Cerita lama..,tapi tak lama sangat
Pada bulan lepas, kawasan perumahan gua dikejutkan dengan beberapa kes rompakan.., rumah yang ditarget ialah rumah hujung-hujung atau rumah yang besar-besar.
Gua selaku penduduk tetap di sini.., sudah pasti la risau dengan berita kes tersebut.., walaupun rumah gua tidak besar tetapi keselamatan keluarga harus gua risaukan dan utamakan.., baru la namanya suami yang take care yer dak..?? takkan nak romantik jer..hee
Di sebabkan kes rompakan berleluasa terdapat la segelintir polis rajin berkeliaran di kawasan perumahan gua.., dah rasa macam duduk putrajaya pulak..hehe
Tapi kebiasaannya polis berkeliaran menaiki motorsikal atau kereta kan.., kawasan rumah gua lagi canggih...mereka menaiki sejenis makluk yang bernama KUDA..
*******************
Al-kisah
Gua yang tengah lepak wusha-wusha awek didepan rumah sambil mengunyah kuaci dikejutkan dengan segerombolan polis berkuda
Gua melihat kelibat dorang sambil memerhatikan gelagat mereka
Abang Polis 1 : Woi jibauk...!! tunggu la.
Abang Polis 2 : Kau ni lembab la..tu si samdol dah jauh ke depan
Abang Polis 1 : Kau suruh la dia perlahan sikit..!!!
Polis 2 : Wei samdol slow la sikit.., kuda aku dengan kuda si mejah ni dah la puasa..!!!
Polis 3 : Korang ni lembab la.., aku dah la tengah malu ni macam orang gila bawak kuda tengah bandar
Polis 2 : kita mencari nafkah wei..jangan malu.., bangga apa bawak kuda tengah bandar.
Polis 1 : entah samdol..., tu pun nak malu...dah la bontot kuda kau busuk..! *tiba
Gua yang memerhatikan dari jauh tersenyum sahaja melihat gelagat mereka.., sebagai seorang hero gua hentikan perbualan mereka dengan memanggil mereka semua
"abang-abang polis..!!! tunggu...!!!" jerit gua kepada mereka
Dengan serentak abang-abang polis menoleh kebelakang melihat gua
Gua dalam masa yang sama berlari-lari anak menuju kepada abang-abang polis
****
Ujang : bang..,apa gila abang naik kuda ronda dengan kawasan ini..?
Abang polis : wah gurau kasar nampak..., aku jaga kawasan rumah kau la gila
Ujang : hihi jangan la marah abang.., jom amik gambar..
Abang polis : hek eleh.., ok2..masukkan dekat blog kau ok..
Ujang : wah mana abang tau saya ada blog..
Abang Polis : silent reader...
Ujang : hahaha...ok2.., jom amik gambar
* Klik...!!!
Ujang : ok bang..terima kasih..
Abang polis : ok cau..!!
******************
Rumah korang ada kuda polis berkeliaran...,?? takda kan..heee
Jangan ingat gua sakai bergambar dengan artis jer..dengan abang polis pun gua sakai bergambar..hahahaha
Sekian...Peace (~_^)v
p/s : yang dah baca blog
yana mesti tau dialog tu menipu jer kan...('',)