Tuesday, September 30, 2014

Google Street View Dah Ada di Malaysia..!!

google map malaysia

Gambar rumah dekat atas ni bukan dari kamera gua ataupun dari sesiapa.., tetapi dari kamera  Google hihi.., power dak..?? ala live view dari Google Street View Malaysia

Gua rasa ada yang dah biasa dengar Google Street View yer dak..? tapi sebelum ni dekat Malaysia takda.., yang ada kita boleh view jalan dari atas je dari google map..view dari satelit sahaja yer dak...?

Baru ini google map Malaysia dah update dan lagi best kita boleh live view lagi..!!! , lagi memudahkan korang untuk tengok jalan sebenar.., gua dulu melancong ke London study jalan guna google street view la..hihi

Tak sure bila Google Street View Malaysia ni bermula..tapi yang pasti gua baru tau la hahahaah

car google maps

Kalau korang ada perasan baru-baru ini ada nampak kereta google maps berlegar-legar dijalan raya yer dak..? ni la hasilnya selepas dia tawaf satu malaysia..hehe. Dapat la kita melihat gambar secara dekat kasan mana yang kita nak tuju..idok la melihat dari pandangan satelit je

Meh gua pahamkan ke korang apa yang gua maksudkan Google Street View.

Bawah ni gambar rumah mak gua dari google map, yang selepas renovate hasil design gua..wohaaaa, boleh baca detail di  SINI

Tapi ni belum 100% lagi..
Gambar google street view malaysia


Bawah ni pula live view perking di opis gua.., fuh.. ada gak gambar kete gua hahaha, parking haram tu..



Lepas ni siapa yang rindukan kampung halaman, boleh la main-main dengan google street view ni ok.., menarik wooo hahaha

Ni gua ajar sikit cara dia..., mula-mula korang google la nama taman atau nama kampung korang.., lepas google korang klik tab MAPS

Dah masuk GOOGLE MAPS, korang carik belah kanan, suduh bawah sekali akan jumpa gambar orang.., tengok gambar bawah ni


Dah jumpa gambar orang tu..,korang klik orang tu..hold dan tarik mouse ke jalan yang korang nak steet view tu..., dan lepaskan orang tu ke jalan yang korang nak live view....


Kalau Google Maps korang berat..., boleh cuba guna Instant Street View (klik)


Setakat ini gua rasa street view boleh dilihat dari jalan utama sahaja.., kalau jalan-jalan kampung tak sure lagi.., korang boleh la cuba dan share lokasi live view kampung korang dari Google Street View..

***************************************

Lepas ni tidak la korang sesat lagi untuk pergi ke rumah kawan-kawan.., kerana sebelum korang pergi satu lokasi tu, elok la dulu google alamat dan boleh View Live lokasi kawasan yang dituju yer dak..?

Tips untuk melancong pun, korang elok guna google street view untuk memudahkan kepala otak korang save suasana tempat yang untuk tuju..('',)

Sekian..Peace (~_^)v

tags : google maps live view malaysia, maps live view malaysia, google live view malaysia, google live street view malaysia, peta google malaysia





Friday, September 26, 2014

MINYAK WANGI MURAH The Perfume Story !!


Majoriti remaja sekarang ini menggunakan minyak wangi yer dak..??  yang pakai minyak wangi ni tidak la bermakna dia seorang yang busuk..., tapi siapa yang pakai minyak wangi pasti dia bau wangi tak bau busuk..hihi

Gua ni tidak la pemakai sesuatu minyak wangi yang tetap.., suka gak tukar-tukar jenama janji murah hahahaha. *nampak sangat tak setia kan..

Baru ni gua ada try minyak wangi jenama THE PERFUME STORY


**************************************


The Perfume Story Inspired By Paco Rabbane 1 Million
(untuk lelaki)

-  aku suka gila bau minyak wangi untuk lelaki ni.., bau dia tak keras sangat, so sesuai dengan gua yang muka jambu ni hahahaha

- lagi satu bau dia boleh mengghairahkan kaum hawa.., macam gua yang muka jambu ni bila gegirl bau mesti rasa nak kiss gua...hihi

- untuk yang dah kawin korang try la pakai minyak wangi ni sembur dekat leher..., fuh......power..!!! hahahhaha, takyah sembur banyak sangat pun takpe



 The Perfume Story Inspired By Britney Spears Midnight Fantasy
(untuk perempuan)

 -





The Perfume Story ini  menggunakan PATI yang diimport dari BRITAIN dan FRANCE, so bau dia memang menyegarkan dan harga dia mampu milik abaq ang..hehe

Ni nak habaq mai.., harga dia mesti korang ingat mahal yer dak..?? gua malas nak cakap murah... untuk adil gua cakap harganya berpatutan sangat

Harga Minyak Wangi The Perfume Story

Body Perfume 10ml - RM 15.00
Body Perfume 30ml - RM 30.00
Air Freshener 8ml - RM 10.00

Untuk tambahan.., dorang akan buat promosi beli 2 botol Perfume(30ml) korang akan dapat 2 botol Air Freshener secara PERCUMA....!!! ye ye PERCUMA..!!!




