Friday, June 29, 2012

Ciri-ciri Lelaki CANTIK

Gambar Hiasan


Salam Jumaat.,

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
7)Lelaki yang sedang membaca entri ini..('',)

* via lelaki soleh idaman wanita solehah

***************


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : Semoga korang dapat pasangan yang cantik luar dan dalam..('',)


Thursday, June 28, 2012

Gua Nak Kembali Merepek

Salam..,

Gua nak taip pendek jer ni.., nak taip dekat status facebook panjang la pulak nanti..hahaha

Gua rasa dah lama gila gua tak merepek , menggelabah, melucah di blog gua ni..serius lama gila.., gua rasa nak merepek balik macam dulu.('',)

Hurm...., disebabkan student tengah cuti sekarang ni gua rasa gua nak rajin balik update blog , bukan sebelum ni tak update blog tapi update pun entri macam bangang..hahaha

Erm..., gua harap gua tak lupa nak update entri merepek balik..itupun kalau gua tak lupa...biasa la bak kata Mahathir "Melayu mudah lupa" so gua kan melayu...hihi


Sekian...Peace (~_^)v




Kesian dia...=)




Sajer jer...=)

Sekian...Peace (~_^)



Wednesday, June 27, 2012

Hari Tanpa Ayat Ialah Hari Rabu : SPAIN



Sekian..Peace (~_^)v



The Pangkren (dendanganku)


Ini gua nak perkenalkan band dan lagu dari seorang kenalan gua dari Facebook.., beliau meninggalkan mesej di Fanpage Gua iaitu Erti Kehidupan

Gua rasa lagu dia santai so boleh layan...hee

******************

Lagu : Dendanganku
Lirik : Hisham
Lagu : Hisham


Bersinar terang bintang-bintang
Gambar keindahan wajahmu
Seirama cinta
Untuk kau dendanganku

Dan bukanhanya kata-kata
Seisi maya bandingannya
Untuk kulukiskan
Seikhlasnya cintaku

c/o :

Masih terdengar lagi
Melodi rindumu sayukan malamku
Masih ku terasa
Hangatnya sentuhanmu




******************


Nama Band : The Pangkren
Bandar : Kuala Lumpur
Anggota : Hisham - one man band (vocal, background vocal, gitar, bass, keyboard, dram, sinth, kerincing e.t.c.)
Tahun Ditubuhkan : April 2011
Konsep Band : D.I.Y. Pop
Influence : 60's & 80's Pop
Label : Studio Kuda Belang (label saya sendiri )




Sekian...Peace (~_^)v


Spa Rambut Biolyn MURAH GILER...RM 10 !!!!

Gua pasti semua orang pasti pernah potong rambut yer dak..?? kecuali yang botak....eh orang botak pun mesti potong rambut takkan rambut dia hilang sendiri kan. kan kan..?? ('',)

Gua nak perkenalkan SPA RAMBUT YANG MURAH



Hari tu gua berkesempatan pergi SPA RAMBUT BIOLYN.., wah gila kau gua pergi SPA RAMBUT..hahaha, tapi jangan terkejut dengan tempat yang begitu selesa gua hanya memerlukan RM10 sahaja untuk potong rambut...('',)




Yer hanya RM10 untuk potong rambut bersama dengan cuci rambut sekali, amik kau kalah harga kedai MAMAK  yer dak..??

Gua pasti harga dia sangat murah dan sesuai untuk student..budak-budak  UPM nak potong rambut gua SAJES korang pergi sini bukan jauh pun..('',)


*********************

Sesi Potong Rambut



Lepas potong rambut dia bawa gua ke belakang untuk cuci rambut baik punya servis..!!


