Thursday, March 31, 2011

Aku Tak Jeles..!!!

Bace entri Ben Ashaari yang konon-konon malu dengan HELIZA tu buat aku panas jer...derm..!!!!


Cuba baca entri Ben Ashaari yang INI  <---

Baca entri dia tu buat aku angin jer....dia meeting dengan heliza sepatutnya aku yang kena pergi..., tapi aku ada hal itu sebab aku suruh Ben Ashaari ganti aku...
* tolong  percaya walaupun aku tipu


Di sebab kan abis aku nak tau kesudahan meeting bersama Heliza tu...aku tanya perkembangan la HELIZA dekat Facebook...bukti gambar di bawah





Tengok...Heliza tanya aku kenapa tak datang kan..., argghhhhh!!!!!!! aku tak jeles ok..!!!


*********************


Zaki kau jangan kutuk aku lagi sebab HELIZA ok.., baik kau geng dengan aku...!!!!

Sekian...Peace (~_^)v


"Jangan menyampah dengan aku wei..aku memang minat gila dekat HELIZA.."

tak percaya tengok entri INI  <-------




P/S :  yana tetap dihati

Aku Setuju dengan Ben Ashaari !!!

 (Heliza)


Korang ada baca tak entri Ben Ashaari yang > INI

Tajuk dia kerjasama antara Blogger amat penting !!

Siapa tak baca aku harap korang baca la ek..sebab dia memang layak tulis macam tu....,

Rasa memang dari dulu Ben Ashaari amalkan macam tu..., dan aku mula-mula berblog pun lagi suka cara macam tu..,

Kalau siapa yang pernah tengok entri aku dari dulu memang aku selalu gaduh dengan musuh-musuh ketat aku..

Dekat entri aku dulu selalu aku letak link nama Yuyu , Qaseh,  , Iqbal , Awang , dan si bongok Nazirulhazwan....,nama mereka je aku gunakan kerana dorang tak kisah..!! *yer kot

Aku rasa tak rugi apa pun buat entri letak nama kawan-kawan dekat blog...pandai la cara korang nak buat macam mana pun...,jangan terover sudah...('',)

Sekarang aku tengok ramai dah buat macam tu...along usop pun dah rajin buat mcm tu...,sekarang ni si Kyerul pun dah buat macam tu..., si Kyerul tu dulu banyak sembang dekat Facebook jer..sekarang dah pandai gunakan Facebook sebagai entri..('',)

Kyerul tu asal blog dia takda nak gila-gila aku tengok ..sekarang nie aku tengok dah bengong....kekalkan entri asal yang dulu.., tapi sekali sekala selitkan sikit entri BONGOK kau tu..walaupun kau TUDUH AKU GAY....aku sabar....grrrrrrrr

******************

Entri blog ni macam-macamkan...lepas buat entri pergi jalan2...makan2...ilmu2...tips2...selitkan sikit entri Kerjasama antara Blogger..hee

Sedut jer ilmu kalau Ben Ashaari bagi tu...tak suka jangan simpan dalam hati..suka amik...


"Ini semua pendapat aku jer ek..,bukan aku suruh buat entri takda Ilmiah"


Sekian...Peace (~_^)v

Kenapa aku letak gambar heliza..???? tanya Ben Ashaari  grrrrrrrr !!!!!



P/S :Jadilah wonderpet<--betul ke aku eja..errkkk

Kenapa Aku Breakfast Mcdonald's



Perghhh!!!!!!!!!!!!!!!

Layan gila bekpes Mcd wei..hihi...walaupun sejam beratur baru dapat makanan tu tapi berbaloi.....siap sampai opis pukul 10am lagi..hehe, takpa bos tak marah...


Ramai member opis aku cakap....


"Tak sihat wei makan  Mcd"

- wei dari kau makan roti canai mamak dengan nasi lemak tu sihat ker..lagi tak sihat..grrrr


" Pergh...!! kaya gila 3 hari berturut kau makan Mcd"

- Waklu kaya..kau lagi kaya bekpes makan Nasi lemak ayam dengan Milo Ais rm8..


" Patot la boroi mkn Mcd"

- Perut aku boroi ni trend la..tak boroi tak macho la...<---sila setuju

***************

Kepada yang tak tahu..ni aku bagi tau ek..aku bukan bekpes Mcd makan ayam,burger, air karbonat semua tu..tapi aku makan set Big Breakfast la...('',)

Tengok Gambar ni..

