh la gambar-gambar yang besar..hurm..*sambil hentak2 kaki

Nak deleted gambar-gambar lama malas la pulak.., sebelum ini gua deleted gambar lama-lama.., tapi kalau dah selalu buat macam itu jadi malas dah..., hurm..*sambil hentak2 kaki

Nak mengeluh pun takleh sebab guna benda free yer dak....ok bye =(

Apa Fungsi Alexa Rank ?



Gua rasa majoriti blogger tau apa itu Alexa yer dak..?? dan ramai blogger impikan blog mereka berada pada kedudukan yang terbaik.., Rank Alexa yang gua maksudkan ialah macam gambar bawah ni.



Ha...itu merupakan contoh Rank Alexa blog gua yang terbaik suatu ketika dulu..,sekarang dah jahanam..hahahaha

Kalau nak tahu APA ITU ALEXA RANK baca bawah ni


Alexa merupakan tempat pemberi ranking terhadap suatu weblog. Alexa sangat biasa digunakan bagi kalangan blogger manapun untuk melihat ranking blog mereka. Ada dua rank yang akan dapat dilihat di Alexa Rank iaitu diperingkat Dunia dan juga diperingkat Malaysia.

Secara teori alexa memberikan ranking terhadap suatu weblog berdasarkan pengunjung ataupun trafik dari weblog tersebut, semakin sibuk trafik weblog tersebut maka semakin baiklah reputasinya rank alexanya. Tapi ada juga beberapa faktor lain.

Dari apa yang yang gua baca dan perhatikan selain faktor trafik salah satu faktor untuk mendapat rank alexa yang terbaik ialah memasang toolbar alexa pada blog korang..., dengan meletakkan toolbar alexa akan lebih mudah untuk memantau blog anda atau ada memantau rank alexa anda..('',) kira macam kalau korang serius nak rank terbaik dorang pun serius akan upkan rank la...haaa camtu..hehe

Tapi ingat yer.., kalau trafik tinggi mana pun tidak menjamin sesuatu blog mendapat rank alexa yang terbaik.., banyak faktornya lagi yang akan gua cerita lain hari..hee

Kepada blogger yang kata tak kisah pun dengan rank blog meraka itu terpulang hak masing-masing yer dak..? tetapi kebiasaan yang berfikiran macam itu kerana korang tak pernah dapat rank yang baik dan juga buat blog suka-suka.., tapi apa salahnya dah alang-alang ada blog mestilah nak yang terbaik kan..hehe

Untuk melihat rank alexa blog anda sila ke ALEXA<--- masukkan url blog anda

Untuk meletakkan toolbar rank alexa blog anda, amik kod di ALEXA dan cari TAB toolbar disebelah TAB dashboard

**************

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : kalau rank alexa best pengiklan luar pun bayar kita dengan harga yang best..

tags: maksud rank alexa, fungsi alexa rank, cara naikkan rank alexa, kenapa perlu rank alexa, apa itu rank alexa

Sunday, May 27, 2012

Ujang The Avengers

Bila gua gila dengan The Avengers gini la gayanya...hee, gambar dan dialog candid by YANA








 

**************

Dekat entri yana ramai yang tanya gua beli ke idak menatang tu.., jawapan dia tak beli pun...hehe

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : sekali sekala jadi budak-budak lawan wo....

Anwar tak buat provokasi



Nurul Izzah Anwar menolak dakwaan Umno bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan provokasi ketika ceramah PKR di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, Lembah Pantai, Khamis lalu.

Menurutnya, beberapa wartawan yang membuat liputan ceramah tersebut mempunyai bukti melalui rakaman video berhubung insiden yang berlaku.

"Masyarakat boleh menonton rakaman video itu dilaman Youtube. Orang ramai yang hadir semasa ceramah di pangsapuri itu dilaporkan dilempar dengan batu, telur dan botol air," katanya.

Menurutnya, sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung kejadian yang berlaku itu.

Beliau membuat kenyataan itu ketika menemani mangsa, Raja Ismail Raja Din, 60, yang terkena balingan objek keras membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai, hari ini.

Sementara itu, Raja Ismail mendakwa dia dilastik dengan objek dipercayai bebola gegalas pada malam kejadian.

"Sebelum pengsan, saya berlari ke arah Nurul Izzah di pentas ceramah untuk menyelamatkan diri dengan menutup kesan cedera di kepala," katanya.


*****************

Video Sideng Media Insiden Serang Ceramah Anwar


PKR menggesa Umno sama-sama mengecam tindakan samseng dan mengatakan tidak kepada politik samseng yang menular ekoran insiden membaling batu dan telur ke arah lokasi ceramah dihadiri Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kerincih


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : I love Islam
 

 

Friday, May 25, 2012

Kenapa Agaknya..???