Sesi mengeringkan rambut




Yes..!! siap sudah rambut ala K-POP..yeye..
* sambil joget K-PoP...

gambar kredit kepada Bro Framestone

*********************

HARGA SERVIS Di BIOLYN HAIRSPA



Sesiapa yang rasa nak cuba potong rambut dengan servis yang bagus beserta harga yang berpatutan boleh pergi ke SPA RAMBUT BIOLYN..('',)

Ni peta dan alamat BIOLYN HAIRSPA


Tak rugi cuba potong rambut di sini wei.., cuba la yang RM10 tu..hee


***********************


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : bulan depan gua nak pergi lagi hehe



Tuesday, June 26, 2012

Al-Quran Edisi Khas Untuk Wanita

Cantiknya Awek Ni...('',)

Salam ,

Pasti ramai yang masih tidak tahu dengan Produk ini yer dak..?? tertanya-tanya apa itu Al-Quran Khas Untuk Muslimah..? Apa yang ada..?? haa ini gua tepek kan

Banyak kemudahan yang kelebihan yang ada pada Produk ini antaranya :

-Al Quran dan terjemah 30 Juz lengkap.
-Tajwid berwarna (tidak terdapat pada Mushaf Al Burhan biasa).
-744 muka surat berwarna dengan frame bunga.-Khat naskah rasm utsmani.
Al Quran quantum wanita.
-Carta tentang ibadah rawatib wanita.
-Carta tentang ibadah nafilah wanita.
-Carta tentang wanita yg haram dinikahi
-Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran.
-40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah) .
-Fiqih ibadah wanita.
-Agenda Muslimah khatam Al quran.
-Gelar wanita dalam Islam.
-Tips kecantikan mengikut sunnah Rasullulah.
-20 Sejarah wanita yang disebut dalam Al Quran.
-Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasan sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, dan ramai lagi..

************************

Banyak pilihan kaler yang korang boleh pilih untuk Al-Quran Edisi Khas Wanita ini

Colours available :

TAJWID :
BLUE, RED, BROWN

NON TAJWID :
PURPLE, RED, PINK



HARGA

NON TAJWID =RM 55
TAJWID = RM 65


Untuk keterangan lanjut boleh tengok di FACEBOOK di SINI <---
Untuk tempahan boleh call terus : 0134252432 
@
Email Kepada Leen : leenazman@gmail.com


************************


Selalunya AL-QURAN menjadi pilihan kita untuk buat hantaran Perkahwinan yer dak..??. Apa kata sesiapa yang tengah mencari idea untuk membuat pilihan hantaran perkahwinan beli Al-Quran Khas Untuk Wanita ini sebagai salah satu hantaran..('',)

Wahai encik tunang ataupun suami berapa ringgit la sangat beli Al-Quran ini jika dibandingkan dengan baju TOPMAN yang korang beli mahal-mahal tu yer dak?...('',)

Yang baik datang dari ALLAH...yang buruk datang dari kelemahan iman saya


Sekian...('',)


p/s : Gua tahu ramai yang nak kawin dan bertunang ni kan.., apa lagi...('',)


Monday, June 25, 2012

Bila Babygil Meniarap

Salam..,

Hari ini gua agak sibuk...tak tau nak update apa so gua tepek jer la gambar kira terbaru babygirl gua..hehe




Gambar curi dari blog bini gua..hahahaha

Untuk gambar babygirl meniarap dan jalan cerita yang menarik boleh tengok di SINI <----

********************

Sapa yang dah baca blog yana sebelum ni mesti dah pernah tengok gambar ni yer dak..hahahah


Sekian Peace (~_^)v


p/s : padan muka ENGLAND kalah ..hee


Video Detik pengumuman keputusan Presiden Mesir.

Keputusan Preseden Mesir telah diketahui dan berita ini telah gembirakan seluruh umat ISLAM diseluruh dunia..


Mohammed Mursi Presiden baru Mesir

Detik Keputusan Presiden MESIR diumumkan




****************

KAHERAH - Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.

Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.

Menjelang pengumuman hari ini, yang mula dibuat sejak jam 9 malam tadi (waktu Malaysia), protes diadakan di Dataran Tahrir ekoran pengumuman Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) bahawa pihaknya mahu mengurangkan atau mengehadkan kuasa presiden dan pada masa yang mengukuhkan kuasa tentera.

Pemilihan pusingan kedua diadakan awal minggu lepas. Sebaik sahaja pengundian berakhir, kedua-dua calon itu mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang.

Keputusan pemilihan sepatutnya diumumkan Khamis lalu, tetapi ditangguhkan ekoran aduan daripada calon-calon yang bertanding berhubung proses pengundian dan kiraan kertas undi.

Pusingan pertama pemilihan diadakan bulan lalu.