( Gambar dari Google)

**************************

Aku nie penjimat orangnya...Keluar RM5 ke atas dah dapat 2 set Big Breakfast Mcd ok..('',)
Kupon ni yang aku print dan beli set tu....kan jimat namanya....




Bayangkan la..beli 2 milo ais baru rm7 macam tu..kongsi 2 orang dah dapat 2 set makanan percuma..kan jimat tu.....('',)

Sesiapa yang tak pernah cuba tu..sila hentikan niat anda..sebab hari ni last....hahahahahah


Moral of the Story

- Sila jadi penjimat
- Amik la kesempatan yang ada
- Pergi la Mcd sebab ramai awek kaunter cun..('',)


Sekian...Peace (~_^)v


P/S : ada lagi hot cakes aku tak makan lagi ni..('',)



Mcd Terakhir.....

Aku sekarang berada di Mcd bangi lagi...hahahahahaha

Kali ni bersama yana....yana berator, aku Update blog jap...romantik kan aku..hihi

Hari ni bapak ramai orang dekat Mcd ni..mentang-mentang hari ni last promosi tu...grrrrrr

Tengok ni punya ramai makhluk dekat Mcd..


(yana berator)

Sekian..Peace (~_^)v


Sekarang tuka pulak...aku berator...ok tata


P/S : sedap wo MCD..

Wednesday, March 30, 2011

Cara Letak Pautan (link) Dalam Profile


 Gila la la...aku buat Tutorial Cara Letak Link dalam blog......semuanya sebab akak QasehRaihan suruh('',)






Penting ker link di profile ni..??

- yezza...jawapan dia sangat penting ok.


Gambar 1 (ada link blog)



Gambar 2 (tiada link blog)



Nampak tak bezanya..,ianya amat penting untuk kawan-kawan kita terjah setelah mengklik gambar kita di follower...

Caranya :

1) Follow mana-mana blog dulu..., lepas itu klik gambar korang dekat blog yang korang follow tu..,akan keluar mcm ni, (senang try Follow blog aku kalau siapa belum follow) ('',)




2) Klik SETTING akan keluar macam ini




3) Klik Add Links tu dan masukkan link URL blog korang ok...


lepas tu klik DONE..

4) lepas selesai semua, double check balik ..ada tak link blog korang macam dalam Gambar 1 di atas..('',)


Sekian...Peace (~_^)v


P/S : aku ajar cara agak susah...hehe..cara senang edit kat setting('',)


Lepak Bersama Maria Elena dan Ben Ashaari

Semalam aku dengan Yana lepak Putrajaya dengan Brader Beng beng boom tu..

Tak tau pulak aku malam tu ada Maria Elena..hehe.., Maria ni memang weng la..borak dengan dia ada jer gaya suara dan memek muka dia...('',)

Maria memamg PELIK....hee

( Tengok muka gila-gila dia..)

Malam kejadian tu crew 1tube.my tengah merakam aksi Maria...nanti korang tengok la VLog Maria ek..memang gila jer dia tu..ha ha ha...

Lepas Maria habis rakam Vlog dia bersama 1.tube , Ben Ashaari pulak interview dia untuk sesi Sembang-sembang bersama Ben Ashaari

( Gaya mengorat)

(Maria sentiasa senyum)


Jawapan yang Maria bagi semua gila-gila jer dia...hehe

Maria ni aku tengok dia macam tinggi..,tapi yana kata sebab dia pakai kasut tinggi kot...

*******************


Yana dan Mia


***********************

Selepas Ben Ashaari interview Maria, dia terjah pulak aku dengan YANA...Grrrrrr



Serius...aku tak tau apa aku merepek malam tu.., yang aku ingat aku pakai baju ARSENAL yang power jer..('',) nasib baik time cuak kena terjah dengan Ben Ashaari tu aku tak kentut...serius wei..nak terkentut..tapi aku tahan...

Sembang-sembang tu motif Utama ajak kawan datang kenduri kawin aku....('',)

************************

Akhir sekali gambar Kelas Beng Beng Bomm bersama Ben Ashaari..


Ben Ashaari = Guru Besar

Ujang =  Ketua Kelas

 Yana = Penolong Ketua Kelas

 Maria =  Bendahari

Mia =  Anak Guru besar..


Lepak habis sesi merakam video..ktorang lepak makan tomyam...yang best 1tube.my belanja...('',)

Aku ingat Cik Epal datang..sekali takda.., baru nak gadoh dengan dia...hee


********************

"1tube.my memang terbaik..,sesiapa belum register...sila-silakan la.."



P/S :  Best lepak dengan Maria dan Ben Ashaari..