Salam Jumaat Sahabat..,

Kalau soalan "kenapa" tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya "kenapa agaknya".
Dari segi logik akal kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?

Mungkin,

1. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan menjadi sombong

2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya

3. Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak

4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan

Terlalu banyak kemungkinan yang kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Allah tahu sesuatu yang kita tidak ketahui.

Allah mahu kita sentiasa meminta dan merayu kepadaNya. Tetapi jangan pula kita meminta yang bukan-bukan. Jika sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan bermimpi Allah akan tunaikan hasrat kita.

Allah akan memberi mengikut kemampuan kita. Tapi tidak mustahil juga Allah akan memberi sesuatu kepada hambaNya walaupun hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan Istidraj. Itu juga adalah salah satu bentuk ujian

via : lelaki soleh idaman wanita solehah

****************** 

 DUIT
Doa,
Usaha,
Ikhtiar,
Tawakal

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Jangan jadikan pandangan ini seperti mata lalat, yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk, maksudnya hanya memandang keburukan dan kesalahan orang lain.

Pemenang "meh komen blog gua 3" meh kenal

Versi 3

Semalam gua ada bagi soalan teka-teki untuk dijawap tengok SINI <<, dan 5 orang yang berjaya  jawap terpantas dan cepat akan gua pilih sebagai pemenang untuk diberi penghargaan seperti letak dibloglist khas dan juga letak banner free di blog gua lebih kurang 2 minggu..('',)


Jadi pemenang untuk soalan semalam ialah :


1.  Encik Suami - ce teka dia suami orang ke tak..hee

2.  Eima - pengomen tegar blog gua..hee


 3. Oshin :  hai oshin..lama tak nampak..hee


4.  Nazhatul - hai salam kenal..hee


5. Dunia Kebahagiaanku - bahagianya..hehe..



 ********************

Itu semua ada senarai pemenang , gua mula nak pilih 3 sahaja..tapi sebab ramai jawap dengan betul gua letak la 5 orang..hehe

Kepada pemenang di atas sila la kasi banner blog korang untuk diletakkan di ruang banner disebelah..,kalau tak hantar gua tak letak ok..tapi untuk dalam senarai bloglist gua dah letak di sidebar..ce tengok..


Sekian...Peace (~_^)v

 p/s : lagi 2 minggu akan cari pemenang lain...tq


Thursday, May 24, 2012

Meh Komen Blog Gua dan Menang (3)

Promosi 3



Benda apa yang bila dia hijau dia berhenti.., tapi bila dia merah di jalan.....?? taik dia warna kelabu... haaa


*****************

3 pengomen terawal dengan jawapan yang betul akan gua letakkan banner blognya di sidebar dan juga gua letakkan bloglist khas untuk setiap pengomen jawapan yang betul dan tepat..(tengok di sidebar) kalau ramai yang jawap dengan betul gua akan pilih 5

Entri khas akan dibuat dan di ping ke lebih 600k orang like di Facebook..('',) nak tau trafik dapat banyak mana tanya pemenang sebelum ini..tengok bloglist di sidebar..('',)

Segala komen tidak akan dipublish..sehingga keesokan harinya..('',) korang boleh meneka dengan komen sebanyak yang korang nak..., jangan SPAM sudah ok sayang..('',)

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : soalan senang ni..kalau ramai jawap dengan betul, gua pilih 5 pemenang...

 

Bila Babygirl Gua Reti Membebel..

Gua geram gila tengak gambar babygirl gua ni....argh.,.!!!!




Tak sabar nak tunggu babygirl reti cakap...hehe

Gambar gua curik dari blog yana<----

Sekian Peace (~_^)


p/s : geng tolong like gambar gua dengan babygirl dekat SINI---> on.fb.me/Kuiu2o




Wednesday, May 23, 2012

Media Berlagak Bagus dan Pandang Rendah Blogger.!!

Baru-baru ni gua hadis majlis Pra Tonton Filem Aku Ada, Kau Ada lakonan Yana Samsudin dan Sam.., Majlis itu dihadiri oleh Artis, Media , Blogger dan juga Fans pelakon Filem itu.



Gua ajak adik gua teman bersama gua dan dia juga merupakan seorang blogger.., Tiket yang gua dapat under Blogger/Media..



Tempat duduk dalam panggung adalah free setting.., cuma dipecahkan kepada VIP, Artis, Media .. jadi siapa sampai awal dapatlah duduk ditempat yang mana korang nak yer dak..??