Seramai 50.3 juta pengundi layak mengundi pada pemilihan kali ini. Kira-kira 37,000 kertas undi telah dibatalkan, kata Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouk Sultan yang membacakan mukadimah kira-kira 90 minit sebelum mengumumkan nama pemenang sekitar jam 10.30 malam (waktu Malaysia).

Katanya, suruhanjaya itu menerima sebanyak 452 rayuan daripada kedua-dua calon.

Pengumuman itu membawa kepada kegembiraan di kalangan penyokong Mohammed yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak beberapa hari lalu.

Kelewatan pengumuman mencetuskan rasa gelisah dan ketegangan di Mesir khususnya di kalangan penyokong dan pengikut Mohammed.

Pengumuman dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun lalu - ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan Hosni.

Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka.

Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka.

********************

Alhamdulillah


Friday, June 22, 2012

Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu

  
Salam Jumaat....

Setiap manusia normal pasti memerlukan pasangan hidup yer dak..??. jadi ini gua tepek senarai Calon Isteri Yang Lelaki Mahu ('',)


Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu


--------------------------------------------------------

1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.

2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.

3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly.

4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.

5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.

6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.

7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.

8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.

9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.

10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.

11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.

12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah.

13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.

14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.

15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.

16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.

17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang.

18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.

19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.

20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.

21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.

22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.

23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.

24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.

25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.

26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.

27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.

28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)

29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.

30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.

* via facebook : lelaki soleh idaman wanita solehah

****************************
Duhai Muslimah, ayuh jadi Mar'ah Solehah ♥

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : siapa malas baca jangan tanya kenapa kau masih tak bahagia..hehe

Wednesday, June 20, 2012

Mohon Bantuan Dari Kawan-kawan yang ada Facebook.

Salam...,

Gua rasa 98% yang baca blog ni ada Facebook yer dak..??

Di pendekkan cerita dan diringkaskan.., gua nak mohon bantuan dari kawan-kawan untuk LIKE gambar gua bersama babygirl gua boleh..??

Gambar gua pertandingkan seperti gambar di bawah.:



Mohon sangat LIKE dari kawan-kawan untuk LIKE masuk link INI <---------

Perlukan LIKE sekali sahaja dari setiap orang

Siapa yang pernah LIKE sebelum ini diharapkan tolong LIKE balik sebab LIKE sebelum ini hilang..=( kesian gua kena kumpul balik..hurm..


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : harap-harap dapat menang..thanks geng


Tuesday, June 19, 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang (Review)



Tajuk baca kemain jiwang lagi yer dak..? tu bukan luahan kata-kata gua untuk yang tersayang la.., gua mana reti jiwang-jiwang ni walaupun gua mat jiwang..hahahaha

Saja jer letak gambar sendiri sebagai model..mana tau ada nak amik gua jadi model sambilan...hihi

******************



Tajuk entri gua atas itu ialah berdasarkan tajuk sebuah filem ke 61 dari MIG iaitu Hanya Aku CInta Kau Seorang(HACKS)

Semalam gua berkesempatan join majlis Pra Tonton Filem HACKS bertempat di TGV Sunway Piramid bersama dengan adik-adik gua dah juga rakan blogger yang lain..

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM.

Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy.

 ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.


******************

REVIEW FILEM HACKS

- Secara jujurnya gua boleh berikan tepukan gemuruh buat pengarah baru MIG Ahmad Rusli Khadri sebab Filem ke dua dia ini boleh memberikan impak yang sangat kuat kepada penggemar filem romantik..('',) kalau bukan penggemar filem gua tak tau lakan..hee

- Jalan cerita filem HACKS juga bagi gua boleh tahan mantap juga kerana banyak elemen unik yang boleh diambil.., gua suka susunan cerita dia dimana permulaan jalan cerita pengarah memberikan saat romantik dan juga happy2 .., di pertengahan pengarah masukkan unsur lawak jenaka yang memang jahanam best punya lawak lakonan mantap akak Siti Chubby kita..('',) di akhir filem pengarah membuatkan semua penonton yang berjiwa kuntum boleh mengalirkan air mata jantan....tapi gua tak mengalirkan air mata ok..!! hee

- Pelakon-pelakon baru filem ini bagi gua ada peningkatan juga walaupun kekadang ada kelihatan agak kaku dan macam terlalu buat2 tapi itu perkara biasa..so normal..('',)