Mcd Tak Mengecewakan

Pergh........!!!!!!!!

Lega sikit pagi ni di MCD bangi...dapat gak aku Bekpes Mcd lagi dengan aman.., tak macam semalam beratur dekat sejam baru dapat order di Mcd Serdang..hehe

Kali ni aku drive true jer cepat sikit.., mesti ramai kata aku tak sihatkan bekpes makan Mcd..., dari makan roti canai, nasi lemak, tu lagi tak sihat kot..('',)

Aku makan Mcd bukannya makan ayam or burger tu...aku makan set bekpes dorang...guna kupon rm5 tu...
tak tau ker..., esok last untuk sesiapa yang nak jimat bekpes Mcd



Jimat wei..keluar RM5 ke atas dah dapat 2 set Big Breakfast, kan berbaloi...aku tengok ramai bangsa CINA jer yang amik kesempatan ni...

Siapa belum cuba..esok pergi Mcd ek cuba...


Sekian...Peace(~_^)v


P/S : Berak jap.., kejap lagi aku cita pasal Dating dengan Maria Elena


Tuesday, March 29, 2011

Nazirulhazwan bersama Orang Asli

  Baru -baru ini member aku bernama Nazirulhazwan telah dinodai oleh kawan-kawan GAY dia.., hidup dia hancur gara-gara masa silam dia

Sekarang ini pulak dia tengah merajuk dengan anak buat dia bernama Nia, disebabkan kecewa dengan nia.., dia mengidam durian...untuk memulihkah perawannya...


********************************


Al- kisahnya.....

Naz pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Naz : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"


Naz blur gila mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu, sebab dia tak tahu berapa nilainya sepopit itu.. lalu Naz buat2 tahu dan cuba menawarinya..



Naz : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berapa?

Naz : "Lahupa po.. boleh ya!"


Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Naz..



Orang Asli : "Lahupa po itu berapa?"

Naz : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Orang Asli : Derm..!!!!!!!!


 " Kisah benar ini diedit untuk bertanya khabar kepada musuh aku bernama  Nazirulhazwan"


Sekian......Peace ('~_^)v

Moral of the story
- jangan jadi Gay
- nak cakap tu kasi semua orang paham
- jangan kawan dengan Naz


P/S : siapa orang asli dekat sini..orang jawa mesti ramaikan..('',)

Tips Dapat Trafik Dari Beutifulnara

 ( Abg Nara)

Kenal tak Beutifulnara..., kalau tak kenal aku bagitau sikit la..blog dia sehari UV dia 90k ker 100k sehari..hehe


Berbalik kepada tajuk ..

*****************


Nie tengok gambar bawah ni...,



( yuyu pun penyumbang)


Tu aku printskrin dari Nuffnang.... Nampak tak aku dapat trafik dari Beutifulnara, aku dapat dari enti abg nara yang INI


Nak tau caranya mcm mana...??? meh aku story sikit ek..


Korang semua tengok tak VLOG dari Beutifulnara...,aku terus terang memang tengok vlog abgnara selama 40minit lebih tu...,banyak yang abgnara kasi ilmu...


Dalam vlog tu dia ada cakap kalau orang komen tinggalkan URL blog dekat entri dia, dia akan DELETED, kecuali URL yang di tinggalkan ada kena mengena dengan entri dia..


Jadi caranya...aku komen dekat entri abg nara pasal Bezday Parti Lisa Surihani tu, aku tinggalkan sekali link aku mengenai Biodata Lisa Surihani 


Hasilnya dari blog abgnara tu, ada jugak la orang masuk ke blog aku ni.., kalau tak percaya cuba la buat...janji jangan lari dari topik entri abgnara tu..ok,


Bukan calang-calang orang yang view blog abgnara ni ok...ramai orang akan view....('',)


Bangku Kosong pun pernah cuba cara ni..tak percaya tanya dia...('',)



P/S : penting ke trafik ni..??? lu pikir la sendiri...hee

Mcd Mengecewakan [via nokia 3310]

Panas hati pun ada beratur dekat mcd ni...,dah dekat 30 minit aku beratur nie.., geraknya punya la sikit..., Derm....

Penat dah aku kontrol hensem kat Mcd ni...grrrrr, makcik2 yang order bekpes mcd nie semua banyak2...

Yang geng student pulak beratur seorang..sekali dah dekat, amik kau 5 orang dia bwk geng...dh aku terkebelakang lgi..Bayang la sampai sempat aku update blog kat Mcd ni guna talipon bimbit aku....[via nokia 3310]

Ps : woi aku lapar ni.....