Gua duduk dibahagian tepi bersama rakan blogger lain manakala adik gua duduk dibahagian tengah panggung dan agak selesa kerana dia masuk awal.

Bila wayang dah start gua pun tengok la filem itu sampai habis sebelah gua Yana Samsudin..hahaha


*******************

Bila habis wayang adik gua mengadu dekat gua yang dia kata ada Media ni anoyying gila.., lepas tu berlagak pulak.., 

"mana kau tau dia orang media" tanya gua

"dorang bertiga ada pegang kamera" jawap adik gua ringkas.

*******************

Bawah ini adalah dialog yang digunakan media daripada apa yang adik gua cerita di blognya 

Dialong si Media..

Media 1 : Wei kenapa tiba2 orang media boleh jadi ramai..Pelik "sambil buat muka kerek"
Media 2 : Alar campur dengan budak2 blogger,budak blogger dah kebas semua seat..
Media 3 : Kalau campur macam nie, takder semangat aku nak tonton... "jum balilk lah wei"

Apabila start filem Aku Ada, Kau Ada

Media 1 : Ish cerita apa nie.. tak best pun
Media 2 : Sedih nyer cerita nie... tak best langsung,
Media 3 : Hahahaha.. tak kelakar pun... buat malu jerk...

- cerita lanjut di blog yien9897 <--


 * KALAU DALAM WAYANG KAU NAK BEBEL2 DAN KEPALA OTAK DAH NEGETIF ITU MENGGANGGU PENONTON LAIN TAU DAK..??

* Tapi bila depan-depan pelakon muka penuh hipokrit puji berganda..derm..!!


**************** 

Kepada media yang terlibat dan ada perangai macam ini gua rasa tak tau nak cakap apa..., patutnya pihak media lagi bersikap pro takda perangai macam ini. Dan gua pasti Media yang ada sikap macam ini baru nak hidup dalam dunia wartawan..,

Gua tengok Media lain ok jer takda nak berlagak sangat macam krew Melodi, RTM dll..,gua tengok dorang sempoi jer tak berlagak langsung..,

Gua tak pasti perangai media berlagak dan sombong ini dari mana..kalau tau memang gua sebut jer..hahahaha


Sekian...Peace (~_^)v


p/s :  Kepada blogger juga jangan perasan diri itu macam orang media..hee

Video Lee Chong Wei cedera di Piala Thomas


Sebelum ini masalah bahu.., kali ini buku lali yang dialamai oleh jaguh badminton negara Dato Lee Chong Wei.., kesian gua tengok...

Bawah ini adalah Video bagaimana Lee Chong Wei terkehel dalam perlawanan menentang Dermark




**********************


Datuk Lee Chong Wei terduduk menangis sejurus disahkan tidak dapat meneruskan kempen badminton Piala Thomas dan terpaksa menyerah kalah kepada Peter Hoeg Gade dalam aksi Kumpulan C semalam.

Banyak yang bermain di fikirannya apabila melihat buku lalinya semakin membengkak.

Kesakitan dan kesedihan akibat tidak dapat meneruskan permainan mendorong lelaki kelahiran Pulau Pinang berusia 29 tahun itu mengalirkan air mata.

Namun, jurulatihnya, Tey Seu Bock mendedahkan, kesedihan Chong Wei sebenarnya lebih kerana terlalu bimbang akan nasibnya menjelang Sukan Olimpik di London, 27 Julai ini.

Malah, Seu Bock sendiri mengakui, perkara pertama yang bermain di fikirannya ketika melihat anak didiknya itu terduduk di belakang gelanggang, sejauh mana kecederaan yang dialami.

Apatah lagi selepas melihat buku lali Chong Wei kian membengkak akibat terseliuh ketika cuba mengangkat hantaran Gade.

Kata Seu Bock, beliau serta merta teringat nasib yang menimpa bekas jaguh perseorangan negara, Wong Choong Hann, enam tahun lalu.

Choong Hann mengalami kecederaan ketika sedang menentang Korea Selatan pada suku akhir Piala Thomas di Jepun, 2006.

Natijahnya, dia yang merupakan ketua pasukan dan perseorangan pertama Malaysia ketika itu terpaksa diterbangkan pulang serta merta ke tanah air selepas putus tendon Achilles.

Dia juga terpaksa melupakan badminton selama enam bulan.

“Bila melihat keadaan Chong Wei, saya terus teringatkan Choong Hann. Hati saya cukup bimbang dan apabila saya pergi melihat Chong Wei, perkara pertama yang saya suruh dia lakukan adalah menggerakkan jari-jari kakinya.

