Monday, August 29, 2011

5 Sebab Kenapa Gua Benci Manchester United

Gua pasti di Malaysia peminat Manchester United ni agak ramai berbanding dengan Peminat pasukan yang lain.., tapi gua sebagai pembenci Man U gua tak suka Man U...!!




1. Poyo dan Berlagak

- Kajian Prof Ujang mengatakan 97% penyokong man u mempunyai sifat yang Poyo...bukan itu sahaja, mereka juga terkenal dengan sikap berlagak dan angkuh dah terlalu tinggi mungkin ini semua disebabkan oleh sikap pemain man u sendiri yang ada jadi mereka juga terikut sama. benci benci benci..!!!


2. Fanatik Yang Melampau

- Sifat ataupun sikap penyokong Manchester United ni tidak boleh dibendung lagi dengan fanatiknya yang melampaui batas, ini mungkin kerana adanya sifat seperti di NO1 itu menyebabkan mereka jadi begini. Sebagai contoh paling ketara kita dapat melihat penyokong Man U ini lebih gemarkan menyokong pasukan Man U berbanding pasukan Malaysia..mereka sangat fanatik...whathefish.....!!!!!!!


3. Logo Setan

- Gua takda point nak kutuk so point logo SETAN juga boleh menjadi point penting kenapa gua benci Man U..hahahaha


4. Pemain Man U Gay

- Sebab yang agak ketara juga adalah pemainnya ramai yang gay..!! dan gua tau siapa yang minat Man U ini juga GAY..hahhaha, gua tak tipu ni bukti gambar pemain Man U gay


"come to papa...come to papa.."  katanya..


eeeuuuwwwwwwwwwwwwww......goli den..!!

5. Tak kedekut Kredit

- Ini point paling utama.., kenapa Fan Man U time korang dapat kalahkan Arsenal jer korang rajin gila hantar SMS kepada gua..!! semalam jer gua dapat lebih 20 sms yang kesemuanya bukan SMS mengucapkan selamat hari raya.. tapi antara sms yang gua dapat semalam...

- "meriam katak = meriam buluh"

- Padan la farbegas dgn nasri tinggalkan Arsenal..team ayam penyet rupanya"

" raya makin bermakna,boleh pakai baju merah g sembayang raya"

" Arsengal bodoh"

" mungkin raya ini tak terlalu indah buat kau"

"raya ni jangan main meriam ok.."


Banyak lagi la..malas gua nak taip..., tak ke sedih gua dapat SMS macam tu...=(  tu belum campur dengan kutukan di Facebook..!!!!! grrrrrrrrrrrr



Moral Of The Story

- Jom la ramai-ramai kita benci Man U..hahaha

- Sokong la pasukan Arsenal..hahahaha


p/s : jangan marah ek..., gurau2 je.. ('',)

Sunday, August 28, 2011

Jangan Nak Seronok Sangat La Naz Oi..!!




Baru-baru ni gua ada lepak dengan member gua, nama dia Naz..

Naz merupakan seorang budak yang baik tetapi agak jahil dan seorang yang agak susah di bawa bincang

 Alkisahnya...........

 ***************

Naz : jang kau ni sedih jer nak raya.., jadah apa..??

Ujang : hurm....

Naz : muka hensem tapi nak sedih-sedih bila nak raya..fakyu la

Ujang : bulan ramadhan dah nak abis la gila..

Naz : bagus la..boleh aku beronani..hahahaha

Ujang : hurm..lantak kau la


***************

 *Cerita adalah rekaan semata-mata, tapi naz ni memang bongok...lalalala


Sekian..Peace (~_^)v


"Ramai yang sukacita bila datangnya Syawal..tapi tak ramai yang dukacita bila perginya Ramadhan"


p/s : amacam puasa best~~? 

Saturday, August 27, 2011

Lisa Surihani dan Juliana Evans Patut tolak pencalonan ini..!!

Lisa dan Gua

Juliana dan Gua


Bukan tolak pencalonan jadi awek gua tapi pencalonan lain..heeee


Gua rasa Lisa Surihani dan Juliana Evans tak bersalah dalam pencalonan ini.., tapi gua rasa jugak mereka berhak menolak pencalonan ini..,dan gua pun rasa mereka berdua tak tahu apa2.., asyik rasa jer..grrrr


Kenapa perlu tolak..?? sebab penganjur dan sponsor dia dah terang-terang jenama arak..so dalam Islam wajib la tolak yer dak...?? pihak penganjur pun harap hormat sensetiviti orang islam...derm gua tak reti eja..hahah


Apa yang gua maksudkan ialah pencalonan ini...(tau dari abg nara)




gambar amik dari abang nara


untuk gambar lagi jelas di link ini
 


Dua-dua gua pernah jumpa dan dua-dua memang cun...hee


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : entri gosip ker ni ek..??? tak kan...=)



Nampak cornec (18sx)




Gambar yang gua nak tunjuk ini, gua rasa ramai yang dah tengok dan ramai gak yang belum tengok...so gua tepek jer la ek,


Gua mula-mula tak paham dan blur juga bila tengok menatang ni..., tapi lama-lama tengok baru gua perasan hahahha


Pelik jugak mamat ni boleh terkantoi dan terbangang pulak pergi upload gambar nak jual barang dekat mudah.my ni...