- Erm..cuma beberapa yang gua agak kurang selesa dan setuju ialah cara pemakain yang agak terlalu seksi buat beberapa pelakon..memang motif untuk menunjukkan cara hidup sosial tetapi tidak perlu terlalu seksi dan juga benda2 yang tak best la..gua lelaki pun rasa macam tak best...('',)



- Babak romantik yang agak sedih yang paling gua suka dalam filem ini ialah bila anniversary Murni dan Mukhlis saat lepaskan belon tu..wah..ala2 tacing gitu..auw auw..hahaha

- Cerita ini juga ada unsur kekeluargaan yang bagus kerana seorang abang sanggup buat apa sahaja demi adik dia sama juga dengan adik dia sanggup buat apa sahaja untuk abang dia

- Penggunakan nama SENGET juga boleh memberikan kesan kepada yang tengah bersahabat baik..., gua rasa mesti akan ramai pasangan gunakan nanti ..hee

- Filem ini unik dengan kisah Cinta Platonik , Cinta Platonik ialah jalinan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa sebarang tarikan seksual mahupun fizikal...haaaa tu dia..hahahahaha.. ala sesiapa yang bercinta dengan kawin baik sendiri tu la kiranya.. ('',)

RATING JIWANG
5/5

Lagu dia best...


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : siapa yang tengah bercinta ataupun tengah cintakan seseorang sesuai tengok filem ni..('',)

Monday, June 18, 2012

Kesian Belanda....=(



Pagi tadi merupakan hari malang buat Belanda dan juga peminat pasukan bola sepak belanda..., pada EURO kali ini Belanda pulang awal dengan tidak mengumpul sebarang mata

Roben dan Van persi masing-masing bawa pulang beg pink pemberian peminat manakala Kuyt dan Sneider bawa pulang beg balik kampung..

Kesian mereka..

Sekian..Peace (~_^)


p/s : mohon kawan tolong like gambar gua di SINI <---- tolong ek..('',)


Nazmi Tumbuk Pemain Qatar mohon maaf


Pemain termahal negara iaitu Nazmi Faiz Mansor yang menumbuk pemain Qatar pada perlawanan persahabatan petang tadi memohon maaf secara terbuka. Pada perlawanan persahabatan antara Malaysia U22 dan Qatar U22 itu insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Nazmi yang meluru dari arah belakang menumbuk Abdelkarim menyebabkan pegadil perlawanan melayangkan kad merah kepada beliau. Nazmi yang berusia 18 tahun itu mengakui hilang kesilapan beliau kerana tidak berjaya mengawal emosi pada perlawanan tersebut.

"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.

KENYATAAN ONG KIM SWEE :

“Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang,” jelasnya.

Keputusan Penuh Malaysia vs Qatar

Malaysia 2-0 Qatar

 ********************

Apapun gua harap Nazmi akan meneruskan perjuangannya untuk masa hadapan.., pedulikan apa kata orang terhadap dia. Isu gosip yang wartawan kecohkan di paper juga gua rasa tak perlu untuk mengganggu konsentrasi beliau..

Wartawan tempatan pun jangan la jadi bodoh pergi keluarkan isu Nazmi PLAYBOY.., sepatutnya tolong pemain muda negara ini sampaikan berita yang positif..derm..!!

Sekian..Peace (~_^)v

BIODATA NAZMI FAIZ MANSOR <--



tags: gambar nazmi tumbuk pemain qatar, nazmi tumbuk pemain qatar, keputusan malaysia vs qatar 2012,nazmi kad merah, keputusan malaysia u22 vs qatar u22 2012

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Abah (2)


Kenapa gua punya tajuk ada no 2..??? jawapannya sebab ini merupakan tahun ke 2 gua buat entri bertajuk "Selamat Hari Abah" ('',) baca di SINI <----

Entri selamat hari abah sebelum ini gua letak gambar gua bersama abah masa gua kecik-kecik dulu..nak tengok sila singgah di SINI <--


Di kesempatan ini gua nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada Abah saya yang bersama Roslan Bin Ali....('',) tidak dilupa juga kepada semua bapa tidak kira apa panggilan untuk diri anda yang penting bergelar bapa..hehe