 
Bawah ni gua senaraikan pilihan minyak wangi yang ada..., so korang boleh pilih mana yang sesuai untuk orang...

The Perfume Story Body Perfume

Body Perfume For Man:
1. The Perfume Story Inspired By Paco Rabbane 1 Million
2. The Perfume Story Inspired By Mont Blanc Legend

Body Perfume For Women
1. Th.e Perfume Story Inspired By Victoria Secret Bombshell
2. The Perfume Story Inspired By Britney Spears Midnight Fantasy


Gua tepekkan sekali pilihan wangi untuk Air Freshener.., sesuai diletakkan di kereta, bilik, bilik air, almari, dan jangan main gila letak dalam peti ais pulak ek..hehe

Air Freshener (Car Perfume)
1. Vanilla
2. Lavender
3. Apple Blossom
4. Lemon Lime
5. Sparkling Lemon
6. Burberies
7. Pandan
8. Tea Rose
9. Power Floral
10. Love Spell
11. Sakura
12. Grape
13. Tokyo Orange
14. Strawbery
15. CK Air
16. Country Garden
17. Island
18. Midnight
19. Tutti Fruitti
20. Escalade
21. Herbal Essence
22. Honey Dew

**************************************

Mana korang nak dapatkan minyak wangi ni..?? ha jawapan dia korang boleh wusha di :

    Facebok : https://www.facebook.com/thestoryofperfume
    Instagram : http://instagram.com/theperfumestory

    Call/SMS/WHATSAPP :

    011-32544510 (Pejabat Urusan)
    017-2049259 (Bella)
    018-3163846(Thaaqhib)

Friday, September 19, 2014

5 Perkara Yang Saya Rindukan


Cabaran 30 hari gua rasa dah lama terkubur..., sebab macam banyak je gua terlepas..!! hahaha. hari ini dah masuk cabaran hari ke berapa pun gua tak tau..hahaha, rasa dah 18 dan entri gua rasa baru ada 10 hihi ker lebih lagi ek..??

Hari ini gua ingat malas nak buat gak sebab sibuk..!! tapi disebabkan paksaan dari rakan lama gua terpaksa buat untuk menjaga hati kawan-kawan hahahaha

Tajuk hari ini gua nak buat adalah "5 Perkara Yang Saya Rindukan" so dikesempatan tajuk ini boleh la gua selitkan story kawan-kawan lama yer dak..?


1. Rindukan Kawan-kawan masa belajar di sekolah Bandar Baru Bangi

- Kenangan dorang best gila..., ketika tingkatan 3 di sekolah menenang kebangsaan bandar baru bangi jalan 2... segala nakal kejadah yang ada dalam group ini....hihi

Gambar lama dengan dorang tak banyak sangat sebab zaman dulu siapa ada kamera tu anak orang kaya je..hihi




2. Rindukan Kawan-kawan masa belajar di sekolah Teknik Ampangan

Masa masuk teknik ni dah tentu la tingkatan 4 yer dak..? ini adalah pengalaman pertama gua masuk asrama..., segala pengalaman mak nenek dapat bila masuk sekolah teknik ni

Paling gua tak boleh lupa adalah pengalaman mandi beramai-ramai hanya pakai spender je...mula-mula malu gak mandi ramai-ramai pakai spender.., lama-lama mandi bogel pun no hal hahaha

Malas la cerita bab jahil yang lain dekat sini..., tapi paling rindu disini adalah aktiviti sukan..,, gua sangat aktif sukan disekolah teknik ini, dan benda paling gua rindu adalah sukan bola disini.., dapat menjadi naib juara peringkat negeri..!!








3. Rindukan Kawan-kawan masa belajar di Politeknik Shah Alam

- Stendet budak teknik yang tak berapa nak pandai.., habis belajar teknik politeknik la tempatnya hahahaha.

Zaman di Politeknik pun best gila.., tapi segala sukan mak nenek gua tinggalkan kerana apa pun tak tau.., barang kali fokus nak belajar kot sebab tu sebab dapat anugerah dekan hahaahahha,(padahal meniru)

Dekat politeknik ini juga masing-masing dah matang dan dekat sini belajar erti persahabatan..., susah senang ada rakan kita.