Ce tengok...ce tengok....




kredit gambar kepada baikpunyer


Adakah lu orang semua perasan apa benda yang ditunjukkan..?? adakah buah kurma..?? adakah fender kereta..??? ataupun benda lain...???


Tapi dari tajuk entri gua ini, gua pasti ramai yang dah boleh tengok apa yang menarik dari gambar tu yer dak..?? hahaha


Gua rasa mamat yang nak jual dalam gambar tu Hamzah Ian la..hahaha, takpun Nazirulhazwan...('',)


Siapa yang tak paham gak tengok 2 kali..tak paham gak tengok 3 kali...tak paham gak lu pikir la sendiri..


Sekian....Peace (~_^)v



p/s : ramai ker yang dah bercuti ek


Friday, August 26, 2011

Jerung Garang

Sebut jerung jer mesti orang dah terbayang macam mana garangnya binatang ni ye dak..??

Tapi apa yang gua nak cakap ni bukan pasal binatang..., tapi pasal seorang blogger yang nama blognya SARANG JERUNG ('',)

Mamat ni gua baru jer kenal..dan dia mula berblog tak silap gua Januari 2011 jadi bermakna blog gua tua sebulan la dari blog dia...hehe

Biodata Din Jerung


Nama : Ahmad Izzudin bin Abdul Razak

Nama Ganas : Din Jerung

Tarikh Lahir : 15 Mei 1988

Tempat Lahir : Terengganu

Tempat tinggal : Terengganu juga..

Kerja : Akan bekerja nanti

Artis Kegemaran : Amir Raja Lawak dan Ujang9897

Sila like page yg menggerunkan ni: http://www.facebook.com/SarangJerung


 ****************

Dari segi blog gua tak reti nak review sangat.., sebab dia guna wordpress so gua kureng sikit pasal wordpress ni..('',)

Lagi satu gua memang kurang suka kalau guna readmore.., tapi penggunaan readmore penting untuk mendapat Pageview, terpulang..('',)

Siapa rajin terjah la abang hensem Jerung kita ni...('',) kasi salam perkenalan dekat beliau... kita blogger ni bagusnya saling kenal dengan positif yer dak..??

Bukannya kita ada blog tapi suka sibuk mengata blog orang lain..sampai status Facebook pun duk cerita kutuk orang..orang sibuk pasal raya tapi dia sibuk kutuk orang..jangan la jadi blogger bangang ('',)

Ok la...dari gua nak cerita pasal din kang tercerita pasal blogger lain...jadi sila la terjah la



Sekian...Peace (~_^)v

P/S : pengenalan kawan baru di blog merupakan keseronokan kita..


Thursday, August 25, 2011

Blogger Bangang...!!!



Gua ada seorang kawan bernama Dani, Dani merupakan seorang tutor di tempat gua berkerja sekarang. Dani tiada blog tetapi seorang yang suka membaca blog...

Baru-baru ini dani bertanyakan sesuatu kepada gua


 *********

Lokasi : makmal avionik
Masa : 2.00pm


Dani : ujang, kenapa aku tengok blogger sekarang macam bangang jer..??

Ujang : derm yu...aku ada blog gak wei..kau kata aku bangang ker..??

Dani : takda la..,aku biasa jer masuk blog kau jadi silent reader...hehe , tapi tadi aku masuk blog siapa tah..,aku tengok dia macam kutuk orang jer...,dulu aku baca blog takda pun isu-isu macam ni.

Ujang : entah la wei..aku pun baru lagi dalam blog ni.., yang kau rasa bangang tu memang bangang la kot..hahahaha

Dani : kau ada blog, tak payah la buat blog sibuk-sibuk kata orang lain tak bagus wei..macam budak2, yang bangang tu pun aku tengok banyak budak-budak lagi. tapi pelajar Universiti.

Ujang : kau ni memandai jer.., siapa blogger tu...?

Dani : nama dia ujang..hahahaha, takda la..aku tak ingat siapa..

Ujang : grrrrrrrrr


***************


Blog bagi gua seperti diari..,

Apa yang berlaku dalam hidup bebelkan apa sahaja....itulah dinamakan blog persendirian tak kira pendek atau panjang penulisan  seseorang itu..

Kalau blog entri penuh dengan kutukan dan sibuk hal orang lain, itu bukan nya blog...tapi itu GOBLOG goblok...('',)


"Jangan benci seseorang itu, takut orang yang kita benci itu kesayangan ALLAH"


Sekian...Peace (~_^)v

Entri gua yang lain pasal member opis gua "Cebok Bontot" (klik)

p/s :  penuh dengan pancaroba rupanya dunia blog ni..hahahaha




Wednesday, August 24, 2011

Fak....!!! versi 4

FAK versi 4



 
Kali ini sudah sampai versi 4..., untuk FAK sebelum ini sila rajin-rajin wusha ok...heee..,

So minggu ini gua  keluarkan lagi entri edisi FAK......


Ade 3 fakta ~ ~




Fakta Pertama :

-Manusia normal tidak boleh menyentuh keseluruhan giginya menggunakan lidahnye sendiri..try laa~

Fakta Kedua :   

- Ramai Owg try sentuh keseluruhan gigi masing-masing dgn lidahnye..