“Lega hati saya apabila melihat ia masih boleh bergerak, tidak seperti Chong Hann dulu, yang langsung tidak dapat menggerakkan jari dan kemudian terpaksa melupakan badminton untuk enam bulan. Kalau ini berlaku kepada Chong Wei, ia memang menakutkan," akui Seu Bock, yang turut berada di tempat kejadian ketika Malaysia dilanda musibah enam tahun lalu.

Selepas menjalani ujian MRI (magnetic resonance imaging) di sebuah hospital tempatan semalam, tendon buku lali kanan Chong Wei disahkan koyak dan kecederaan itu memerlukan tiga hingga empat minggu untuk pulih sepenuhnya.

Chong Wei akan diterbangkan pulang ke Kuala Lumpur awal pagi ini, di mana dia akan melakukan satu lagi ujian MRI di bawah pengawasan Institut Sukan Negara (ISN).

Begitupun, Seu Bock menegaskan, dengan Sukan Olimpik masih ada tiga bulan untuk berlangsung, ia adalah tempoh yang cukup untuk pemain itu sembuh. - Utusan

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : tengok gambar gua bersama chong wei di SINI<--- tolong like gambar ok..

tags : video lee chong wei tercedera di piala thomas, video lee chong wei injured, video lee chong wei tercedera

Tuesday, May 22, 2012

Skandal Terbaru FIDA IBRAHIM

Salam kawan2., semoga ceria-ceria selalu ('',)

Baru-baru ini gua ada pergi Pra Tonton Filem Man Sewel Datang KL.., tetiba gua terjumpa minah yang agak cun ni.., dia cun sebab pakai tudung...so kalau rasa nak cun pakai la tudung ok kaum hawa..hee

Orang yang gua maksudkan ialah si FIDA IBRAHIM ex si mamat sepak tu.., tak silap dorang dah berbaik balik..ontah la..den maleh bab-bab gosip ni..tapi kalau nak gosipkan diri sendiri gua suka...hahaha

Fida merupakan pelakon tambahan dalam FILEM MAN SEWEL DATANG KL <----


*****************

Ujang : eh eh...ini FIDA awek mamat tu kan..??

Fida : eh tak la..mana ada kita orang kapel..(sambil buat muka cute)

Ujang : hehe.., hai nama saya ujang..

Fida : owh..yang kartunis itu ker..?? (soalan familiar yang biasa gua terima)

Ujang : eh tak la..yang tu orang tua saya muda lagi la..

Fida : Owh...sori2..,hahahah..dah ujang yang blogger itu ker..??

Ujang : haah...(sambil tersipu2 malu)

Fida : hai..salam kenal juga so kita boleh la skandal kan..??

Ujang : tak boleh saya setia..saya dah kawin la..

Fida : Eh...iyer ker..sori2..jom kita amik gambar nanti letak dekat blog u ok.., jangan dekat facebook nanti kantoi..

Ujang : orait2...jom2...

* klik..


Fida : eh kenapa u nampak gemuk ek..,dalam blog tengok macam kurus...

Ujang : Saja nak gemukkan diri ( ayat sejukkan hati sendiri)

Fida : eh amik la gambar lagi...i suka amik gambar

Ujang : yer la yer la...banyak songeh betul

Fida : hihi...

* Klik


Fida : haaaa baru comel nampak u kurus sikit..

Ujang : hehe..tol tol.., ok la fida saya nak masuk dalam panggung dulu..nanti jumpa lagi ok.., sori la tak dapat jadi skandal awak.

Fida : ok...apa2 calling2 la...ni no i... 012- *******

Ujang : Ok thanks .

******************


Sekian...Peace (~_^)v


p/s :  Dialog dan cerita diatas adalah rekaan semata-mata...kalau tak tulis kang kena saman..hahahaha



Hari Belia Negara 2012



Pada 23/5/2012 - 27/5/2012 ini akan berlangsungnya Himpunan Sejuta Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya., Apa yang gua tahu 500 acara  dan 33 segmen akan diadakan untuk meriahkan Hari Belia Negara 2012 ini . Apa hebatnya pada perhimpunan ini ialah 1000 persembahan dan 24 pentas di sepanjang enam kilometer menjadikan sambutan HBN antara 10 karnival terbesar di dunia.

Orang gomen menjangkakan seramai 2 juta orang akan menghadiri dan berhimpun untuk menyertai segala segmen dan aktiviti yang akan diadakan yang bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan ini.