[

Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman



Join GA anjuran salah seorang musuh aku iaitu Darkbatman..hee

Dia nak kasi benda alah atas tu...ada rezeki dapat la kat aku kan...ORIGINAL tu beb...('',)


Nak TAG 3 orang ni

Pembawa Wacana
Kyerul
Bro Monday


Keterangan Lanjut klik SINI

Sindrom Facebook Melanda Remaja

 NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook.
Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.

Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.

"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.

"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.
Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi

Sumber KOSMO 


*********************

Kelakar pun ada...,sebab terkena batang idung aku...hehe..,tapi Sindrom Facebook aku dulu jer..,sebab dulu aku selalu mengadap Facebook duk main game POKER.

Nak tengok 10 orang pertama mendaftar Facebook klik SINI



Sekarang SINDROM aku dengan BLOG...tak mengadap BLOG sehari rasa dah gersang gila..., mengadap blog lagi best bagi aku sekarang dari mengadap Facebook...hehe ('',)

Sekian..Peace(~_^)v


" Tapi ingat jangan sebab Blog, kerja pun terabai.."



P/S : Nak pergi Bekpes MCD lagi...




Monday, March 28, 2011

Aku Muda La..!!!!


Lepas satu...satu nama aku dapat...grrrrr!!!!!

Nyah Ujang la..

Pakcik Kentut la..

Ujang Gay la....

Abang macho la.....<---percaya korang bongok..hahaha



Ni yang terbaru dari Mr Muscle kita... dia panggil aku apa korang tengok..!!!!






Klik SINI utk ke entri beliau


******************************

Ada ke patut aku yang setampan Brat Pitt dan Sekacak Aaron Aziz ni dia kata Bujeng Tua..!!!

Dah la potong STIM bagitau orang lain yang aku dah nak kawin...derm..., kalau Haniz Zalikha , Heliza dan Lisa Surihani baca kan kecewa dorang...


Sesiapa yang nak mengorat aku silakan la..., aku belum khawin lagi ni..hahahahaha,

Yana kata dia tak kisah aku nak khawin berapa..., yang penting adil katanya..pergh..!!! gila untung dapat bini mcm tu kan...tapi masalahnya mampu ker aku ni..hahahahaha

Untuk pengatahuan semua..umur aku sebaya dengan gadis Cantik Heliza, Lisa Surihani dan jugak Yana



"Siapa nak kapel, angkat tangan mcm saya"


P/S : Rehat jap...

Aku makan dengan kambing

Wahahahaaha...macam-macam aku dapat jawapan dari GAME bengong dekat entri aku yang Layan Stim..,


salah seorang jawapan bengong yang aku dapat dari si KECIK ,,('',)



Seorang lagi dengan Kambingnya...Cahaya Qaseh



nak bengong lagi tengok jawapan dari Qaseh yang gatal



Nie dari Mat Gebu yang jahat...('',)


Bell yang comel bersama tikus....



ala-ala LES oleh SCHA






Banyak lagi jawapan-jawapan yang merepek...hehe.., dari situ boleh tau jugak bezday awek2 ('',)


Nak baca jawapan lagi merepek tengok SINI


Sekian....Peace(~_^)v


Yang lain-lain aku tak print skin komen korang dekat entri tu kecik ati ker tak ek...?????

**********************


P/S : Sedap wei bekpes Big Brekpes MCD tadi...heee




Tak Tau Tajuk...!!

Pergh....!!!! lama gila aku tak mengadap blog ni..., dari petang jumaat sampai la pagi ni..('',)

entri-entri yang terkeluar sabtu dan ahad aritu pun otopublish jer..grrrr....rindu pulak dekat blog aku ni...hehe

Meh sini aku nak cita ala-ala pompuan punya blog pulak.., al-kisahnya diriku pada hari jumaat,sabtu dan ahad..


Jumaat


- Jumaat malam hari tu aku pergi layan tengok wayang dengan si YANA dan musuh aku iaitu Ben Ashaari dan Isteri..., aku layan cerita Battle (yana dah cita kat blog dia)

 (tiket mahal wo sekarang..derm.!!)



- cerita ni best...banyak aksi-aksi yang mengujakan...dan ada je halangan dia...,malas aku nak cerita..tengok sendiri la ok..,
- sesuai untuk tontonan keluarga...sebab takda cium-cium..takda romen2...