Fakta Ketiga :

Fakta Pertama adalah auta~ Hehe..


Sekian...Peace (~_^)v

Fak versi 1, Fak versi 2, Fak Versi 3


p/s : siapa baca blog gua dia baik hati..., ini fakta


Wordless Rabu (Rindu)


Hurm........!!!!!!!

Tak Penuh

Gambar Penuh



Gua amik gambar ni pun sebab google tadi...amik dari blog orang lain...

Siapa yang dah lama kenal gua pasti mengenali gambar di atas.....rindunya.....~ ~


Sekian..Peace (~_^)v


p/s : gua rindu reader blog gua gak..ramai dah hilang..

Tuesday, August 23, 2011

Meh Gua Motivasi Sikit



Gua pelik dan rasa kelakar betul dengan bangsa gua sendiri iaitu melayu..., gua cakap ini termasuk untuk diri gua sendiri ok..!! hee


Ramai gua tengok sekarang ni saling suka jatuh menjatuhkan orang lain...bukan dalam dunia blog jer, dunia realiti pun ada malahan lagi banyak...!! derm yu..


Jadi meh sini gua nak motivasi diri gua dan kawan-kawan yang baca blog gua dengan kata-kata perangsang, bukan nak beromen jer kene perangsang wei.., nak hidup pun kena rangsangan..hahaha


Segala ilmu motivasi diri, gua dapat di CNI

Pakar Motivasi



************

1. Gabungkan dan praktikkan semua ilmu yang anda ada dan anda akan berada setapak lebih kehadapan berbanding orang lain.

Knowledge is always power. =)


2. Elakkan banyak merungut apabila menghadapi dugaan, cabaran dan masalah ketika bekerja, tapi fokuskanlah fikiran kita pada jalan penyelesaiannya.

Ubah cara kita berfikir dan metod yang digunakan, insyaAllah bertemu jawapan. =)


3. Salah satu cara untuk mengurangkan stress sosial (seperti konflik, perselisihan, pergaduhan atau perbezaan pendapat) adalah dengan selalu memujuk diri agar berlapang dada.

Jangan diturutkan hati dan perasaan tidak puas hati yang sedang memuncak. Kesannya pasti buruk untuk diri kita dan orang di sekeliling.

Orang yang berlapang dada akan mudah 'melihat' masalah dan 'nampak' jalan penyelesaian yang lebih mantap untuk menghadapi permasalahan yang timbul. =)


*************

"Berbuat baiklah pada semua orang walaupun dengan orang yang kurang baik terhadapmu. Bukan kerana mereka tidak baik,Tetapi andalah yang baik."



Sekian...Peace (~_^)v


p/s : jangan malas baca ek...hee



Monday, August 22, 2011

Aaaaaaaaaaammmmmiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnn!!!



Setakat bulan ramadhan ini gua tak tinggal sembahyang tarawih lagi... setiap hari gua akan sampai awal di surau berdekatan dengan rumah gua iaitu surau al-mujahiddin..gua juga la orang pertama yang akan menyambut kedatangan jemaah yang lain dengan melemparkan senyuman,tidak kira lelaki ataupun wanita....~ ~takda la..gua tipu jer..gua selalu tinggal solat tarawih..(~_~)


Tadi gua pergi la tawawih..,gua tak ingat ini tarawih gua yang ke berapa untuk tahun ini.., yang pasti gua pergi la tarawih ok..!


Apa yang gua perasan mula-mula minggu pertama tarawih gua perhatikan surau ditempat gua ini penuh dengan orang sampai time sembahyang tarawih terkeluar-keluar dari kawasan surau.


Tapi tadi gua pergi tarawih lebih kurang 8 saf jer tinggal..,yang gua tengok tak berubah jumlah kedatangan ialah budak-budak..


Bebudak ni kalau tarawih memang best.., gua paling suka part lepas surah Al-fatihah..bila imam habis baca surah Al-fatihah jer, geng budak-budak ini akan ramai-ramai sebut..


"Aaaaaaammmmmmiiiiiiiinnnnnn....~ ~ ~ ! ! ! !"


Part sebut amin tu memang gemuruh satu surau tu dengar suara dorg jer.., lepas amin mereka akan meneruskan permainan kejar mengejar mereka...derm..!! gangu wei....!!! siap mencarut-carut lagi, antara carutan dan bualan yang gua ingat tadi


"barbie la kau wei.., bak balik songkok aku"

"fukimak la.., sakit dow.."

"woi sial mercun kau ada lagi tak"


 Tak ker agak kuang ajar ayat mereka tu..tapi takpa.., gua paham jer sebab gua dulu-dulu macam tu gak...hahahaha, 
 

Sekian...Peace (~_^)v


p/s : tempat korang tarawih penuh tak ek.., ker tak pergi tarawih ni..heee



Semuanya Tentang Bra

Ini ialah BRA

 
Gua tak paham kenapa dalam bulan-bulan puasa ni member gua kasi gua email mengenai BRA ni.., tapi t dari bacaan gua betul jugak.hahahaah

Ini diantara persoalan dan jawapan mengenai BRA, agak bangang jugak la kan...grrrrrr


**************


Q: Which is the striped BRA?
zeBRA

Q: Poisonous BRA?
coBRA

Q: Mathematical BRA?
algeBRA

Q: Sunsign BRA?
liBRA

Q: Magical BRA?
aaBRA ka daBRA

Q: Religious BRA
BRA hmin!