Tahun sebelum ini gua minta korang doakan supaya gua menjadi bapa yer dak..?? jadi tahun ini Alhamdulillah termakbul sudah dan gua pun sudah menjadi bapa...('',)


SELAMAT HARI BAPA

  Sekian..Peace (~_^)v

Kawan-kawan...tolong like gambar saya dengan anak saya boleh..?? 

tolong like gambar dekat SINI <-----


 p/s : gila dah gemuk gua...hahahahahahaha

Saturday, June 16, 2012

Ragam Student Bila Final Exam

 


Salam sayang semua..,

Gua rasa majoriti yang baca entri ini mempunyai pengalaman menjawap Exam atau dalam bahasa melayunya ialah peperiksaan yer dak.? tak kira la jawap exam untuk apa pun yang pasti untuk pelajaran..

Erm.., gua selaku salah seorang pengawas peperiksaan bila musim Final Exam ini macam-macam ragam dah yang gua jumpa..terutama sekali di tempat gua bekerja ini iaitu di UPM..ada student UPM tak dekat sini ?? ('',)


Antara ragam yang pernah gua jumpa ialah :

Meniru

- Meniru adalah antara salah satu perkara wajib yang akan dilakukan oleh seorang pelajar.., mana-mana insan yang bergelar pelajar MAJORITI pasti pernah meniru yer dak..??


Bawa Toyol

Toyol yang dimaksudkan bukan la binatang hijau yang curi duit tu..tetapi nota ...arghhh!! takkan korang tak paham maksud toyol kan..? kalau tak paham memang tak student la..hehe

- Pesen yang gua pernah jumpa bawa toyol ialah simpan nota dalam henfon..., ada tu siap amik gambar dari nota simpan dalam henfon.., haaa ini memang cara bijak untuk meniru..gua pun pernah buat..hahaha

- Kebiasaannya perempuan kalau bawa toyol mesti takleh blah.., nak tiru tapi takda skill.., ada gua pernah jumpa sorang awek ni bawa toyol besar gedabak simpan bawah bontot..,bila dia nak tengok jawapan keluarkan toyol dia tu dari bawah bontot dia..derm..!! gua secara halus pergi dekat dia cakap

" dik kalau nak meniru pun kena cara la..jangan letak bawah bontot" 

gua tak rampas toyol dia tapi gua suruh dia buang je..kesian nak tangkap.., ada ke letak toyol bawah bontot..adoiyai..boleh menggugat nafsu pun ada..hahahaha


Pakai Seksi

 Ha...ni satu benda yang gua tak paham dekat UPM ni.., cara pemakaian student di UPM ni agak tak ketat sangat..gua tak pasti la kalau dekat Universiti lain macam mana..,

Selalu sangat gua jumpa student pakai seksi ni..grrrrr, bukan la mengeluh sebab tak suka tengok seksi tu...suka gila kot kalau jaga exam 2 jam dapat tengok awek seksi..hahahahah takda la..gua tak suka pun la tengok seksi2 ni *ayat cover line ('',)

Kekadang gua rasa dorang tak rasa dorang tu seksi..., tapi kalau dah masuk final exam dengan pakai seluar jeans dan tshirt berlengan pendek yang ketat tak ke seksi..? bila tunduk untuk menulis terjojol spender dari belakang baju tu..haa dapat bayangkan tak..? kalau lelaki ok lagi la nampak boxer ini perempuan...adoi..!! gua yang ternampak ni nak tegur pun serba salah takkan nak cakap " adik nampak spender la" mau kene lempang yer dak..? tapi yang berpakain macam ni biasanya amoi dan minah dari arap..perempuan melayu comel kelihatan dengan baju kurungnya..hehe

Perempuan ni tak tau la nak cakap..., jaga la pakain tu sikit dik oi..kalau berbaju kurung pun ada yang ketat2..gua ingat dia salah beli saiz la..ke memang trend sekarang pakai baju kurung ketat2 ek..???

 Tidur 

Ni antara benda pelik yang gua jumpa..., tah macam mana dalam Final Exam kau boleh bantai tidur..dah macam Mr.Bean pun ada aku tengok.., ni kerja budak lelaki..hehe


Tak mandi pagi

Pergh ..ini satu benda yang gua takleh terima..,ni mesti gara-gara bangun lambat untuk jawap exam seawal 8pagi yer dak..??