Dari ketiga-tiga kategori kenalan gua atas itu.., sangat gua rindukan.., dan sampai sekarang hubungan kawan ini tak putus masih lagi terjalin di group-group whatsapp..!!!


Dorang nak 5 perkara.., tapi gua buat 3 je.., sebab apa..?? sebab malas nak menaip hahahahaha

***************************************

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : yang balas baca terus skroll tu tengok je la gambar gua muda-muda k..hee




Monday, September 15, 2014

Kisah Aku dan Kasut Sekolah


Cabaran 30 hari untuk gua punya dah kelam kabut.., gua pun tak ingat sebab banyak terlepas.., tapi gua settlekan je mana yang tajuk best untuk gua hahaha

Tajuk kali ini dorang minta "Cerita Kasut Anda" , Entri pasal kasut ni dah lama gua buat..so gua edit dan naikkan je entri lama ni ok..hahahaha




****************************************** 
Al-kisahnya

Kira-kira 12 ke 13 tahun dahulu, gua bersekolah di SMK  bandar baru bangi jalan 2., pada masa itu gua berada di tingkatan 2 macam itu.

Zaman cuti sekolah merupakan saat paling heaven bagi gua dan rakan-rakan sebaya, main bola sepak dan galah panjang  merupakan hobi yang paling best bila zaman cuti sekolah di kawasan perumahan gua. Bukan macam budak zaman sekarang ini dimana cuti sekolah aktivitinya lebih kepada game komputer , dan paling parah lagi 24jam online FACEBOOK yer dak..??

Dukacitanya gua bermain bola bukan menggunakan boot bola seperti orang lain, tetapi gua menggunakan kasut sekolah jenama BATA . *biasa la orang miskin

Lama-kelamaan kasut BATA gua kelihatan buruk dan hampir koyak..begitu la rutin aktiviti gua bila cuti sekolah

Mak gua selagi kasut boleh pakai dan tak koyak dia tak akan beli yang baru, suatu hari gua beranikan diri untuk meminta mak gua kasut baru.

***********

Lokasi : dapur rumah
Masa : magrib


"mak.., minggu depan dah nak start sekolah, apar nak beli kasut baru boleh.." rayu gua kepada mak gua yang tengah potong bawang di dapur


"erm..., kasut yang sebelum ini kan ada sayang"  jawap mak gua sambil mengelap peluh di dahinya menggunakan tangan kirinya


" ala mak..,kasut lama tu dah kotor la..nak beli kasut pallas jazz design baru" - rayu gua lagi sambil tunjuk gambar kasut ini kepada mak gua


"kan elok lagi kasut lama tu " pujuk mak gua sambil meneruskan memotong bawang.


Agak tidak puas hati dengan jawapan mak gua , gua bersuara lagi

" ala mak ni, tengok orang lain semua beli kasut sekolah baru, apar nak gak..!? takkan la mak takda duit langsung" gua mula meninggikan suara


" nanti kalau mak ada duit lebih kita beli ok" jawap mak gua sambil mengelapkan air mata disebabkan memotong bawang terlalu banyak 

" ala tu jer la jawapan mak" 

gua terus pergi meninggalkan mak gua memotong bawang-bawangnya


 *****************

Dalam fikiran gua dulu, mak gua mengelapkan air mata mungkin disebabkan bawang., tetapi sekarang baru gua paham air mata yang mengalir di pipi mak gua bukan disebabkan bawang tetapi disebabkan perbuatan gua ..sob sob..=(


Setitik air mata mak mengalir , berdosa seorang anak itu.. jadi gua sekarang berusaha sebaiknya untuk membuatkan mak gua gembira dan senyum sentiasa..('',)




Sekarang gua dah besar panjang dan bakal jadi bapa orang pun.., ('',)
 
Kepada anak-anak yang masih belajar tak kira zaman persekolahan ataupun Universiti, jangan la membebankan mak dan ayah anda dengan meminta benda yang tidak perlu.

Kalau kau anak orang kaya takpa sila la pau mak bapak korang...hahahaha

Yang belajar jauh jangan la membiarkan seorang mak rindu kepada anda, rajin-rajin la kol mak walaupun sekadar mengadu " mak jerawat saya dah besar"

 Ayat yang paling gua tacing ialah 

"sayangilah mak anda selagi mereka masih ada" =(


Sekian..


p/s : dulu gua suka curik stokin abang gua, dia nak pergi sekolah tengok2 dah takda..hahaha

#kelabbloggerbenashaari

Saturday, September 13, 2014

OMG Fest 2014 Kembali Lagi...!