Q: Metallic bra
BRAss

Q: Anjelina jolly' Bra
BRAd pit..

Q: Botany BRA
BRAnch

Q: Marketing BRA
BRAnd!

Q: AMERICAN PRESIDENTIAL BRA
BRAaak Obama

Q: puctuation k liye bra
BRAcket

Q: Scary bra....
GhaBRAahat!!!!

Q: Cricketers ka bra
BRAdd hogg

Q: How does d donkey cry...
BRAAAAA!!
Braaaaa!!
Braaaaaaaaaa!!!


Q: a room where BRA's are kept..
LiBRAry

Q: Bra which became the american president and inspired the whole world,
aBRAham Lincoln!

Q: The BRA which holds the record for most no of T20 runs in an innings?
BRAndon McCullum.

Q: which bra is very important for any vehicle
BRAke


********** 



Sejak kebelakangan ini, perut gua semakin buncit.., bukan itu sahaja..malahan buah dada gua pun semakin besar...derm..!!!! dah macam boleh pakai bra pun ada...=(


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : teringin makan satey la...

Terima Kasih Muzik FM




Jumaat lepas gua berkesempatan berbuka puasa secara percuma di Kuala Lumpur International Hotel anjuran bersama dengan MUZIK FM




 Menu berbuka puasa malas gua nak tepek gambar di blog ni...kalau rajin pergi wusha di blog si YANA di SINI..


 Antara artis yang hadir untuk memeriahkan majlis berbuka puasa ini ialah , Yazid (penyayi lagu bila bunga dipetik orang) Azura (artis baru) Nubhan dan Hafiz




 Majlis berbuka puasa ini untuk meraikan Kanak-kanak Yayasan Chow Kit, gua mendapat jemputan untuk kategori pendengar Muzik FM..


Tapi gua dapat jemputan ini dari member gua iaitu DJ Muzik FM bernama Muaz


Muaz dan Gua


Pada masa yang sama juga Yana boleh pulak ala-ala jejak kasih, sebab dia baru tahu yang makcik dia DJ Muzik FM bernama lynn zainol


Gua, Dj Lynn Zainol(makcik yana), Yana


Lepas makan-makan seperti biasa artis jemputan menjalankan tugas mereka untuk menghiburkan para tetamu yang hadir termasuk gua la..hihi



Nubhan : Kata hati

Bro Yazid : Bila Bunga Dipetik Orang

Azura : Lagu baru

Hafiz : Awan Nano , Noktah Cinta , Lagu Raya


Dan akhir sekali seperti biasa gua dengan poyo bergambar bersama Artis Jemputan


 
 Memang sedap suara mamat ni nyanyi live..!!!
Otaimer nie......


Bersama Muzik FM jugak la pada tahun lepas untuk majlis berbuka puasa  gua dapat berjumpa dengan Heliza....gambarnya ceritanya di SINI




Akhir kata dari gua..terima kasih sekali lagi kepada Muzik FM, muaz..tahun depan ajak aku lagi ek...hee


Sekian...Peace (~_^)v


p/s :  balik berbuka puasa terus g jalan TAR, memang jahanam gila jerm..!!!!

Sunday, August 21, 2011

Berbuka Puasa Di Residence Hotel dan Bayar Zakat



 Khamis iaitu malam jumaat yang lepas gua bersama Yana berbuka puasa di Hotel Residence,Uniten bersama abang gua dan akak ipar gua

Menu disini bagi gua sangat puas hati sebab banyak gila makanan , harga Buffet Berbuka puasa di Hotel Residence ialah rm69.60 , mahal tak...?? bagi gua mahal la..hahaha, tapi murah dikalangan hotel-hotel yang setarafnya yang lain.

Gua makan free jer di sini sebab orang berlanja...hee, gambar makanan dan situasi di hotel ni boleh la tengok di blog YANA ek....di SINI,

 muka mintak kena jelujor...


Gua melantak di situ dari berbuka puasa sampai pukul 10pm..baru betul-betul puas makan yer dak..,

Sebelum waktu berbuka tu gua ternampak kaunter bayar zakar, so dengan buat pertama kalinya dalam hidup gua, gua bayar zakat untuk 2 orang termasuk isteri gua iaitu YANA..weeehuuuuuuu




Dah  macam nak akad nikah dah bayar zakat ni.. hihi,dengan itu tertunailah rukun islam ke 4 gua sebagai umat islam. siapa belum bayar zakat tu sila la bayar secepat mungkin orait..



Siapa nak cuba berbuka puasa disini bagi gua sangat puas hati sebab makanan dia banyak gila pilihan...hehe.., lagi best berbuka puasa bersama pasangan dan keluarga, jangan la berbuka puasa sorang2 pulak..tak ke macam orang gila jer..hahaha


Yana bersama anak buah gua bernama zuyyin eimanina


Geram wo dekat anak buah gua ni....


Sekian....Peace (~_^)v


p/s : napa perut buncit gua tak turun ek puasa ni..=(


Penat....~ ~

 Gua sangat penat....!!!!


