Wednesday, November 30, 2011

Si blogger comel yang gua review

Part 2


Blog Seterusnya...!!



Gred C
Pemilik blog bernama gadis melayu ni agak selalu komen di blog gua, terima kasih ek atia..hehe, ok di sebabkan dia dah rela hati nak direview gua komen la apa benda dari pandangan mata gua ok

Kalau gua dapat blog gadis melayu ni gua akan:

- Buang blik-blik yang keluar dari mouse cunsor tu...untuk keselesaan pembaca('',)
- Buang gambar-gambar di sidebar yang bertajuk atia amir untuk menjadikan blog kita lebih matang..
- Tukar tulisan tajuk setiap entri dengan tulisan yang mudah dibaca tidak seperti yang ada sekarang tulisannya sambung-sambung ,hihi
- Buang love-love yang blink-blink tu untuk nampak blog lagi kemas dan segala widget yang tak patut untuk menampakkan blog lebih kemas dan simple
- butang untuk komen untuk sesuatu tajuk lagi bagus letak di bawah setiap entri bukan di atas entri=)

Selain itu cuba tuka header yang lebih sesuai dan kemas.., kalau rajin buat sendiri kalau tak rajin carik kawan-kawan yang pandai buat header ok...('',)

Iklan churp-churp tu kalau tengok duit naik kekalkan.., kalau rasa macam tak gerak buang jer iklan-iklan tu lagi kemas nanti..('',)


***************



Gred B+

Masuk jer blog ni gua dah suka dengan header dia..hahaha..comel pulak gua tengok header karton awek cun ni..., dengan ada rama-rama lagi. memang menarik

Nak tengok tuan dia cun ker idak korang tengok la sendiri...kalau tanya gua, gua jawap cun la..hahaha..

Dari segi blog tak banyak yang gua boleh perkatakan sebab takda benda yang serabut sangat, cuma boleh susun sidebar lagi ok.

Gua tengok blog oshin ni takda bloglist, gua rasa kalau oshin letak bloglish lagi ok supaya untuk rajin singgah dan bloglwalking..lagi bagus letak blog gua dekat blog list..haha.

Entri-entri simple dan menarik., rajin update blog memang bagus..rajinkan blogwalking..,

Sesiapa nak letak banner free boleh singgah blog oshin


***************



Gred A

Ok blog sara ni gua masuk jer dah rasa ceria dengan headernya yang cantik dan comel.., gua macam biasa masuk blog orang gua akan follow sebab berkenan dengan templet yang simple dan menarik.

Dari segi penulisan dan kerutinan meng update blog gua tengok Cik Sara agak aktif juga..., dan tak ada apa yang gua nak komen sebab bagi gua dah superp..!! alamak..cmner eja superp ek..hahaha lantak la..

Cuma satu jer..cuba buangjer widget di belah tepi kiri tu..('',)

Secara pukalnya gua suka dengan blog cik sara ni, penulisannya pun kemas dan tersusun tak macam gua..('',)


***************
Gred B
Ok blog nana ni dah comel dah..header pun dah ok.., cuma perbaiki sikit dari segi penulisan dan buang benda-benda yang tak patut.

Entri nana dah ok dan bagus sebab rajin update, cuma cuba ubah penulisan tu jangan guna kan ayat yang ringkas(shortform) seperti  mrentasi, sdikit, bsiap , snaraikn cuba buang sikap tulisan ringkas macam tu ok..=) penggunaan ayat semua dah ok..tak terlalu skema memang seronok di baca

Lagi satu cuba buang buih-buih dari mouse tu..,agak mengganggu pembaca walaupun sedikit..yang lain rasanya dah ok...

***************


 Gred C

Gua nak copy header yanty tak dapat sebab dia tak kasi tekan "right klik" hehe, bagi gua tak perlu buat macam tu sebab tak kisah la orang nak copy paste entri kita atau pun apa2...tapi terpulang..('',)
Erm..., rasanya banyak yang perlu dibaiki blog yanty ini untuk kasi lebih menarik dan mesra pembaca antarnya ialah

-  buang semua widget yang di atas tu ,bawah jeader tu semua harus di buang sebab rasanya tak perlu dan agak serabut untuk pembaca..('',) bawah header terus ada widget follower tak perlu yang lain2 tu ok..