OMG Fest 2014 kembali lagi sempena raya haji tidak lama lagi.., OMG Fest adalah  singkatan kepada “Oh Must Go Festival” yang akan berlangsung pada hari Ahad 28 September. Ia diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah bermula pada pukul 10pagi hingga 9malam.

Gua sempat join acara sidang media OMGFest! CRAZY RAYA SALE - PART 2 yang telah diadakan pada 11 September 2014, bertempat di Calton Holiday Hotel Shah Alam. 

Apa yang menarik perhatian gua dalam OMG Fest 2014 ini ialah kita semua akan berbelanja dan berniaga sambil beramal.., untuk peniaga bukan keuntungan dunia yang mereka kejarkan dan untuk pembeli pula kita berbelanja sambil menderma. Ini kerana sebahagian keuntungan dari jualan peniaga akan dermakan kepada Palestine... terbaik yer dak..?

Selain itu OMG Fest juga bergabung dengan Muslimah Divers untuk mereka sama bergerak memperkenalkan Penyelam Penyelam Wanita Muslimah dalam #MDdive4GAZA (Muslimahdivers Dive 4 Gaza) bersama Axtiviti Bazaar OMG Fest .





Pada 14-16 september ini penyelam muslimah ini akan berada di Pulau Tioman untuk menyelam kedasar lautan untuk membawa bendera palestine tanda sokongan terhadap GAZA. Menarik untuk kita lihat penyelam muslimah kita akan menyelam yer dak..? siapa berminat boleh hubungi mereka di Facebook 

Antara rakan blogger yang hadir pada sidang media OMG fest tempoh hari..



**************************************

Tapak OMG Fest




200 BOOTHS WITH MORE 15 ARTIST/CELEBRITIES JOINING..

** ARTISTS PERFORMANCE
** FASHION SHOW
** TALK BY WELL-KNOWN SPEAKER
** HAPPY HOURS!!
** PLAYLAND FOR KIDS TO PLAY
** MEDIA COVERAGE
** AND MANY MORE ACTIVITIES!!

KOMPLEKS BELIA & KEBUDAYAAN SELANGOR ( SEBELAH TASIK SEK 7)
SEK 7 SHAH ALAM, SELANGOR

SUNDAY, 28TH SEPTEMBER 2014
10 AM - 9 PM

ONLY 1 FULL DAY OF CRAZY SALE!!

Untuk Sebarang Pertanyaan & Tempahan Ruang Niaga, Sila Berhubung Mereka Melalui:

E-Mail : enquiry@omgfest.my
WhatsUP : 012-426 9280 / 012-282 5015 / 019-279 6275
Call/SMS : 011-2626 1656 / 012-282 5015 / 019-279 6275

Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari | 5 Wishlist Ujang9897



Cabaran 30 hari ini gua rasa dah tak tercabar dah.., sebab dah kelaut..!!! hahahaha belum separuh bulan gua dah tak tercabar... siot toi.!

Hari ini dah masuk ke cabaran ke berapa pun gua tak ingat.., tapi untuk tajuk kasi ini ialah 5 Wishlist atau dalam bahasa melayu dia selepas di google translet ialah


Kau nampak punya serius gua nak terangkan maksud Wishlist tu , siap google translet untuk korang wahahahaha... ok saja jadi bangang-bangang sikit supaya korang tak jadi orang terlalu serius serupa hitler.!

*********************************

Ok kita tinggalkan cerita hitler sebelum gua melucah benda lain.., baik kita teruskan 5 wishlist gua iaitu



1. NAK KURUS 

- sejak dua menjak ini perkara pertama yang kawan lama jumpa gua mesti akan cakap
"kenapa kau makin bulat"
"kenapa kau dah gemuk"
"wei kenapa kau gemuk gila babi...!!!"

korang nampak betapa kritikalnya keboroian gua..sampai mereka kaitkan dengan babi...sob sob sob.., ultraman max pun ada perasaan inikan gua yang bernama ujang hihi

2. TANAK GEMUK

- Sejak dah makin boroi ni gua harap gua tak bertambah gemuk lagi lepas ini.., eh eh macam sama je dengan wishlist no 1.. so next

3. TURUNKAN BERAT BADAN

- Sekarang berat gua 80-81kg.., so dengan ketinggian gua iaitu 178cm..., secara BMI nya berat badan gua tak ideal oi..!!! korang paham tak bila dapat kiraan begini, moral untuk jadi model sambilan boleh terbantut..!!! derm!!! dukacitanya ramai pengiklan luar rejek gua jadi model kerana berat badan melampau gua...so gua nak turunkan berat badan..!!!!