Bukan beromen bersukan jer penat tau.., tapi makan pun penat...hihi


3 hari berturut-turut gua berbuka puasa secara percuma di 3 tempat yang berlainan sejak hari khamis hari itu, bermula di


Hotel Residence, Kuala Lumpur International Hotel dan Headquarters CNI..


Kenapa percuma..?? sebab orang berlanja la..hihi, apa yang gua nak ceritakan ni bukan sebab dapat makan free tapi punya la penatnya makan di luar ni...grrrr Lain kali gua tepek gambar makan diluar di setiap tempat dan aktiviti yang ada.., walaupun Yana dah tepek di blog dia, gua tetap akan tepek gambar di blog gua sebab gua nak poyo bergambar dengan artis....('',)




Dah macam entri pompuan pulak entri gua ni...hahahaha, sebenarnya gua nak upload gambar tadi, tapi line internet agak jahanam pulak sekarang ni, so gua bebel la ayat2 yang agak jibauk ni


Owh..sebelum gua lupa..,gua dapat ilmu baru malam ni..sebenarnya dah lama gua tahu tapi gua tak amalkan.hee, ilmu yang gua maksudkan ialah "jangan kencing berdiri" akan gua olahkan di entri suatu hari nanti (saja tulis takut terlupa)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : apa jadah punya bebelan pun gua tak tau ni...nasib baik hari minggu tak ramai org online..hee, bye



Saturday, August 20, 2011

Blogger Misteri

Salam..........~ ~ ~

Hai dah makan belum..??


Ni gua nak kenalkan blogger misteri yang tak diketahui wajahnya..yang gua tahu dia berjantina perempuan..,('',)


Gua nak ga curik gambar dia kalau ada di Facebook, tapi takda la pulak gambar orang yang ada hanyalah gambar doodle..banyak wo doodle minah ni...hee
Sebelum gua berceloteh panjang meh layan biodata minah ni dulu....~ ~


Nama : Nurul Alyaa

Nama Manja : Alya Esprezzo

Tempat Lahir : Klang, Selangor

Tempat tinggal : Klang, Selangor

Kerja : Pelajar

Tarikh Lahir : 30 Julai 1990

Artis Kegemaran : Ujang9897


**************

Dari segi blog beliau..., gua rasa sekarang dah tiada masalah langsung sebab layout dia sangat tersusun serius gua kata sususan dia lagi tersusun dari blog gua..hahahah


Header dia pulak pasti akan membuatkan anda jeles kerana cantik gila....!!! siapa ada rama-rama kecik yang gedik akan ikut jer kemana tetikut kita bergerak...DERM...~~ serius best...!


Gua tak tau nak review apa la sebab blog dia lengkap, dari segi penulisan pun kemas dan pandai mengolah ayat..,

Rajin pergi la terjah sendiri si kuat celoteh





Sekian....Peace (~_^)v


p/s : baju raya takda lagi ni.....=(

Friday, August 19, 2011

Oh Suami dan Isteri.....

 


Untuk para suami yang bekerja dan si isteri yang suri rumah.., inilah keluhan mereka....


Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.


Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain..
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain

sumber Facebook..('',)

 Moral of the story

- Sayangilah isteri anda, jangan lah zalimi mereka
- Isteri ada yang siang bekerja, malam pula dikerjakan...tettttt


 Sekian...Peace (~_^)v


P/S : ini entri otopublish...gua tengah tidur

Thursday, August 18, 2011

Peti Ais Raya Hasil Dari Blog

Entah sempat ker tak la gua nak beli Peti Ais ni.., ikutkan gua nak jer beli Peti Ais secondhand dekat mudah.my jer..hihi.., tapi dah YANA nak yang baru gua gagahkan jugak la beli jer yang baru.


Tapi yang agak bestnya gua dan yana beli Peti Ais ni menggunakan koleksi duit simpanan hasil dari Blog bengong ni...hihi


Semalam dah jalan-jalan pergi kedai-kedai elektrik wusha-wusha harga.., bukan semalam jer dah lebih seminggu gua wusha harga Peti Ais ni..rupanya mahal gak..derm..!!!


Tengok punya tengok berkenan la dengan Jenama Hitachi yang berharga lebih kurang RM12++.00, tengok balik koleksi cek kitaorang campur-campur sikit lagi nak capai..so maybe minggu ni atau minggu depan nak pergi beli dah





Nie jer la jumlah yang paling banyak gua pernah dapat dari Nuffnang, cek sebelum ni rm80 lebih jer.., sekarang nak tengok kalau guna Inity best ker tak..jumlah Yana dapat hasil dari blog lagi banyak...tengok SINI


Apa yang gua nak cakap ni bukan nak menunjuk jumlah cek.., ramai lagi yang masyuk hasil dari blog ni macam Faizal Fredley, Niq, Ben , Mat Gebu, Mejah, Ayeem, bla bla bla..dan ramai lagi.


Kenapa gua sebut nama-nama tu, sebab dorg kenalan gua dan dorang berblog bukan bermula dengan DUIT..,bermula dengan minat dan hasilnya datang kemudian..


Kalau rajin baca point gua di Entri

- Mengumpat, dengki..Hati bukuk (klik)

- Bersaing Dengan Sihat (klik)

- Aku tak kisah follow orang

Sekian..Peace (~_^)v



p/s : Banyak pakai duit wo nak masuk rumah ni..hurm..