Sabtu

- ok hari sabtu pulak aku ke Kuala Lumpur...pergh...lepak Key Ell tu....('',), tujuan asalnya pergi ker banggunan sebelah Semua House tu..,untuk menempah baju kawin aku dan Yana...Yer..!!! aku dah nak kawin...Grrrr

- dah ukur2 lilit badan semua aku ke SOGO.....asalnya nak jalan2 jer..sekali amik kau...,tengok gambar ni..


(candid oleh yana)

Ko nampak tak menatang apa sebelah aku tu..., itu la dia cadar berkaler PINK pilihan yana untuk katil ktorg nanti...., 

Gersang gila kan beli awal-awal...padahal katil pun tak beli lagi..hahahaha, dah macam pakcik dan makcik dah aku masa tu, penuh dengan barang...

Dah macam mat indon pun ada aku tengok gambar ni..hahahaha

Time ni aku tengah on9 wusha blog kejap guna IPAD buruk YANA..Yana pergi ATM cucuk duit..,duit aku dah pokai...('',)



Ahad

- Ahad aku tak buat apa-apa..seharian duduk rumah jer..,takkan aku nak cerita kan aku buat apa kat umah.., takkan la aku nak bagitau aku layan PORN ker kan..hahaha..takda la..gurau2 jer ek...dosa tau..

- Hari ahad aku duk umah basuh baju jer..tu pun sibuk nak tahu...derm..!!!


Sekian...Peace (~_^)v


" Yes...berjaya buat entri ala-ala diari..."

P/S : Aku lapar..kalau lapar mesti aku teringat MAT BEGU...grrrr


Terharu Dengan Mat Gebu



Pagi ni on9 terharu tengok Entri dari Mat Gebu..tengok  SINI <-------------

Iqbal yang roger aku tadi..hee,

Tak tau nak cakap apa..hehe.., rasa malu pun ada dengan entri dia tu..., Jauh lagi sudut hati aku ini nak dipuji...

Tapi ada betulnya kata Mat Gebu tu....,korang baca la sendiri.., akan aku tingkatkan lagi penulisan blog bengong aku ni...huhu

Susah gak nak carik identiti atau kelainan di blog nie...aku nak carik identiti apa ek kawan-kawan...ada idea tak...('',)


Ada Blogger tak kenal MAT GEBU lagi ker..sila insaf sekarang ek.., jangan main gila dengan Blogger masakan ni...('',)


P/S : Mat Gebu nanti saya kawin datang ek...('',)

Sunday, March 27, 2011

Mari Stim Sama-sama

 Jom layan stim sama-sama...stim bermaksud gembira atau gersang..hehe...
cuba korang try test tengok...('',)


1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

gabungkan kesemunya dan jadikan satu ayat.... mari kita tengok apa hasilnya..... selamat mencuba...

 Aku punya hasilnya..

"aku jelir lidah kat mobile telefon aku di bawah jambatan sebab aku suka macam tu"

P/S : aku amik di Facebook..., lepas tu dekat entri siapa aritu..aku lupa ada menatang ni..

 

Saturday, March 26, 2011

Tahukah Anda

 Fakta atau Auta..

1. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

2. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

3. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

4. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

5. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

12. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….('',)

1st CONTEST YAYA : CANDID Time..!!





Join kontes YAYA


Gambar yang dipertaruhkan buat kali kedua untuk candid ni..hehe


Pakai baju pink ni untung-untung boleh menang..sebab YAYA suka pink..hahaha


Untuk siapa yang tak tau.., aku memang seorang yang GAYAT ok.., lokasi tu di jambatan gantung di Langkawi..., kalau korang poyo sangat tak gayat pergi la naik sana tengok..!!! mau terkencing  ('',)


"Amaran keras..itu bukan gaya orang nak berak atau kentut"


Kontes sebelum ni aku kalah...tengok la komen orang cakap aku nak berak derm....klik SINI


aku nak TAG




Keterangan Lanjut klik SINI

Friday, March 25, 2011

Ben Ashaari Kedekut Trafik...?????

"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"



Paham tak ayat kat atas tu..kalau korang tak paham, aku lagi tak paham..hahahahah, tu skrip dari cerita "Hikayat Terung Burungangsa" silap "Hikayat Merong Mahawangsa"

**********************************

Kembali kepada tajuk..,

Korang nak tau tak kenapa aku tanya Ben Ashaari kedekut trafik..., baca bawah ni.




Dia taknak backlink nama aku..hahahahah, apa salah bawah skali tu dia linkkan ke blog aku kan...('',), paling tak tahan nama ZAKI pun keluar...hahahah..hampeh betul

Sebenarnya Ben Ashaari ni bukan la kedekut trafik..atau dalam kata lain nak naik gerak sendiri..,itu bukan prinsip dia.., dia akan tolong blogger baru macam aku ni.