*siapa caya gua nak jadi model dia bengong

4. NAK CIUM BINI


- Gua sekarang ni suami orang..., so malam ni gua ingat nak kiss bini gua la..!! hahahaahhaha 

5. DOAKAN SEMUA WISHLISH KAWAN TERCAPAI

- gua rasa ramai yang buat entri wishlist ni yer dak..?? so gua doakan dan mengharap semua wishlist korang tercapai..!! tapi ingat setiap apa yang kita impikan tu kena ada usaha dan cara yang betul.., jangan jadi macam gua..nak kurus tapi makan serupa gaban lagi..hahahaha



Sekian..Peace (~_^)v

p/s: nampak tak punya serius gua nak kurus..sampai 3 wishlist point yang sama

#kelabbloggerbenashaari


Tuesday, September 9, 2014

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian


Gambar hiasan kat atas ni ialah encik tom cruise..., gua tepek muka dia sebab ramai kata gua hensem macam dia..., siapa tak setuju gua unfriend dia dekat facebook..hihi

Masuk cabaran hari ke sembilan ini depa minta buat tajuk 5 lelaki yang menarik perhatian anda.., derm..!!!!!!!!!!!!!!  korang ingat gua gay ke..?? hahahahaha

Siapa yang punya idea suruh buat tajuk ni mesti perempuan.. kan kak sue..?? hihi

Ok fine, gua sporting so gua senaraikan la 5 ciri-ciri gua iaitu yang berjaya menarik perhatian kaum wanita..hahahaa

Buat apa gua kasi contoh orang lain kalau kita sendiri ada yer dak..??

***********************************

Kita utamakan adalah yang berciri agama ok..itu 1st.., tapi kita senaraikan 5 yang sampingan yang lain.


1. Suka budak-budak

- kajian daripada universiti of the souce mengatakan 90% wanita di muka bumi ini suka pada lelaki yang sukakan budak-budak... ini kerana lelaki yang sukakan budak-budak mempunyai sifat penyayang

* tengok gua kalau dengan budak-budak memang geram..., lagi gua suka bila buat budak tu menangis hahahahaha



2. Pandai Main Gitar

- Kajian dari universiti oxpotot mengatakan 85% wanita sukakan lelaki yang pandai bermain muzik.., hal ini dikuatkan kerana 5% wanita sanggup bunuh diri apabila clash dengan kekasih yang pandai bermain muzik..

* 100% bekas kekasih gua iaitu heliza, lisa surihai dan yana samsudin suka gua sebab gua pandai main gitar.. padahal bukan teror sangat pun main hahahaha



3. Romantik

- Dr elmatorer mengatakan lelaki romantik dia banyak jenis..dan dia sendiri menjadi gila kerana mengkaji benda yang dia sendiri tak pandai kaji

* gua ni tak la romantik..., tapi reti la nak kasi hadiah buat suprise untuk orang tersayang.., yang terbaru sempena ulang tahun hari tu gua kasi YANA hadiah iphone 5s so tu tanda gua romantik.., amacam riak tak..? hahaahhaa

4. Anak Mak

- Jangan nak mengutuk kepada lelaki yang anak mak ni..ALLAH sayang pada semua anak mak hihi

* gua anak mak tapi bukan jenis tinggalkan anak bini ..syukur mak gua pun fleksibel dan sporting



5.  Pelawak

- Kajian dari pakar kesihatan dunia mengatakan .., wanita suka kepala lelaki yang ada unsur lawak kerana boleh mengubati penyakit hati

*gambar bawah ini bukanlah menandakan gua tengah buat lawak.., dan kita tak perlu jadi pelawak seperti raja lawak..cukup kita boleh memberikan senyuman kepada pasangan kita.., itu dah cukup untuk kita mempunyai unsur lawak.


***************************

Jadi..., puan awek diluar sana bukan senang nak dapatkan 5 ciri-ciri lengkap ini ada pada seorang encik pakwe..

Tapi gua mempunyai kelima-lima ciri ini ..., beruntungkan si YANA dapat gua..?? hahahahaha

Sekian..Peace (~_^)v


#kelabbloggerbenashaari

Monday, September 8, 2014

Cabaran 30 Hari | 5 lagu cinta kegemaran Ujang9897


Gambar hiasan diatas ini bernama Heliza.., gua minat dia bukan kerana dari lagu -lagu dia, sebab dia nanyi bukan sedap sangat pun hihi.. gambar ni zaman kitaorang lepak dulu sama-sama main gitar.., tak caya..?? tak caya sudah..!!!