Kalau iyer pun mandi kerbau la kan.., serius memang bau busuk gila kalau tak mandi pagi ni wei.., ada sapa2 pernah buat kerja gila ni tak..??? kalau perempuan la yang tak mandi pagi siapa jadi pakwe dia tu minta la clash cepat2..hahaha

Adik2 nak pergi exam sila la mandi pagi ok.., kalau tak boleh mengganggu ketenteraman kawan sebelah..,

*macam-macam ragam lagi..gua tak ingat dah apa..hee


*********************

Bila final exam sekarang ini mana student yang kenal gua dorang paling suka bila gua jaga sebab gua ni sporting..hahaha tapi kalau nak meniru tu jangan la nampak sangat ok...gua pun pernah jadi student so gua paham...('',)

Akhir kata dari gua kepada semua pelajar yang sedang mengahadapi peperiksaan  "selamat maju jaya"


Sekian....Peace (~_^)v


p/s : gua suka jaga exam bila ada awek cun dalam kelas tu..hehe


Kawan-kawan yang ada facebook tolong aku dapatkan like gambar babygirl gua
di SINI <--- pliz....('',)


Thursday, June 14, 2012

Cara mengorat awek

Gambar Hiasan


Wah...bab mengorat atau tips mengorat awek memang lelaki suka baca yer dak..?? gua ni pemalu tak reti la ngorat awek sangat..,tapi berdasarkan pengalaman boleh la setakat Lisa surihani, Heliza Helmi ataupun Yana Samsudin tu...hee


 Bersama ex girlfriend


Erm.., perkara pertama tips untuk mengorat awek ialah kenal pasti dulu sasaran ataupun tuan badan.., yerla takkan la nak ngorat si joyah tapi target kau si semah yer dak..?

Perkara asas dalam mengorat awek ini ialah buat ulangkaji ataupun risik2 dulu yang si dia ni sudah berpunya ataupun belum...haaa this is impoten thing ok.. jangan main sebat orang yang dah berpunya. tapi kalau nak sebat gak gua leh jer ajar..hahahahah

Cara nak tau si awek ni dah berpunya ke belum takkan gua nak ajar gakkan...., apa la


Erm....tips gua nak bagi ni banyak kategori sebenarnya tapi malas pulak nak tulis...hihi

lu orang baca la entri blog mamat ni..pasti cair Zackzukhairi <--- ('',)


*******************


Gua kenal dengan bini gua cara old school wei..., gua tak pasti ada yang dah tahu ke tidak..., nak tau tak macam mana gua kenal bini gua dan ngorat bini gua..?? tanak tau pun gua bagitau la.. gua kenal bini gua melalui MIRC....haaaa tau tak MIRC tu apa...???




MIRC ni zaman-zaman chat dulu kala wei...mana ada cinta mukabuku....hahahaha... hebat tak..???


Bersama isteriku YANA


Tips ngorat awek kalau gua nak taip panjang la pulak..., cara dia sesuai untuk yang bujang la..so gua dah kawin rasa tak sesuai lak nak ajar korang..hahahaha

Baca


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : malas nak taip sebenarnya... tak jadi lak entri cara ngorat awek..hee ('',)

Wednesday, June 13, 2012

Tabiat Pemandu Kita

Salam satu,dua dan tiga...

Gua tak pasti korang selalu hadapi ke tidak dengan beberapa tabiat pemandu di negara kita iaitu Malaysia ini..,

Antara tabiat negetif yang sering berlaku ialah :

1) Bila hujan tolong la pasang lampu kereta anda.., tak kira la hujan itu renyai ataupun lebat.., tak rugi pun buka lampu kereta ni...tak kena bayar pun ok...('',) jangan la berfikiran kalau kau nampak jalan bila hujan kau tak perlu buka lampu kereta ok kerana kau nampak jalan tetapi orang tak nampak kau dalam hujan..haa paham ke idak?? dekat blog yana ada cerita pasal ni baca SINI<---