Kepada yang tak tau Ben Ashaari juga dah selalu backlink blog aku dekat blog dia....tgk stats dekat nuffnang dari blog dia mmg banyak..,

Entri dia tu kalau baca dan pahamkan betul2 banyak maksud tersirat.., yang aku suka dengan Ben Ashaari ni dia orang gila..aku suka dengan orang gila ni..,nak tau dia gila ker tak..jumpa dia..memang banyak cakap macam orang gila...!!

Tips nak kena promote dengan Ben Ashaari nie, sila la buat entri backlink nama dia banyak2...dia tengok dekat Nuffnang ada dari blog korang mesti dia terjah dan balas..tak caya buat la.., aku tau aku banyak gak backlink dekat dia..lalalaalla

Kepada Ben Ashaari sila la promote blog ni lagi ok.., sebab apa.., sila tengok Header Baru Saya..('',)

Terjah blog nie >  SINI   <----tiru gaya Ben Ashaari hehe..gurau2 bro


P/S : Perasan tak..aku pun tak bagi backlink Ben Ashaari..har har har




Aku Masyuk....!!!!!!!

 (Gambar Hiasan)

Baru dapat online nie.....('',)

Tadi aku saja tengok CIMB click aku..konon-konon nak cek la gaji dah masuk belum...,

Sekali aku jadi pelik..kenapa sampai 5 angka..., bila masa gaji aku rm10,000 ke atas ni..biasa gaji aku rm8000 jer..,ok tu aku tipu..., tapi memang terkejut gak dalam akaun aku ada 5 angka..hihi

Baru aku paham, rupa-rupanya duit KWSP aku dah masuk..., kejap jer rupanya proses KWSP ni ('',) secara tak langsung lega la hatiku ini untuk meringankan operasi majlis Perkhawinan aku tak lama lagi..,

Pening gak wei nak kawin ni kalau duit tak cukup..,takkan la nak buat loan kan..nanti penuh dengan hutang pulak.., bukan la aku kata buat loan tak bagus..,ramai jer kawan-kawan aku buat loan..tapi cara aku tak suka..

Kalau la aku tak pikir Khawin atau Rumah.., memang dah ke Gold Coast, Dubai, Hawaii dan Umrah dah dengan duit tu...hihi..,

Secara tak langsung, aku nak bagitau kawan blog la ni..termasuk heliza...pergh..!! aku ni bakal berkhawin tak lama lagi...kenduri rumah aku 2/5/2011 ok.., kad pun dah siap...siapa nak kad roger aku..yang nak datang jer ok...,('',)

Siapa yang nak kapel dengan aku tu buat masa sekarang boleh la lagi...tapi jangan bagitau YANA ok kita kapel...whahahahaha

Nak tengok gambar Pre Wedding aku sila tengok Label di belah kiri tu..ada Label Oh Pre Wedding...('',)

"Duit KWSP aku keluarkan tu bukan alasan sebab khawin tau..tapi sebab amik skim pencen, dah tetap 3 tahun so KWSP kasi keluarkan semua...TQ "


Sekian....Peace (~_^)v


P/S : dah boleh la beli DSLR yana nie...grrrrr (ayat tak iklas)


Video Bunuh Diri Di KB Mall | Hukum Bunuh Diri

Nak tengok Video dan gambar pergi blog  Joe
 
 Aku sedih betul dengar berita macam ni.., oh bangsa dan saudara Islam ku, Bunuh diri adalah dosa besar..
Ingarlah.., apa dugaan yang dialami mengadu la kepada ALLAH

Semoga wanita tu insaf.....

********************************
 
Kesalahan membunuh diri merupakan satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.




مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
 
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Sumber Dari  SINI

Blog aku dapat 2000..!!

Nak harapkan aku dapat RM2000 dekat blog memang belum lagi la kan...hee.., jadi aku dapat 2000 follower di blog pun jadi la...('',)

Syafiq Rosli pun ke arah 2000, terjah dia kawan2

Sebelum ni blog aku dapat 1000 pada tarikh 11/2/11 tengok entri INI






Aku gayat gak sebenarnya ni.., terima kasih la kepada semua FOLLOWER yang sudi klik button follow tu ok..
 