Berbalik kepada tajuk..,. Hak ala... cabaran hari ke 8 ni dia minta 5 lagu cinta kegemaran...

Kemon la.., muka hensem level2 brat pitt macam gua ni tak perlukan lagu cinta untuk menjadi kegemaran.., tapi orang lain menjadikan gua sebagai pemain gitar untuk memainkan lagu-lagu kegemaran dorang...hehe

Paham tak apa gua cakap tu....?? kalau tak paham lemah betul iq korang.., maksudnya gua main gitar la untuk mereka-mereka yang suka lagu cinta tu...



sila kagum dari jauh

*********************************

Ok la fine.. gua senaraikan juga 5 lagu cinta kegemaran gua ok...,

Yang pertama...erm..............................

aaaaaaaaaaaaaa

ermmmmmmmmmmmmm

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hurmmmmmmmmm 

* masih berfikir..


ermmmmm


haaaaaaaaaaa

ok...hurm......................


ok fine... memang tak boleh pikir.., lagu pertama pun buat gua fikir macam bangang .., inikan nak lima..!!! korang baca la entri orang lain yang ada lagu-lagu cinta dorang ok..hihi

senang cita gua suka semua lagu-lagu rock kapak..!!

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : sebenarnya gua coverline..,tanak tunjukkan diri ini mat jiwang... ('',)


Saturday, September 6, 2014

Cabaran 30 Hari | Apa Yang Ujang Makan Hari Ini


Hari ini hari sabtu.., so cabaran dah masuk hari ke 6.., tajuk dia mudah serupa orang pemalas pun boleh jawap hehe

Tajuk hari ini ialah seperti di atas iaitu " apa yang korang makan hari ini "

Disebabkan hari ini gua ada pertandingan catur...!! so gua tak makan lagi..., jawapan gua sekarang ialah gua makan

- kuda
-pawn
- queen
- catsle

Entah betul gua eja ke tak tau la tu..lantak la.. hahahahah, disebab main catur tu je la yang gua makan setakat hari ini...hehe..

Sekian...Peace(~_^)v


p/s : fuh..aku baca entri sendiri pun nak carutkan,  inikan orang lain..hahahahahaha mak betul

Friday, September 5, 2014

Cabaran 30 Hari | 3 Pesanan Untuk Bekas Kekasih Ujang9897


AMARAN KERAS
"ENTRI INI BERUNSUR RIAK DAN POYO GILA"


Ok cabaran 30 hari baru masuk 5 hari.., tapi gua rasa macam dah 50 hari pula sebab macam padat ketat dan sendat je rasa bila menaip ni... tapi gagahkan juga update entri...

Untuk tugasan ke 5 ini dorang minta buat tajuk

"3 Pesanan Untuk Bekas Kekasih Anda"

Bila bab cinta.., kekasih.., jiwang bagai ni benda yang paling gua suka... sebab apa..??? sebab gua ni romantik orangnya hahahaahhahaah

Dalam hidup ini semua orang bercinta..., tak haluan yang macam mana ianya sangat subjektif yer dak..? kalau tak setuju pun korang angguk je kepala bila baca ni.

Dan tak semua orang ada bekas kekasih yer dak..? tapi orang hensem macam gua ni bekas kekasih pasti ramai la.., sebab apa..?? sebab hensem la....ish..!!

Ok...gua tanak listkan bekas kekasih gua..., sebab nanti orang kata poyo dan gelabah pulak walaupun hakikatnya memang poyo

**********************************

Berbalik kepada tajuk iaitu 3 Pesanan untuk bekas kekasih..., gua malas buat macam orang lain.

Jadi gua nak tinggalkan pesanan buat 3orang bekas kekasih utama gua sorang 1 pesanan ok..so jadi la 3 pesanan hihi


Pesanan 1 
Untuk Bekas kekasih bernama Lisa Surihani

bekas boyfriend lisa surihani

Sori la dulu terpaksa menolak cinta kau kerana aku rasa kau tak layak untuk aku..wahahahahahaha.., gambar ini diambil oleh paparazi ketika kami baru habis dating tengok wayang.