2) Kalau nak memotong ataupun masuk simpang sila la bagi lampu isyarat ok..., kekadang sakit gila hati tengok orang masuk simpang tanpa bagi lampu isyarat ni, kita elok punya tunggu tiba-tiba baik jer dengan sopan santun dia masuk simpang lalu sebelah kita...grrrr korang dapat bayangkan tak..?? maksudnya
 
kete merah baik punya tunggu

*tiba2

dengan sopan santunnya tanpa lampu isyarat kereta biru masuk simpang...grrrrrr


3)  Bila ada kemalangan je bawa kete slow...,ini gua pasti ramai yang buat...adoi..!!! kalau kau kata prihatin sebetulnya berhenti kereta tolong terus..kalau slow sekadar nak tengok jer baik takyah...

 
 dari google

haaa..tengok gambar atas ni.., ni la puncanya jem.., si pemantu mesti slowkan kereta untuk ambik gambar eksiden yer dak..? lepas tu buat update blog..hahahaha, jangan marah ek tuan punya gambar ('',)


******************

Sebenarnya banyak lagi tabiat pemandu di negara kita yang ada.., tapi gua malas nak bebel panjang - panjang ('',)

Tabiat yang atas ni benda kritikal yang biasa gua hadapi dan biasa gua buat juga sebenarnya...hahahahahahahahaha

Dah nama pun orang Malaysia kan.....so kena la ikut tradisi tabiat ni...hihi.., yang penting jaga keselamatan di jalan raya...

Kalau sayangkan orang yang kita sayang..,sayanglah nyawa anda..hee


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : mood dietkan diri



Monday, June 11, 2012

Tiga Kali La..!!!



Ujang : 3 kali la...!!!!!!!!!!!!!

Intan : eh ye ker...??

Ujang : satu dekat SINI...satu lagi dekat...erm...tak upload gambar lagi

Intan : hek eleh...

Sekian...Peace (~_^)v


Saturday, June 9, 2012

Selamat Berhujung Minggu



Tak ada apa yang nak ditulis sekadar nak ucap :

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : update entri ala update status Facebook..hahahahaha


Friday, June 8, 2012

Keputusan Malaysia vs Singapore 2012



Live Streaming Malaysia vs Singapura

Keputusan Malaysia vs Singapore perlawanan persahabatan 2012

1st game
MALAYSIA 2-2 SINGAPORE

2nd Game
MALAYSIA 2-0 SINGAPORE 





Live broadcasting by Ustream

tags : live singapura vs malaysia, live malaysia vs singapura, live streaming malaysia vs singapura

Penghuni Neraka dan Doa Mohon Masuk Syurga


******************

Mati , Hidup semula .. kemudian
Mati , Hidup semula .. kemudian
Mati , Hidup semula .. Itulah .. penghuni2 Neraka.

Sungguh Azab seksa Neraka . ALLAHUAKBAR.


******************

Doa minta masuk Syurga Dan Jauhi Api Neraka



Sekian..


p/s : semoga semua saudara Islamku ditempatkan di syurga

tags : doa mohon masuk ke syurga, doa elak api neraka, doa minta masuk syurga

Thursday, June 7, 2012

Intan Ladyana Bermanja Dengan Seseorang

KISAH SEPARUH BENAR


Baru-baru ni gua pergi tengok wayang cerita X janda jandaku gangster..., ada la ramai la pelakon yang cun cun datang..so gua buat bodoh jer la sebab gua bukan artis..hehe

Majlis pra tonton filem itu disajikan makan dan minum yang sangat best.., gua pun selaku seorang yang tak reti tolak rezeki melantak la sepuasnya..

Al maklum la bila makan banyak dan minum pun banyak.., pundi kencing gua jadi penuh..so ke toilet la gamaknya yer dak..??

Nak dijadikan cerita dalam tergedik-gedik gua jalan nak ke toilet tiba-tiba ada seorang pelakon cun bernama Intan Ladyana panggil gua..., pergh..!!! terkejut gila



Punya la laju gua jalan sampai blur gambar..., tapi disebabkan Intan Ladyana yang panggil gua terpaksa la benti gakkan.., padahal dah nak terkucil..




Jadah apa la Intan Ladyana ni suruh gua buat tanda "X"...terkial -kial tangan gua nak buat..