Follower ke 2000 aku ialah MIRA...tapi sayangnya, blog dia aku klik gambar takda pulak URL blog dia..nie la masalah utama blogger,

Aku tak follow kang kata belagak..('',) tapi selalu yang aku klik2 gambar muka korang tu takda url...cuba cek sekarang ada ker tak URL blog masing2, follow mana mana blog.., lepas tu korang klik gambar korang sendiri..ada tak url nak ke blog korang...

Tengok entri aku yang INI untuk nasihat kepada semua kawan...baca ISI PENTING tu..ok..


Cara letak link dalam url macam ni :

Dashboard > My Account > Edit Profile > Link > Isikan URL korang


********************************


 Aku suka Follow orang dan Follower aku...baca entri INI <---penting


Mesti ada orang akan cakap



Penting ke Follower banyak-banyak???

- siapa rasa tak penting sila buang gadjet Follower tu ok..('',)
- ingat..dari kuantiti lahirnya kualiti..
- entri lain kali aku cite pasal benda follower nie


Sekian.....Peace(~_^)v



P/S :  - MIRA...mana kamu....

Thursday, March 24, 2011

Lelaki Solo Terdesak..

Siapa yang gay atau gadis-gadis yang masih solo.., boleh la mengorat mamat yang aku nak kenalkan ni..,

Mamat ni aku tengok dekat Sahabat Blogger tu kemain kecoh dan terdesak gila nakkan MAKWE..., tapi tenguk macam Playboy.., Kononnya malu.....muka GAY tapi malu...porah..!!!!

Kali ni aku kenalkan insan bernama




(Gambar di FB yang dicuri tanpa kebenaran)




 BIODATA KYERUL



Nama : Khairul fikri bin saad

Nama Manja :  Kyerul

Tempat Lahir : HKL

Tarikh lahir : 27 Februari 1990

Status : Bujang [masih mencari teman hidup] ciri² Putih + Tinggi + Islam<-- HAHA

Artis Kegemaran :

Lelaki: Zizan ,Johan,Ashraf Muslim,Maher Zain., Ujang 9897
Perempuan :   Rossa,Lisa Surihani,Rozita Che Wan,


Mamat ni aku kenal dekat sahabat blogger.., dan 1st time jumpa di gathering sahabat blogger.., dia ni aku tenguk peramah orangnya.., so sesuai la nak buat kawan..nak buat pakwe tu tanya la ex-GF dia..hahahaha

Dari segi blog aku pendapat aku entri dia Jiwang dan penuh dengan tips untuk bercinta..hehe.., mat jiwang aku rasa mamat ni.., tapi takpa..ramai jer blogger gadis suka mat jiwang mcm kyerul ni kan..??

Tempat melepaskan kentut dekat blog kyerul ni takda, so agak mengecewakan aku la..letak la balik bro Shoubox tu..Lain takda dah sebab blog dia rasa aku dah ok dan kemas..=)

Nak tegur sket mamat GAY ni.., rajin-rajin sikit jenguk blog orang(BW).., jangan la mengadap Facebook jer kalau online ek...., kita kan blogger..=), sebab kau ni aku rasa kalau rajin jenguk blogger2 baru lain cepat naik ni..muka jambu tapi hati mcm Nasi goreng...jangan mara ek bro.., aku tau kau ada potensi nak jadi blogger hebat..('',)


Sekian...Peace(~_^)v


Siapa yang nak ngorat atau nak kenalan pergi la terjah



 P/S : Emak orang yang nk ngorat dia pun boleh..hihi

GEGAR KENTUT (1 blogger 1 Malaysia)

 " Segmen Gila Ben Ashaari"

NAMA KUMPULAN :

  1 Blogger...1 Malaysia (pasti kentut)

KENAPA KAMI PILIH NAMA INI

- Dalamm komuniti blogger ada pelbagai kaum..ada pelbagai bangsa..melambangkan 1 komuniti blogger yg bersatu!

 -Geng blogger takkan berpecah jika semua bersatu..

- Sebab kami takda idea lain...hahaha

KETUA KUMPULAN :

Ujang9897

KENAPA SAYA PILIH BLOGGER INI SEBAGAI KETUA KUMPULAN :

-tengok entri orang ahli lain ('',)

- aku gila kuasa



SENARAI AHLI  :















http://misztrex.blogspot.com/

http://www.adybudika.com/

http://eyqasara-marie.blogspot.com/ 


PENDAPAT SAYA MENGENAI 1TUBE.MY IALAH :

positif
-satu web yang merarik dan harus di bangga kerana ianya produk dari anak tempatan

 negetif 
- tiada tapisan blue filem ker..??  


P/S : Bro ben rasakan kentut...lalalal

Derm...!!!!

