Hari isnin hari itu gua pergi menyaksikan
Pra Tonton KL Gangster dan dengan itu gua akan
Review Filem KL Gangster. Gua memang menantikan Filem
KL Gangster ni keluar sebab tengok
Trailer KL Gangster pun dah gempak sekali dapat Pas free lagi la beruntung...,('',)
Terima kasih kepada
Cik Helena kerana tiket itu dan kepada mejah sebab ajak gua...
Membongkar Gegala Samseng Ibu Kota
Filem ini mengisahkan Malek (aaron aziz) yang merupakan bekas banduan yang telah insaf, dan dia diburu oleh Pengkianat dan Gangster yang kejam bernama Shark (shamsul yusof).
Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim) iaitu Taiko besar KL yang paling Samseng si KL.
Jai(Adi Putra) merupakan seorang yang hati kering dah sanggup lakukan apa sahaja demi wang ringgit
Jai yang Berhati kering
Filem
KL Gangster ini mengigatkan gua pada Filem Kongsi Gelap "
Young and Dangerous" ('',), Jadi kepada peminat Filem aksi dan ganas, ini la dia
KL Gangster kerana takda satu pun Cintan Cintun dalam cerita KL Gangster
Kekuatan KL Gangster bagi gua pada barisan pelakonnya kerana semua watak samseng yang dilakokan memang menjadi ditambah dengan dialog-dialog yang digunakan memang sesuai dengan istilah Gangster antara dialog yang gua suka ialah :
"Lu kasi gua mati dulu baru gua diam.."
" abang long dah keluar gua ingat lu dah mampus "
" Lu budak muda kuat menyalak la..serupa anjing.."
Aaron Aziz punya lakonan sangat mantap
Apa yang best lagi KL Gangster ini ialah aksi pergaduhan dan pertempuran antara geng samseng dihebatkan lagi dengan
sound effects deboom..!!! Gaya dan aksi gaduh ala-ala tomoy...('',)
Geng Samseng dari DRAGON
( KL Gangster)
Bagi sesiapa yang berminat Filem
Young and Dangerous saksikan la
KL Gangster..!!!!!, Aaron Aziz ala-ala Chan Ho Nam dalam Good Bye MR Cool....('',)
Filem ini bakal ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura
mulai 9 Jun ini.
Terima Kasih sekali lagi kepada
Cik helena dengan pas yang diberi..harap dapat lagi..hee
Sekian...Peace (~_^)v
Gambar Bersama Samseng KL Gangster
Bersama
Jai dan
Malek
Bersama dengan
DRAGON
Bersama dengan
SHARK
Gua tak gemuk..kamera yang rosak
Kisah gua dan LISA
di
SINI
Blogger yang hadir