Punya la dia nak bermanja siap suruh sama-sama buat sebab gua tak reti buat tanda "X" sorang-sorang.., saja jer kan dia nak manja...hee



Gua dalam pada masa yang sama saja kacau dia....siap ejek lagi..hehe... tapi dia masih nak manja-manja dengan gua...('',)




Lepas dah puas borak dengan dia gua pun minta diri sebab dah tak tahan nak terkucil...hehehe


*******************

 Siapa yang nak pergi tengok filem terbaru lakonan Intan Ladyana boleh la ke panggung esok


Kisah Yana Samsudin rindukan seseorang baca di SINI <--


Sekian...peace (~_^)v


p/s : Apa pun salam kenal ek Intan Ladyana...heee

Wednesday, June 6, 2012

Review Filem X | Janda Jandaku Gangster

Filem X merupakan filem pertama arahan Ahmad Rusli Khadri yang berunsur aksi komedi


Filem X ini dibintangi oleh beberapa pelakon muka baru dan lama iaitu  Pierre Andre, Intan Ladyana, Diana Amir, Nuremy Ramli, Chloe Nicole, Liana Rafiai dan Siti Chubby


Review Filem X

Secara jujurnya gua boleh bagi tepukan gemuruh kepada pengarah kerana filem arahan pertama beliau ini tidak melambangkan filem ini merupakan filemnya yang pertama...haaa paham tak apa gua cakap ni...hee

Gua bukan la ada ilmu dalam bidang perfileman ini tetapi dari pandangan dan tontonan gua filem X ini, jalan cerita dia tersusun rapi dan mudah difahami.

 
Sebelum gua tengok Filem X ini gua tak baca pun sinopsis jalan cerita dia tapi gua boleh terima sebab cerita dia agak sempoi mengisahkan kenapa dan bagaimana Hero mempunyai janda yang begitu ramai iaitu 5 orang.

Dalam pertemuan dalam gambar di atas..., kesemua janda cuba memangkah Hafiz untuk berkahwin dengan Arisa(intan ladyana). Dalam pada masa yang sama Hafiz menceritakan kepada Arisa kenapa dia ceraikan kesemua 5 jandanya.

Saat Hafiz menceritakan kepada Arisa jalan cerita itu yang memenuhi dan di tontonkan kepada penonton...haaa paham tak..?? kira flashback la kenapa dorang bercerai itu yang akan kita tengok dalam filem.


Janda pertama


Haaa...dalam flashback ini jalan cerita dia memang best..., siap ada "Ubat Kuat Cap Nafsu Unta" hahaha.., lagi best siap ada bunyi Arghhh!!!! uuhhhhhh!!!! yeahhhh !!!!!! adoi...!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahahah

Ha nak tau bunyi apa korang kena tengok...hee



Janda Kedua

 
Dalam janda kedua best dengan watak isterinya yang agak lurus bendul gila sampai binatang pun masuk dalam rumah...hehe

Nak tau kenapa ada binatang tengok la nanti ek..hee


Janda Ketiga


Yang ketiga ni memang takleh bla..kalau aku dapat pun memang aku takleh terima...tapi body memang baik wo..hehe... gadis litar la katakan..tapi janda orang...grrrrrr


*************************
 

Yang lain-lain gua malas cerita la ok...panjang sangat la pulak nanti..hehe

Keseluruhannya penyeri Filem X ini ialah Diana Amir dan juga Siti Chubby..., Filem X ini merupakan filem terakhir Diana Amir tidak bertudung tak silap gua..kalau silap sori..hee

Bagi gua Siti Chubby suatu hari nanti mesti boleh jadi Artis komedi wanita di tanah air ini.., silap-silap dapat tercalon dalan Anugeran Bintang Paling Popular..., pihak MIG sila main peranan promosikan akak Siti Chubby ni..sebab dia best...hehe

Sekali lagi Good Luck kepada pengarah baru iaitu Ahmad Rusli Khadri...


Rating 
4/5

************************


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : David Teo kata Astro First bukanlah pembunuh kutipan untuk filem mereka tetapi membantu...hee


tags : pelakon filem x janda jandaku gengster, review filem janda jandaku gengster, review filem x




Tuesday, June 5, 2012

Alolololo bucuk2...


Babygirl : Hensem la papa...

Ujang : opkos..itu pasal la anak papa ni comel..hee

Sekian..Peace (~_^)v


p/s : saja takda keje...tepek gambar babygirl gua..