Hari ini dalam sejarah aku datang lewat ke opis...derm...!!!!  masuk pukul 8.., sekali aku sampai opis 8.30..(padahal memang selalu lewat aku ni)

Al-kisahnya aku bangun lewat gara-gara tidur awal...tu la peliknya diriku ini.., kalau tidur lewat aku akan bangun awal..., kenapa ek....???

Semalam aku punya la sedap tidur awal konon-konon boleh bangun awal la..sekali tak jadi pulak...ish...ish., takkan aku nak salahkan hujan pulakkan,tapi memang sedap tidur malam tadi gara-gara hujan..

Sekarang ni aku tengah pikir..., dah kawin nanti aku akan lewat ke opis atau awal ke opis...hurm...
kalau awal maksudnya aku tidur lewat...kalau lewat maksudnya aku tidur awal....



Sekian...Peace(~_^)


P/S : pergi makan dan berak jap..

GAME ANTARA BLOGGER : 2



Join Segmen Bro Ben ...tah apa dia nak buat tak tau la...('',)



Nak join Klik SINI

Wednesday, March 23, 2011

Orang Kelantan

 Fakhrul  merupakan seorang Kontraktor Rumah dan ke pejabat tanah untuk berjumpa Pegawai Banggunan bernama Puan Lolly





Alkisahnya..




******

Fakhrul : Ambo nok mitak kelulusan buat rumoh, lagu mano gak caro dia?

Puan Lolly : Lagu ni, mulo-mulo kita kena tengok pele (pelan) dulu.

Fakhrul : Pele? Ambo ado doh!

Puan Lolly : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.

Fakhrul : Weh, tak leh! Mano bulih!

Puan Lolly  : Bak po tak lehnyo? cepatlah wat tubik!

Fakhrul : Kalu tak tengok tak leh ko?

Puan Lolly  : Tok leh la!!! kawe nak luluh guano, kalu kawe tak tengok!

Fakhrul : Awoh, ambo malu nak tunjok.

Puan Lolly : Malu bakpo pulak? Pah tu bawok pele wat gapo kalu tak sir tunjok?

Fakhrul : Ehhh! malulah nak tunjok , pele ambo kecik!

Puan Lolly  : Laa! Kecik pun tak po, asa ko cukup syarat!

Fakhrul  : Nak wat tubik nak tunjok kat mano?, orghe rama sini! Malu ambo! Malu weh!

Puan Lolly : La, tak apo! Nak malu ko gapo! Wat tubik letak atas meja kaunter ni pun buleh!

Fakhrul  : Hoh, tengok ni pele kawe....

Puan Lolly  : Awoh....buke pele ni, pele bangune!!! nate babi mu ni..!!!


Sekian...Peace (~_^)v
" Cerita rakyat diedit guna nama kawan-kawan untuk hiburan sendiri "



Moral of the Story
- Jangan fikir lucah jer atau negetif
- jangan gila seks/otak kuning
- tunjuk pele kepada isteri sahaja..('',)


P/S : miss lolly masih berahsia dengan aku maksud CEKA..!!!




Biodata Lisa Surihani


 Hari ini hari jadi Lisa Surihani yang ke 26...hehe...aku minat jugak dengan Lisa Surihani ni..(",)


Sila tengok di sidebar belah kiri ok..dekat "About Me" memang aku minat dekat Lisa dah lama...('',)

Lisa surihani sekarang ini menjadi kegilaan kaum adam tak kira yang bujang atau pun yang sudah berkahwin..hehe.,

Tarikh Lahir Lisa Surihani pasti menjadi tarikh yang dicari oleh semua orang yer dak..?


Biodata Lisa Surihani




Nama : Lisa Surihani Mohamad

Nama Manja : Lisa

Tarikh Lahir  : 23 Mac 1986

Usia : 26

Tempat Lahir  :  Kuala Lumpur

Tinggi : 164cm

Bekas Pakwe : Ujang

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang (Kepujian) dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom

Rakan Baik : Ujang 9897

"Happy Birthday Lisa......."


Disaaat aku memutuskan cinta terhadapt Lisa Surihani...,begini la rupanya..kesian dia

Isi kandungan surat

" Lisa..., aku terpaksa meninggalkan mu..kerana aku bakal berkhawin dengan orang pilihan hatiku.., walaupun aku tau kau amat mencintai diriku.., tapi aku tetap pilih YANA.."




P/S : Siapa rasa dia tak cantik...??

tags : tarikh lahir lisa surihani, tempat lahir lisa surihani, nama penuh lisa surihani, biodata lisa surihani