- buang benda di sidebar yang rasanya tak perlu ada seperti "contes/segmen" "banner-banner bwh network blog"  dan susun siderbar tinggal apa yang perlu jer

- templet blog juga kurang mesra sebab tulisan entri transperan dengan bground blog, cari templet yang tulisan blog tak transperen dgn bground ,paham tak ni..hihi

- dari segi entri tengok byk join segmen dan giveaway sahaja.., cuba banyakkan entri personal..baru la blogger..=)

***************


Itu dulu setakat ini..., banyak lagi gua nak kena selesaikan...huhu...

Teguran gua dan review gua semuanya iklas dari hati..jangan kecik ati ek sayang..!!(manja tak)

Sekian..Peace

p/s : yang dah join jer gua review ok..sorry tak larat..('',)

p/s²:  meh baca juga review blog Part 1 << klik

Tuesday, November 29, 2011

Mereka yang terawal..!! untuk gua review

PART 1

Sebelum gua ke KUCHING , gua dah janji nak review beberapa blogger yang rasa nak di review.., tiada paksaan dan bukan gua sesuka hati untuk review blog mereka, mereka yang izin kan..tengok SINI


Bukan la gua nak review sangat..cuma kalau gua dapat blog mereka apa yang gua akan buat...motifnya berkongsi idea..




Gred C

Gua 1st ime masuk blog farah ni..dari pandangan mata gua, mula masuk sekali dah agak serabut sikit,
Kalau gua jadi farah gua akan :

-tuka layout blog dan header kasi lagi simple, bgroud bercampur dengan tulisan entri membuatkan pembaca kurang mesra..=)

- tuka komen kepada popup windows ok..cara dia tengok SINI<--penting

- buang widget yang tinggalkan jejak blog tu, (yang dkt bawah header)..,kepentingannya agak kurang..=)

-buang blink-blink dari cunsor mouse tu ok farah...,

- Tuka kepada 3 entri sahaja setiap page, kalau terlalu banyak agak tidak mesra pembaca.., macam blog gua letak 2 sahaja sebab berat..=)

* tuka yang asas itu dulu baru tingkatkan dari segi penulisan ('',)


**************



Gred B

Ok blog yang bernama Cute Simple ini kena dengan blog yang memang simple bagi gua...tak banyak yang perlu diperkatakan. Penggunaan bahasa di blog ok dan olahan cerita dah ok.,('',)

Satu jer idea rasnya perlu ditukar iaitu Header, header tu kalau buat lagi simple lagi cun..=) di header juga rasanya tak perlu tulis url blog dah ok

lagi satu, lagi bagus kalau kurang kan entri per page kepada 3,maksudnya orang buka blog kita ada 3 entri sahaja setiap page. macam sekarang ada 5 entri per page..('',)


**************


Gred B

Mamat ni gua pelik kenapa dia nak join gak.., gua nak review apa pun tak tau sebab dia dah otai..hahahaha, mamat ni selalu gak komen di blog gua..

Dari segi penulisan blog gua rasa takda masalah dekat dia cuma beberapa benda yang dia kena buat untuk kasi lagi umphh.!! kan lagi blog dia ni. Benda paling utama ialah UPDATE blog sekerapnya...('',) takda cara lain..

Penggunaan nama blog juga penting untuk memudahkan carian  di google, kalau "hairi cerulean" agak susah orang nak ingat nama ni yer dak..?