Antara Acara dan Segmen yang diadakan di Hari Belia Negara  ialah :


Himpunan Jutaan Belia
SEKRETARIAT HBN 2012
(03-88713629/3932 /3707/3231/)
Modal Insan
CIK WAN AZIRA BINTI ABD AZIZ
(03-88713293)
Uniform
EN. AHMAD SYAMMIEL BIN MOHAMED KARIM (019-6208284)


Y-Avenue
EN. SABRAN B. ABD BAHAR
(017-3553379/03-88713747)
Volunteers
PN. HARTINI AB. JABAR
(019-2677224)
My Hobby
EN.AHMAD B. DAUD
(019-2234066)


Fit & Active
ENGKU AZMAN BIN SAYED MOHD
(019-2321516)
Fast & Furious
EN. SAIPUDDIN BIN ZAKARIA
(012-2092727)
Sport Pavilion
EN. ASMADI
(019-6835360)


Gerbang Kerjaya
EN.NORAZMI MOKNI
(019-9710776)
Karnival G2Y
EN.HASNAN B. ZAKARIA
(019-3771123 / 019-2604888/017-9894858)
Warna Warni Belia Malaysia
EN. SAIFUL ADLI
(013-3718080 / 019-4008223)


Karnival Titian Cinta(Love Lane)
EN. MOHD ISMAIL MAHYUDDIN
(012-3541924)
Young Entrepreneur
EN. SAIFUL ADLI
(013-3718080 / 019-4008223)
Education Fair
EN. SAIFUL ADLI
(013-3718080 / 019-4008223)

Gadget World
EN. ANBANANTHAN (017-8876787) /
EN. K RAVIDRAN (012-2123977 /
PN. AWEENA (0172301126)
Putrajaya Uptown
PN. AWEENA
(0172301126)
Amusement & Recreations
EN. ANBANANTHAN (017-8876787)/
EN. K RAVIDRAN (012-2123977)/
PN. AWEENA (0172301126)/
PERBADANAN PUTRAJAYA (PPJ/
NORHAIZAN BIN ONAN (017-6663212/
EN. SHAFIK (013-2710054/
EN.MOHD REZAL JAMALUDDIN (012-3225280)

Food Valley
PN. AWEENA (0172301126) /
MIZI (012 3099126) /
HANI (017 369 3699) /
SAM (017 361 3065)
Celebrity Planet
EN. MOHD ASRI BIN IDRIS
(019-2766939)
Dot Invest
EN. ANBANANTHAN (017-8876787) /
EN. K.RAVIDRAN (012-2123977) /
EN. ZUHAIRUL BORHAN (012-3513559)

Senorita Square
PN. AWEENA
(017-2301126)
Junior World
PN. NORAINI ISHAK
(017-2482292)
Candy Island
PN. NORAINI ISHAK
(017-2482292)

Garden Valley
EN. MARUL (019-2632812) /
PN. ARMITA (016-9723908) /
EN AWANG (016-9180401)
Chinese Youth Culture Village
CRYSTAL LEE (017 6603399)
Jom Heboh
CIK SITI HIDA
(019-3157765)

International
MR. ALEX CHEAH
(012-3011853)
Youth Tourism
EN. MOHD ISMAIL MAHYUDDIN
(012-3541924)
Perkhemahan Dan Jambori
TN. HJ SHUKOR
(012-2635825)

Ondraai Inaivom (Little Indian Street)
EN. SHANMUGAN
(016-6018009)
Lorong Seni @ My Kampung Art
EN. NOR FAIZAL BIN NORDIN
(017-2064083)
Youth Heart Beat
TUAN MOCHTAR BIN DATO' TUAN ABDUL MALEK
(012-9684696/019-9409156)

Belia Bandar
PN. IDA HARLINA
(012-2700021/019-2107212)
International Youth
EN. MAZLAN BIN MOHAMED (012-2460484) / CIK NURAIDA BINTI HJ. IDRIS (016-6877466) /
World Youth Jazz Festival



********************


Pelancaran  Himpunan Jutaan Belia 2012

Majlis Pelancaran Himpunan Jutaan Belia akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 26 Mei ( Sabtu ) pada jam 4.00 petang di Pentas Utama, Putrajaya.



Untuk keterangan lanjut masuk SINI <---


********************


Sesiapa yang berdekatan boleh la datang Hari Belia Negara ni..., jangan risau yang tak belia pun boleh jer datang...hahahha..

Gua teringin bawa babygirl jalan-jalan ke Hari Belia Negara ni..hehe..,


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : ramai-ramai dekat sana mesti sesak yer dak..??

tags : Perhimpunan sejuta belia 2012, peta himpunan sejuta beli, aktiviti hari belia 2012