Woi orang tak puasa..!! tengok ni ha...!!

RUKUN ISLAM

1 Mengucap dua kalimah syahadah

2 Menunaikan solat fardu lima waktu

3 Berpuasa pada bulan Ramadan

4 Membayar zakat

5 Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu


Wahai orang ISLAM.., kenapa kita perlu berpuasa...??

Banyak sebabnya..tapi salah satunya ialah untuk membentuk Aklah yang mulia..
Diriwayatkan Nabi Yusuf a.s pernah berkata :


"Aku takut kekenyangan, nanti aku akan lupa orang yang lapar"
('Ibaadaatul Islam, Muhyiddin Mastu:153)

Wahai orang Islam yang tak berpuasa dan dengan sengaja ponteng puasa...tengok VIDEO bawah ini..!!! fikirkan la





******

Kesian tengok rakyat SOMALIA di sana, semiskin-miskin rakyat kita pun tak seteruk disana..


Sekian....


P/S :  Anda Buat , Anda Dapat


Bosan atau Rasa Macam Jibauk gila..!!


Ketika gua mengalami emosi yang tidak stabil , hidup rasa bercelaru , segalanya tidak terurus..., gua akan muhasabahkan diri dengan berkhalwat...maksud gua berkhalwat ialah bersendirian la gila..grrrr


Selain itu gua suka menconteng...tapi itu dulu zaman-zaman sekolah, sekarang dah nak jadi bapak orang gua dah buang sifat conteng-conteng ni..kalau gua teruskan perangai menconteng mesti dan jadi macam mamat jepun tu...hee


Zaman semakin matang ini nak jaga emosi kita haruslah dekatkan diri kepada tuhan kita yang satu iaitu ALLAH...('',) selain itu kita kena selamkan diri kita dengan kata-kata motivasi



"Bahagianya hidup seorang muslim itu. apabila ditimpa kesusahan dia bersabar. Apabila di berikan kesenangan dia bersyukur.."


Sekian...Peace (~_^)v



P/S : sebongok-bongok gua pun, gua masih ingat ALLAH..


Wednesday, August 17, 2011

Mak dan Boboi lagi...



Boboi : mak, apa dalam perut mak tu?

Mak : adik hang laa

Boboi : mak benci adik ke?

Mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak.

Boboi : dah tu , kenapa mak telan dia?...

Mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh....


(inilah boboi)


Moral of the story
-  fikiran budak-budak ni kadang2 lagi advance dari kita

- gua kalau ada anak nanti tanak garang2 dengan anak..hihi




p/s :bosan pulak cuti2 ni

Mak Marah Boboi

Pagi tadi gua bersahur dengan mood yang kurang best., seperti biasa mak gua akan kejutkan gua untuk bangunkan sahur..,


Mak : boboi bangun boboi....,makan sahur nie...

gua masih menarik selimut dan sambil mengeliat gua bertanye pada mak gua..

Boboi : mak buat HO..HO.HO....HOLICK boboi yer... ???..''

Mak : HO...HO...HOTAK engkau...buat sendiri..,bangun cepatttt..!!!!.


Takda la..mak boboi baik..dia buatkan air yang best...hihi..cerita rekaan yang dicopy dari facebook..


Sekian..Peace (~_^)


p/s : bestnya cuti..entri buat otopublish jer..=)



Tuesday, August 16, 2011

Di Sebalik Kisah Gua dan Lisa Surihani


AMARAN

base on true story..~~


Kisah ini berlaku sebenarnya sebelum  peristiwa cerita  "Gua Jumpa Lisa Surihani Bai." (klik)

Sebenarnya kisah ini 2 tahun berlaku sebelum cerita yang gua maksudkan di atas tu.., tapi takpa la gua kongsikan juga cerita ini

Sebelum ini gua dah lisa surihani memang sangat rapat.., tapi kerana gua seorang yang setia pada yang satu, gua terpasa menolak cinta lisa kepada gua..

Hayati perbualan gua dah lisa surihani..., mengenai penolakan cinta gua terhadap lisa surihani


******

Lokasi : Secret recipe, Mid Valley

Masa : 2.30pm



Lisa Surihani : Ujang.., seumur hidup i, tak ada lelaki seperti u

Ujang : Memang tak ada lelaki seperti aku...tapi yang lebih baik banyak..

Lisa Surihani : Tapi mereka tak sehebat u ujang....~~

Ujang : Memang tak ada lelaki sehebat aku...tapi yang lebih hebat banyak..hehe

Gua bagitau dia lagi "Maka tak perlu kau susah hati, Banyak lelaki yang bisa kau pilih untuk kau jadikan sandaran hati"

Lisa Surihani : i tengok tengok u seksi tau tak...?? orang lain tak seksi..i benci..* pujuk lisa lagi

Ujang : Memang tak ada lelaki seseksi aku..tapi yang lebih seksi banyak

Lisa Surihani : i tanak orang lain...orang lain tak setampan u ...* ayat biasa perempuan mengayat

Ujang : Memang tak ada lelaki setampan aku, tapi yang lebih tampan banyak

Lepas gua menjawap kesemua pujuk rayu Lisa Surihani, dia terus nangis tersedu-sedu..gua dengan gentel terus berkata


Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Lisa Surihani lepas itu terus tersenyum.., dan dia terima penolakan cinta gua.. kami pun bergambar kenangan untuk simpanan peribadi...