Seperti blog yg gua review dia atas benda yang sama.., lagi bagus kalau kurang kan entri per page kepada 3,maksudnya orang buka blog kita ada 3 entri sahaja setiap page. macam sekarang ada 5 entri per page..('',)



**************




Gred B

Buka jer blog minah ni kita dapat tengok dah muka tuan punya blog..hehe, 
Ok kalau gua dapat blog sabrina ni, gua akan :

- Cuba buang lagu dalam blog tu, supaya lagi mesra pembaca.('',)
- Di sidebar gua akan letak "label" dan juga " blog archive"
- Bloglist display akan gua kurangkan..
- Entri per page gua tambah kepada 3, sekarang ada satu entri sahaja per page agak terlalu sikit sebab sidebar panjang ke bawah..=)
- Older post mcm takda, jadi susah member2 nak tengok entri lama2 kalau ada blog archive lagi ok
- Banyakkan entri penulisan dan bebelan sendiri daripada entri segmen yang terbiar lama di blog..=)


*************

Kepada insan yang gua review ni rajin-rajin la letak blog gua dekat bloglist ang..lalala

Siapa rajin singgah la blog mereka dan bersuai kenal.., tinggal la kata-kata manis yang memberahi kan..hahaha..


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : blog yang lain akan menyusul kemudian

Review Blog Bakal Menyusul




Sebelum ini gua ada buat entri untuk REVIEW blog orang sempena gua tak dapat online selama seminggu kerana bertugas ke LANGKAWI..grrrr!! lama pulak otesyen gua ni


Di harap jangan ada yang hantar lagi ok sebab dah tutup tarikhnya dan gua tak larat dah..hahaha


Gua sudah siapkan beberapa entri review yang akan di "auto publish" setiap hari.., setiap entri gua akan keluarkan 4 blog yang gua review. bermakna seminggu ni entri gua review blog jer..hihi


Entri review bermula dari 29/11/11.. dan di setiap blog gua akan bagi Gred untuk memberi kualiti sesuatu blog itu mengikut pandangan gua..di ulangi mengikut pandangan gua ok.('',)


Blog yang gua review tidak menjanjikan trafik tetapi sekadar untuk perkongsian idea ok sayang...(manja tak)

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : baru siap buat 24 blog..ada lagi lebih kurang separuh yang perlu di siapkan...=(


Gambar Banjir Di Kajang | Video Banjir Kajang 2011



Banjir di kajang dah lama tak berlaku..., sejak gua hidup dari zaman sekolah selalu gak lepak pekan kajang ni.,

Terkejut gak gua dengar berita tadi yang pekan Plaza Metro Kajang naik banjir.., tempat gua lepak tu dulu..hihi

Gambar banjir sekitar bandar kajang ni gua copy dari facebook dan blog mana tah..sori tak ingat



Banjir Di Kajang


Kajang

****************

HULU LANGAT 2 Dis. – Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.

Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.

Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.

Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.

Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.

Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai.
-utusan


Video Banjir Di Kajang


















Takziah kepada mangsa banjir di kajang

Tags : banjir di kajang, video banjir di kajang, kajang banjir, gambar banjir kajang, plaza metro kajang banjir, mangsa banjir kajang, sekitar banjir di kajang, situasi banjir kajang, video perempuan banjir kajang,gambar banjir kilat di kajang, video banjir kilat di kajang, gambar kajang banjir 1971, banjir kajang 2011, video terbaru banjir di kajang 2011, gambar terbaru banjir di kajang, video perempuan banjir kajang

Monday, November 28, 2011

Boikot KOSMO...!! kutuk Harimau Muda

  sumber facebook

Oleh : NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
(nama wartawan)
*********************

Baru habis gua marah dengan orang kutuk Negara Malaysia Bodoh..!!! tengok SINI <-----


Kini surat khabar tempatan iaitu KOSMO sendiri mengutuk  Harimau Muda..!! derm.


Siapa editor kosmo ini gua harap dia memohon maaf secara terbuka dengan tajuknya yang agak bangang kuang ajar iaitu

"HARIMAU MUDA MALUKAN NEGARA"


Agak-agak la mengutuk harimau muda.., gua rasa surat khabar KOSMO ni yang malukan negara yer dak..??