Pesanan 2
 Untuk Bekas kekasih bernama Heliza Helmi

bekas teman lelaki heliza

Terima kasih ija kerana mengajar aku apa itu Syurga Cinta..,gambar diambil ketika kami sama-sama berbuka puasa suatu ketika dulu

Pesanan 3
Untuk Bekas kekasih bernama Yana Samsudin

bekas teman lelaki yana samsudin

Aku nak pesan dekat yana samsudin.., bagus la sejak kau jadi artis kau tak sombong.., dan kau redha dengan penolakan cinta aku terhadap kau kerana aku tidak lagi memilih kau yang bernama Yana Samsudin..tapi aku memilih peneman hidup aku iaitu Siti Liyana... hehe nama dekat-dekatkan..?


Syukur sekarang bekas kekasih gua telah pun berkawan dengan Isteri gua dan mereka telah menjadi kawan terumanya Yana Samsudin Dan Heliza




Lisa Surihani je sombong tak boleh terima kenyataan gua tolak cinta dia..., sampai sekarang dia belum berkawan dengan Yana... grrrrrrrrrrr

**********************************

Dah Habis Baca..???

Sila Tekan Ctrl A

( CERITA REKAAN SEMATA-MATA UNTUK KEPOYOAN DIRI)


************************************

Sekian...Peace (~_^)v

p/s : takyah sibuk pikir cinta monyet dulu.., monyet pun tak ingat cinta monyet dorang ... ('',)



#kelabbloggerbenashaari

Thursday, September 4, 2014

Cabaran 30 Hari | Buku Kegemaran Korang


Gambar hiasan kali ini adalah buku permata yang hilang , ia merupakan salah satu buku kegemaran gua pada suatu ketika dulu.., kenapa..?? sebab zaman sekolah atau bujang dulu orang kecoh dengan buku ni boleh buat horny katanya...jadah betoi..!! hahahaah.

Tapi sayangnya sampai sekarang gua tak pernah berkesempatan untuk membaca buku ini kerana takda siapa yang bagi pinjam.. barang kali buku ini dah tak perlu kot sebab dengan teknologi yang canggih mereka terokai dengan video sahaja hahahahaa... sudah-sudah..melarat panjang kang habis..!!

************************************

Untuk cabaran hari ke 4 ini tajuk dia adalah Buku Kegemaran ANDA ...., gua baca tajuk pun dah moral down sebab gua malas baca buku..hihi,  dulu cikgu suruh katam buku BUKIT KEPUNG pun gua tak katamkan..sebab dah tau bila exam tiru gak hihi



Tapi bila zaman dah akhil baligh ini, otak makin matang dan dewasa jadi gua suka dengan buku-buku berunsur Motivasi..., sebab tu kalau korang perasan bila sel otak gua sedang berhubung gua akan menjadi seorang yang genius setaraf dengan Albert Einstein , Leonardo Da Vinci, John Stuart Mills , Michael Angelo dan lain2.. ini semua nama-nama orang genius dan nak tau macam mana gua tau nama semua ini..?? jawapan dia sebab gua google..sebab tu perfect je ejaan nama mereka hahahahahaha

Ok serius.., gua suka baca buku motivasi kerana gua nak menjadi HUMAN ENGGINEER.., salah satu buku kegemaran gua ialah penulisan "dale carnegie" mesti ramai tak kenal dia yer dak..?? benda yang gua belajar dari dia ialah salah satu cara nak cari kawan ialah dengan menjadi Bangang.. hahahahaha
 *sila kagum dari jauh

Ini buku dia...siapa nak pinjam pun boleh.., gua ada yang bahasa melayu sebab omputih gua tak power..hihi



Sekian..Peace (~_^)v

************************************



#kelabbloggerbenashaari




Wednesday, September 3, 2014

Cabaran 30 Hari | Sesuatu Yang Menguatkan Ujang9897



Gambar hiasan diatas adalah untuk riak yang bahawasanya gua seorang pahlawan...hihi.., siapa nak kahwin nanti kalau free gua sedekahkan silat pengantin ok..

Cabaran 30 hari ini dah masuk hari ke 3... so kira baru la yer dak...?? ekceli cabaran ni tak mencabar pun kepada yang rajin update entri.. tapi mencabar kepada mahluk pemalas update entri macam gua ni.. dan bagusnya ialah cabaran ini memberi kita idea untuk update blog yer dak..??

Tahniah kepada Rakan KBBA dengan idea ini... Ok cabaran untuk hari ke 3 ini bertajuk 

Sesuatu Yang Menguatkan Anda

Ok perkara pertama selepas gua baca tajuk ini dalam kepala otak gua dah nak melucah je kerja..hihi.., tapi malas la gua nak melucah dengan mengatakan benda yang menguatkan gua punya bebird.. ops ops..., tapi gua punya memang dah kuat so tak perlukan tambahan...hihi

Seperti semua orang juga dalam kehidupan ini yang menguatkan kita dalam apa juga bidang ialah keluarga kita yer dak..? so jawapan dah cliche boring.. hihi

Yang Menguatkan Untuk Terus Berblog

- Sejara jujurnya adalah rakan sebilik iaitu Yana dan tak lain tak bukan rakan blogger yang lama dan juga rakan blogger di KBBA...