Lisa Baru Lepas Nangis

Lisa masih boleh tersenyum


Hasil daripada kisah gua dan perbualan gua...,akhirnya Alif Satar mengambil idea untuk menjadikan sebuah lagu terbaru nya....dengarkan la....~ ~ ~




Setakat cerita palsu dari Mejah, Ayeem dan Tapit pasal Lisa Surihani, apa barang takda bukti...mejah tu lagi la edit photoshop jer..lalala


Gua terpaksa menolak cinta Lisa Surihani terhadap gua kerana gua sudah mempunyai permaisuri bernama Siti Liyana..('',)



Sekian....Peace (~_^)v



P/S : lelaki gila jer tak minat lisa surihani ni....bye


Kisah sebelum ini antara gua dan lisa di "Gua Jumpa Lisa Surihani Bai." (klik)

Wanita Sila Check



MENURUT PAKAR BERNAMA Prof Dr Ir Ujang


Warna pakaian dalam wanita selalunya dikaitkan dengan perasaan:


MERAH = berani

HITAM =  seksi

PUTIH = suci

HIJAU = berahi

COKELAT dan GELAP = tak pernah cuci!!


Lu selak..lu semak...lu jawap sendiri...


 Jangan marah ek..gurau-gurau senda manja2..=)


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : ke subang airport urusan memecah kapal terbang...


Monday, August 15, 2011

Fak...!!! versi 3




Sebelum ini dah ada "Fak versi 1" dan "Fak versi 2"

Kali ini versi 3 pulak..hihi


Fak...ta mengenai Lelaki dan Wanita.. 


Lelaki:

1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt

Wanita:

1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..


 Betul tak ini semua fakta....??? wahai kaum wanita...tak perlu berdebat lagi..


Sekian...Peace (~_^)v 




p/s : lelaki ni sempoi jer wei...buwekkk!!! (ayat cari gaduh)


Jawapan Kepada Kejadah Apa

 Entri otopublish gua semalam ada bertanyakan kepada kawan-kawan mengenai " Kejadah Apa Ce cuba ce cuba" (klik).


Gua rasa ada yang dah pernah tengok dan orang kampung seperti gua yang baru mengenali dunia internet ini baru jer pertama kali tengok bendalah itu.


Daripada komen-komen gua dapat agak ramai yang tak pernah tengok lagi dan ramai yang malas nak cuba tengok...hahaha.., dan ramai jugak yang sekadar komen atas komen..('',) tetapi ada seorang kanak-kanak istimewa yang dapat tengok BABI..kanak-kanak itu bernama Hamzah Ian


Argh..!! sebelum gua mencarut lebih panjang, nie gua tolong print skrinkan jawapan untuk kejadah apa yang ada pada google map



Ni la kejadah apa yang dapat kita lihat daripada arahan yang gua berikan semalam..., apa benda ek???? yang pasti benda tu bukan babi..sengal punya mejah.!!


Bagi gua, ini kerja mat salleh yang nak poyo mengedit google maps. itu jer.., sebab kalau gua pandai edit-edit pun gua akan buat menda yang sama...hahaha


Sesiapa yang belum mencuba atau tak percaya bendalah itu ada dalam google maps.., sila ikut arahan di entri gua semalam...klik SINI

"jangan biarkan diri anda diselubungi misteri"


Sekian....Peace (~_^)v


p/s : jangan komen tanya apa benda tu..?? komen macam tu sah-sah tak baca abis...grrrrr




Sunday, August 14, 2011

Kejadah Apa ..., Ce Cuba..Ce Cuba



1. Buka google maps (maps.google.com)

2. Search 47.110579,9.227568 < 3. Cari panah warna hijau, trus klik 'street view'

4. Tekan gambar ke arah atas 2 kali ke kiri 2 kali dan tengok langit tu ada apa?

try it i just did.......................

comment what have u see..


p/s : oto publish..kesibukan melanda 



Biodata Diana Amir

Diana Amir ni gua mula kenal dia dalam cerita apa tah., tapi 1st time jumpa dia masa pra tonton filem sekali lagi.., gua sempat la interview dia tentang biodata diana amir ni..hee

Dari pandangan gua dia ni takda la cantik mana pun, tapi seksi jer lebih..

Ada seorang member gua bernama BEAN ni, minat dekat Diana Amir ni.., gua pun tak tau tang mana yang dia minat sangat dekat Diana Amir ni,



Biodata Diana Amir

NAMA : Nurdiyana Amir Hashim

NAMA MANJA : Diana Amir

TARIKH LAHIR: 22 Jun 1986

TEMPAT LAHIR: Birmingham, England

ASAL: Johor Bahru, Johor

Artis Kegemaran : Ujang9897



Friday, August 12, 2011

Berak Vs Makan


Entri ini abang gua si Zabid9897 punya, dia suruh gua kongsikan di blog gua so gua kongsikan la cerita pasal agama nie ek.., entri santai berkhaitan agama, gua akan cuba tepek di blog ini setiap hari jumaat..,('',)


Ikutilah perbualan seorang Bos yg sporting dgn drivernya, kisah yg menceritakan berkenaan Berak VS Makan

**********

Situasi Pertama,

Perjalanan Bos dari Kuala Lumpur yg ingin menghadiri meating penting di Ipoh.