Gua rasa penulis atau editor KOSMO ni tidak pikir perasaan penyokong dan pemain negara. itu sebab sesuka hati jer nak buat tajuk menghina harimau muda.


Takda istilah memalukan langsung bila kalah dalam perlawanan bola sepak la..adoi.


Gua selaku admin HARIMAU MUDA di facebook pasti la marah dan ramai lagi yang marah dengan tindakan KOSMO ni




Bukan seorang jer yang marah., tetapi seluruh rakyat malaysia marah dengan tindakan KOSMO..

***********



p/s : KOSMO bikin panas..!
tags : kosmo kutuk negara, kosmo kutuk harimau muda, petikan kosmo kutuk harimau muda, keratan akbar kosmo kutuk harimau muda, kosmo hina harimau muda

Harimau Muda tak BODOH..!!

Hero Malaya Nazmi Faiz

*********

Agak bangang status Facebook yang gua baca dari seorang rakyat Malaysia yang berbunyi "Bodoh Punya Malaysia"


Ramai gila kecewa wei Malaysia kalah dengan Bahrin..tapi jangan la jadi bangang kutuk negara sendiri pulak memang FAK...ri betul..

Layan lagu ni baru kau paham erti kesukanan dan penyokong yang setia..




Penyokong sedih...??? pemain Harimau Muda 100x lebih sedih kerana mereka berada di atas padang, jika kita tidak terus menyokong apa guna kita sebagai pemain ke 12 yer dak..??


Jangan hanya memuji bila menang, mengutuk bila kalah..itu bukan penyokong setia tetapi hanya pandai berkata-kata. derm yu..!!


Tiada seorang pemain pun mahukan kekalahan.., OKS pun tahu silap dia tu...so jangan nak beremosi kutuk-kutuk syok sendiri dekat facebook tu.., pemain harimau muda pun tak baca status korang ok..('',)


Gua selaku admin Facebook Harimau Muda, Harimau Malaya dan Malaysia Football Team geram jer baca komen yang langsung melambangkan bukan kaki bola..derm..!!


"kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai,
kalau takut team kalah, jgn sibuk nak tgk bola.. ('',) "


p/s : nazmi tu hensem kan...('',)

Sunday, November 27, 2011

Padan Muka Gua..,Orang sarawak marah..hihi

Gua di sekitar waterfront kuching lupa apa nama belakang tu..hihi

**************

Berbekalkan entri gua yang review pasal KUCHING, klik SINI

Padan muka gua kena sound..hahaha, betul gak apa yang mereka cakap..hihi

Gua kata kuching tak best...sekali


Betul jugak apa yang mereka cakap, gua rasa tak best sebab gua jalan kaki jer..hahaha

Apa yang sunah cakap pun betul, bini gua pun cakap kek lapis hafifi lagi best...('',)




Gua lupa yang yana dah pernah pergi kuching.., rupanya dalam blog yana dah cerita pasal banyak tempat di kuching yang best..hahaha..bengap tol gua

Yana ada review pergi KUCHING tempat best tengok

SINI <--kek lapis
SINI <--- tempat makan best

Gua tak pergi pun 2 tempat tu..derm..!!





Miss eya cakap ni pun betul..., gua pergi dengan member gua main redah dan ikut sukati kitorang..., silap gua tak survey gak..padahal yana dah pernah pergi...


********************

Ramai rupanya rakan blogger ni orang sarawak.., awat la tak habaq kat cek awai-awai...derm..!!
Moral of the story nak pergi jalan baik wusha dan survey dulu tempat best,


Cerita di SARAWAK(kuching)

cerita pengalaman naik kapal terbang SINI<---
cerita pasal hotel SINI<----
cerita bergambar SINI <------



p/s : minggu depan ni gua pergi langkawi.., siapa ada area sana mai lepak dan bawak gua jalan-jalan


Saturday, November 26, 2011

Gambar Gua di Sarawak

Cerita di KUCHING PART3


Gua tak tau nak update apa..gambar gua pergi sarawak banyak sangat...so gua letak gambar jer..