Tapi masalah sekarang ni gua tetap malas nak update blog..hahahahaa


Sekian..Peace (~_^)v

#kelabbloggerbenashaari





Tuesday, September 2, 2014

Cabaran 30 Hari | 5 Cara Memenangi Hati Ujang9897



Gambar diatas ialah gambar hiasan dan gua tak tau kenapa gua kurus gila dulu..!!!!!!!!! biasa la dulu dan sekarang pasti lain yer dak..?? anuar ibrahim pun dulu umno sekarang PKR..hahahahahahahaha *ok tak lawak

Ok.. cabaran ke 2 ini nak minta 5 cara memenangi hati anda..., gua ni ada banyak...tapi dia nak 5 je., tak bagi muka betul

Ini merupakan cabarang dari kawan-kawan KBBA.. apa tu KBBA..??? klik gambar berlogo merah sebelah tu... ------->

********************************

5 Cara memenangi hati Ujang9897

1.  Ahhh dah nama lelaki.., pasti la tarikan utamanya adalah wanita ataupun perempuan..hihi.., lelagi yang seksi.. hahahahaah, tapi kalau bogel gua tak pandang la..., erm....pandang tapi tak lama..ehh ehh

2. Kalau bab makan cara untuk memenangi hati gua ialah AYAM..., jadi AYAM adalah tarikan utama untuk gua makan.., sebab apa..?? sebab gua makan ayam jer..seafood tak makan...hihi

3. Bab kawan gua suka dengan orang otak bangang2 sikit.., kalau orang tu tak bangang gua akan buat orang tu jadi bangang2..so senang sikit dengan orang bangang2 ni...hahahahaah
 (bangang tu gila2 saja taip kasar bagi korang jadi bangang)

4. Gua memang minat gila dengan Heliza, Yana Samsudin dan Lisa Surihani... so kalau ada apa2 pasal dorang ni,  gua boleh jadi gila.. bodohkan..?? gua malas nak cakap gua minat ustaz azhar idrus nanti korang kata gua riak..so gua kasi la korang peluang untuk kutuk gua.

5. Komen la dekat bawah ini puji memuji gua.., nescaya korang berjaya memenangi hati gua...hahahahaa

********************************

Nak baca story aku dengan Heliza klik SINI
Nak baca story aku dengan Lisa Surihani klik SINI
Nak baca story aku dengan Yana Samsudin klik SINI

Sekian..Peace ('',)

#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | 5 Fakta Menarik Ujang9897

Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari



Bulan ini ada cabaran 1 hari 1 entri dari KBBA (kelab blogger ben ashaari)... , agak menarik dari idea rakan blogger di sini..

Cabaran hari pertama bermulanya semalam.., tapi dah tak sempat gua buat juga hari ini..hehe, Tajuk yang diberi pada hari pertama cabaran ialah 5 FAKTA MENARIK DIRI ANDA

Syarat pertama kena tepek gambar terbaru...dengan rakusnya gua perkenalkan gaya rambut gua terbaru iaitu BOTAK..!!!!


5 Fakta Menarik Tentang Diri Aku ialah :

1.  Merupakan seorang suami kepada Siti Liyana yang juga merupakan seorang blogger..., selain itu bapa kepada seorang anak yang bernama Aimy Zafirah... apa yang menariknya fakta no 1 ini ialah ramai gadis kecewa kerana gua merupakan suami orang..hahahahahaha

2.  Sekarang ini gua merupakan seorang lelaki yang mempunyai ukur lilit perut yang tak sesuai dengan saiz badan..., Fakta ini menarik kerana bila korang jumpa gua..korang akan tak sangka yang gua mempunyai saiz perut yang boroi tahap dewa..!!!!

3. Kenapa nama samaran gua Ujang9897 ... ??? jawapan dia Ujang nama panggilan gua.., dan 9897 merupakan no plate kete gua dan juga no tel gua.., ia diambil dari no keramat CNI

4.  Seorang yang tidak mudah dipengaruhi tapi mudah didekati.....

5. Merupakan seorang yang pemalu..., tahap pemalu dia umpama daun semalu...

Sekian..Peace (~_^)v

#kelabbloggerbenashaari