Tajuknya "MAKAN"
 
BOS : Hentian Tapah dah dekat ni, saya ingat saya nak singgah pegi makanlah. PERUT SAYA LAPAR GILA NI.

DRIVER : Saya rasa elok kita berhenti makan di Ipoh jer, sebab takut nanti lewat lak bos masuk meeting nanti.

BOS : Yer tak yer jugak ek, nasib baik awak ingatkan saya. Takperlah saya TAHAN LAPAR.



Situasi Kedua,

Perjalanan Bos dari Kuala Lumpur yg ingin menghadiri meating penting di Ipoh.

Tajuknya "BERAK"

BOS : Hentian Tapah dah dekat ni, saya ingat saya nak singgah pegi buang air besarlah. PERUT SAYA DAH MEMULAS GILA NI.

DRIVER : Saya rasa elok kita berhenti buang air besar kat di Ipoh jer, sbb takut nanti lewat lak bos masuk meeting nanti.

BOS : Kepala hotak kau..!!!! kau ingat kalau "Benda" ni nak kuar boleh tahan-tahan ker???!!!!!


********* 

 Benda(makanan) yg nak masuk dalam badan kita, memangg kita boleh tahan. TAPI kalau benda(taik) yangg nak keluar dalam badan kita, mmg takleh tahan beb. (",)

TAPI pernah tak kita bersyukur pada Allah sesudah diberi NIKMAT buang air besar.?????hahahahahah

Oleh itu mintalah pada Allah utk dilindugi daripada Syaitan sebelum masuk tandas. DAN jgn lupa juga Bersyukur pada Allah setelah keluar drpd tandas.


Doa Masuk Tandas



Doa Keluar Tandar


Copy dari blog Zabid9897(abang gua).
Hari tu gua ada tepek link cerita ni ramai tak baca...hee


Sekian...Peace (~_^)


p/s : blog Zabid9897 sangat berbeza dengan adik ...hahahahaha

Thursday, August 11, 2011

Ini Antara Yang Terawal Dari Gua

 Gua bersama sifu blog gua YANA



Gua tengah takda idea nak update apa..so gua tepek la entri gua ketika baru-baru buat blog dulu.., terasa bangang pun ada..hahaha..ops bulan puasa..('',)

Antara entri awal gua ialah

*****************

1. Jumpa Artis Ngangkung (1st entri cakap pasal artis, gosip gitu)

2. Erti Kehidupan ( disebalik nama blog gua..best kan..hihi)

3. Apa Itu Berak  (1st komen dari musuh gua si NAZ..)

4. Jom Rogol  ( Entri nasihat dari gua...hahahha)

5. Cerpen Kreatif  ( 1st segmen Ben Ashaari yang gua join, antara pengomen yang ada dan menjadi kenalan hingga sekarang ialah moon, lulu, syafiq rosli ,deqdeq, ..mereka semua senior gua dalam blog..hee )

6.  Jom Berkenalan  ( 1st segmen Ben Ashaari yang gua dapat banyak komen, dan ada jugak komen dari Man Usop si sengal , sini ada pearl jade dan juga rozuan ismail)

7. Aksi Ghairah Awek Korea ( 1st tajuk yang agak lucah gua..hahaha, antara pengomen yang gua rapat hingga sekarang ialah sis LM dan sijawa Naddia)


Malas pulak nak tepek banyak-banyak, korang pilih la nak baca yang mana-mana..ataupun pergi jer baca semua tu...hihi

Nama pengomen yang gua sebut diatas itu ialah antara yang masih keep in touch dengan gua hingga sekarang..,(letih dow nak backlink..grrrr)

*****************

Dari entri-entri awal itu la gua mula menapak dan mengenal dunia blog dan kawan-kawan di blog.., rasa sengal pun ada bila baca entri-entri lama ni..penulisan macam bongok..hahaha sekarang pun sama...derm..!!


" Orang yang berada di puncak gunung tidak diletakkan disitu, sebaliknya dia mendaki selangkah demi selangkah dari kaki gunung"


Sekian...Peace (~_^)v


P/S : Korang mula berblog bila ek...??

Jawapan Kita Sebagai Umat Islam



 Yang Kafir Bertanya kepada Orang Islam

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
 "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

 Yang Islam Pula Bertanya

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
 "Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"
"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."
 
*****************


Jangan skip baca skrip ni..., kalau yang dah pernah baca bagus la....,

Gua dapat dari sumber email opis gua kelmarin..maybe dah lama ada..tapi gua baru 1st time baca..so dari save dalam email baik gua tepek di blog..yer dak..??

Kalau nak berdebat dengan orang kafir ni selain guna ayat Al-quran kita kena kaitkan dengan ayat yang bagi mereka faham,bukan kita melalak dan memaki hamun tapi tindakan takda.

Kalau geng AMS yang salah seorang ahlinya ialah si makcik apa jadah nama tu..kalau berdebat memang dorang jer yang nak menang..kalau kita kurang ilmu mau terdiam..


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : beza orang islam dan orang kafir ialah sembahyang 5 waktu.., so jangan tak solat ek.('',)