 Naik bot pergi beli kek batik DAYANG SAL apa tah...lupa nama





 Lokasi kejadian tempat beli Kek Lapis Sarawak




Tempat Shoping Ikan Terubuk di Pasar Satok


 Tak pandang kamera sebab pandang awek sarawak


gua tak makan ikan, tapi gua tengok ramai orang beli, gua pun beli..haha

 Mercu tanda Pasar Satok


Gua tak tau apa motif gambar ni


*******************

Secara peribadi bagi gua kuching takda apa pun tempat yang menarik.., nak melancong kat sini pun takda apa yang best..., kek lapis jer la kot...

cerita naik kapal terbang SINI<---
cerita pasal htel SINI<----


Sekian...Peace(~_^)


p/s : selamat menyambut awal muharam

Friday, November 25, 2011

Biodata Nazmi Faiz Mansor

Nazmi Faiz
Nazmi Faiz Mansor

Nama Nazmi Faiz Mansor pemain paling muda harimau muda sekarang sering dibualkan oleh semua peminat bola sepak tanah air, gua secara peribadi juga meminati corak permainan si kecil Nazmi Faiz Mansor

Mukanya yang seiras pemain bola sepak brazil iaitu kaka dan juga corak permainan seperti farbegas ini menjadi bualan peminat tanah air kerana mutu persembahannya yang mantap ketika sukan sea di indonesia

Di sini gua kongsikan Biodata Muhd Nazmi Faiz Mansor


*********************

Name : Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor

Nama Panggilan : Nami,  Nazmi

Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Asal : Keramat, Kuala Lumpur

Umur : 17 Tahun

Tinggi : 1.67m

Posisi : Tengah

Pasukan : Harimau Muda B

Antarabangsa : Harimau Muda (Bawah 23)

Jurulatih Individu : Ujang9897

 *********************

Ini petikan dari UTUSAN mengenai SPM Nazmi Faiz

Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 November lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau,” kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama hari ini.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata, walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka,” katanya

******

Gambar Nazmi Faiz Mansor 



Nazmi Faiz Mansor

*************


tags :mohd Nazmi faiz mansor, biodata muhd nazmi faiz, faiz nazmi, tarikh lahir nazmi faiz mansor, awek faiz nazmi mansor, biodatas pesnuh faiz nazmi mansor, nama pemain harimau muda paling muda, pemain berusia 17tahun malaysia, nama awek nazmi mansor, gambar nazmi faiz, biografi nazmi faiz, biodata nazmi faiz,nama awek nazmi faiz mansor, kekasih nazmi faiz mansor, pemain 17 tahun harimau muda malaysia, tempat lahir nazmi faiz mansor

Hidup Kekal Abadi Selamanya

Jumaat seperti biasa entri olahan dari abang gua Zabid9897



Siapa kat sini pernah tengok cerita Dragon Ball, gua sebagai budak comel sudah pasti peminat setia Dragon Ball.


Dalam cerita Dragon Ball kebanyakan org jahat nak carik Dragon Ball sebab nak hidup kekal abadi selamanya yer dak..?


Tapi maksud yang gua nak sampaikan  adalah hidup kekal abadi untuk kita hidup di akhirat Kelak (",)




Matlamat kita dalam kehidupan ini bakal membinasakan kita kelak jika matlamat tersebut Tiada kaitan dengan kehidupan Kita yg kekal abadi iaitu di SYURGA.


Usah kita fokuskan untuk kehidupan yang sementara ini sehingga kita lupa pada kehidupan yg kekal abadi..

*********************

"Anda Buat, Anda Dapat"


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : tak siap lagi review blog ni..derm..!!!!

Thursday, November 24, 2011

Hotel Gua Naif..Kesian...

Cerita di KUCHING PART 2

*****************


Gua sambung cerita gua di KUCHING ok...,

Hari tu gua dah story pengalaman pertama gua menaiki Kapal Terbang...klik SINI



Tu dia...budak-budak kampung yang pertama kali sampai di Kuching mesti la tak lekang dengan bergambar sakan yer dak..??


Kami semua ditempatkan di sebuah hotel yang diberi nama HOTEL ARIFF.



Member gua yang gemuk sebelah gua itu bernama fairus.., gua tak gemuk harap maklum...



Tempat penginapan kami ini kesian gua tengok.., tapi dah tempatnya kesian sudah pasti la orang yang menginapnya lagi kesian yer dak..?? derm...!!!!


Gua hampir tidak percaya yang hotelnya masih menggunakan  menatang untuk menaip tu..tah apa jadah namanya pun gua tak pasti..zaman sekarang hotel bajet orang buat beromen tu pun guna komputer dah kan..


Hurm..nak buat macam mana, nasib badan..."berat mata memandang berat lagi bahu memikul" gitu la gamaknya yang gua kena tidur selama 3hari 2 malam di HOTEL ARIFF.




Lihat la muka-muka member gua yang agak terkejut dengan rupa paras hotel ariff ni..hihi



******************

Dari cerita orang-orang sana, hotel ariff ni berhantu.., tapi 2 malam gua tidur takda apa-apa ganguan..kira ok la.


Yang lawaknya malam-malam depan hotel ni ada bapok-bapok berkeliaran, gua sebagai orang beriman tak layan dan pandang bapok-bapok yang berkeliaran...geli gua tengok tetek buatan sendiri ni..tak tau la korang suka..hahahaha
Tu kalau bapok..,kalau pompuan betul konfom gua layan..hahahaha..gila apa rezeki depan mata tak tengok yer dak..??? ish..ish..ish..jangan ikut peragai gua..salah tu..


Apa pun kami tetap bersyukur yang kami disediakan tempat tidur...


Sekian...Peace (~_^)v


Wednesday, November 23, 2011

Pengalaman si budak 1st time naik Kapal Terbang.

Cerita di KUCHING PART1

Ija menunjukkan tanda "good luck" kepada gua


***********
 
Selama 3 hari gua tak beronline dan update blog, terasa macam hilang stim wo...!!!


Baru 3 hari jer yer dak..? minggu depan seminggu gua tak dapat online..derm..!!


Minggu lepas gua ada cerita pasal budak tak pernah naik kapal terbang kan..klik SINI, ramai gak yang agak bengap mengatakan gua hina orang kampung...derm..!! tajuk entri gua



Dengan tajuk jer gua dah kena kutuk..hahaha, tak baca entri gitu ler gamaknya..entri tu gua bercerita pasal diri gua la..gua la insan yang tak pernah naik kapal terbang tu....ish...FAK..ri  sarani betul..('',)
**********************

Ok disebabkan 3 hari lepas gua ke KUCHING dengan itu pertama kalinya dalam hidup gua menaiki kapal terbang..so gua agak jakun la..haha..

Gua sampai KLIA tu dah berlambak kali dah.., selalunya pergi hantar orang jer, tapi kali ini gua sendiri yang nak terbang..maka dengan JAKUNnya bergambar la gua..

Sementara menunggu kapal terbang tu bersiap...gua lepak-lepak dulu

Berbekalkan kamera Nikon D3100 gua, gua suruh member gua tolong amikkan gambar


Geng UPM ke KUCHING

Lepas amik gambar atas tu gua tak puas hati sebab nanti orang kata gambar macam dekat opis jer kan.

So gua pun bersuara  "wei fairus, amik la gambar nampak kapal terbang baru orang tau aku naik kapal terbang"

"hek eleh kau ni, macam pertama kali pulak naik kapal terbang" jawap member gua

gua dengan yakin terus menjawap "apa bangang sangat kau ni.., memang aku 1st time la der"

"owh...yer ker aku pun 1st time" jawap member gua yang sengal itu

"dah-dah cepat amik gambar aku"

*"klik..!!!"
bunyi kamera nikon D3100 gua


"wei satu lagi.., aku tak pandang kamera, aku terpandang pramugari tadi" arah gua kepada fairus

"gampang gak kau ni kan ujang, bini dah mengandung pun menggatal lagi" marah fairus kepada gua

"cepat la amik...bebel pulak kau., derm..."

"klik..."

Gitu la dia senyuman jejaka tampan dari beberapa warga UPM, gua dan member gua yang berjaket hitam itu 1st time naik kapal terbang.

Selang beberapa minit gua pun masuk ke dalam perut Kapal Terbang

*************

 Masuk jer dalam perut kapal terbang gua disajikan dengan pandangan yang cantik iaitu 2 orang pramugari

"selamat datang...,selamat pagi encik..," tegur 2 orang pramugari kepada gua

"terima kasih.." jawap gua ringkas sambil memandang tepat ke dada pramugari itu yang tertulis nama Nurul dan Chistina (pandang dada untuk tengok nama)

*************

Selepas Kapal Terbang berlepas dari airport, dan keadaan kapal terbang stabil gua tengok si nurul dan christina sibuk memberi makanan kepada  penumpang dengan penuh senyuman

Bila tiba di tempat gua Nurul bertanya kepada gua

"makan apa encik, nasi goreng udang atau nasi lemak udang.." sambil melemparkan senyuman yang cukup manis

" derm..udang..??" hati kecil gua berkata
(gua tak mkn udang)

"takpa la nurul kasi saya air jer, jus oren ok" jawap gua ringkas tanda kecewa


*************

Selepas selesai semua dihidang makanan tetiba pilot bersuara

" sebentar lagi kita akan mendarat di lapangan terbang kucing, diminta penumpang memakai tali pinggang keselamatan"

Gua dalam masa yang sama agak cuak gak bila nak mendarat ni.., gayat woi...terasa jantung tertinggal kat atas udara pun ada..derm..!!!

Bergegar kapal terbang bila langgar awan.., 1st time biasa la kan..

Bila makin ke bawah kapal terbang, telinga gua tetiba terasa pekak dan berdesing !! cuak dah gua

Member gua ajar dia cakap telan air liur..., gua pun dengan sepantas kilat telan air liur..tapi masih pekak lagi...hahahahaha

Bila dah landing dan keluar jer dari perut kapal terbang telinga gua masih pekak..derm..!! gua dah macam tak boleh terima kenyataan yang gua akan pekak..
Gua telan lagi air liur banyak-banyak dan minum air, lama-lama pekak gua hilang...ALHAMDULILLAH


Gitu la gamaknya seorang budak kampung yang 1st time naik kapal terbang..., sakai kan...('',)


Sekian....Peace (~_^)v


p/s : kejap lagi sibuk review blog orang..



Penyokong Hilang Hanya Salah Paham



"Maklumat diterima dari Embassy Msia di Jakarta, seorang penyokong malaysia Missing selepas menonton final match bola sepak. Ahmad fidaus bin arham. Ic 850512055293. Hanya jumpa beg baju and walet ."


Gitu la gamaknya berita awal yang di terima.....tapi rupanya salah paham...baca dari Informasi.my


********************

KUALA LUMPUR: Facebook dan Twitter, semalam, gempar dengan berita kehilangan seorang penyokong skuad negara ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Berita Ahmad Firdaus Arham, 26, hilang tersebar di Facebook dan Twitter selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg pakaian dan dompetnya yang ditemui dalam stadium ketika perlawanan akhir Isnin lalu.
Namun, berita terbabit hanya salah faham dan Ahmad Firdaus sebenarnya selamat di tanah air selepas pulang dari negara berkenaan, pagi semalam.

“Saya tidak hilang…saya selamat, semua ini salah faham, sebenarnya saya dirompak ketika berada dalam tandas di kompleks Mangga 2 di Jakarta menyebabkan dompet saya hilang.

“Saya juga tidak pergi menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia itu sebaliknya ke Jakarta atas urusan kerja,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana dompetnya boleh ditemui dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan mungkin orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu dan perkara terbabit juga sudah dimaklumkan kepada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menceritakan kisah sebenar, Ahmad Firdaus yang juga pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam Sabtu lalu.

“Saya kemudian ke balai polis, namun pegawai di situ memberitahu saya masih mempunyai pasport dan tidak perlu membuat laporan berhubung kehilangan dompet.

“Ini hanya salah faham dan saya terkejut apabila nama saya heboh diperkatakan di Facebook dan Twitter kononnya hilang di Jakarta,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Jakarta, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan yang dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan bersyukur Ahmad Firdaus kini selamat berada di tanah air

Monday, November 21, 2011

Gua Nak Review Blog,..meh meh

otopublish

IKLAN
Lisa : Ujang , u tak online biar i jaga blog u ok
Ujang : Baik la lisa..


**************


Hari ini gua sudah berlepas ke Kuching atas urusan kerja dan buat pertama kali juga dalam sejarah gua akan naik kapal terbang..haha

Selama 3 hari gua di Kuching gua rasa gua tak dapat on9 kot..derm..!!

Minggu depannya pulak gua akan ke langkawi selama seminggu dan pastinya juga tak dapat on9...grrrr

Jadi dengan seminggunya gua tak dapat online nanti, gua ingat nak buat autopublish awal2 entri review blogger...,gua akan start publish entri blog review ni dari 29/11/11 - 8/12/11

Contoh review yang akan gua buat klik SINI


***********


Sesuai untuk blogger yang baru ('',)

Sesiapa nak gua review sila la ikut langkah dibawah :

- Buat entri bertajuk bebas (contoh: review blog by ujang)
- Letak header blog sendiri atau gambar sendiri (untuk gua tepek di entri gua nanti)
- Dalam entri komen dan kutuk sikit pasal blog gua (tak wajib)
- Hantar link entri yang dah siap ke komen entri ini ok.
(tarikh tutup 22/11/11)


Gua akan komen blog korang mengikut pandangan dan pendapat gua ok .., satu entri dalam 2-3 blogger gua akan review mengikut keadaan..,contoh tengok SINI


Nak dapatkan trafik dari review ni gua tak jamin ok, sebab trafik blog gua pun tak tinggi...hahahaha, sekadar nak tau apa komen gua untuk blog korang boleh ler join k.



Kalau rasa nak join sila la ok.., kalau tanak join jangan kutuk..hahahaha

Salam kenal dari gua..
-ujang


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : lagi 3 hari gua akan on9 balik...

Sunday, November 20, 2011

Keputusan Malaysia vs Myanmar | Keputusan Indonesia vs Vietnam | Separuh Akhir Sukan Sea Indonesia 2011

Malaysia vs Myanmar Results

Keputusan separuh akhir bola sepak SUKAN SEA 2011 kali ini memihak kepada 2 Negara dari Kumpulan A iaitu Malaysia dan Indonesia

Malaysia vs Myanmar dengan keputusan 1-0
Indonesia vs Vietnam dengan keputusan 2-0



PEMAIN Malaysia, Ahmad Fakri Saarani (dua dari kiri) menjaringkan gol tunggal ketika bertemu Myanmar pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA Indonesia 2011 di Gelora Bung Karno, di sini hari ini. Malaysia menewaskan Myanmar 1-0.


Video jaringan daripada Fakri..




Video Hightlight Malaysia vs Myanmar




 

PEMAIN Malaysia gembira selepas tamat perlawanan peringkat separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno. Malaysia menang 1-0 layak ke peringkat akhir

Malaysia akan bertemu semula dengan Indonesia di Final nanti....!!!

tags : keputusan bola sepak sukan sea separuh akhir, keputusan Malaysia vs myanmar, results malaysia vs myanmar 2011, malaysia vs myanmar sukan sea 2011 results , keputusan indonesia vs vietnam, results indonesia vs vietnam sukan sea 2011, vietnam vs indonesia results,